Khamis, 20 Januari 2011

YB GOBALA TIDAK SABAR LAGI UNTUK DIUPECAT OLEH PKR?

Gobala di dalam Majlis Pelancaran Parti KITA
Oleh: WFAUZDIN NS

MENARIK untuk kita memerhatikan tingkah laku YB Gobalakrishnan seorang MP dari PKR yang kununnya hebat dan berani mengkritik Ketua Umum PKR. Berbagai tuduhan sebelum ini beliau lemparkan kepada DS Anwar sehingga ke tahap yang tidak masuk akal langsung iaitu menuduh DS Anwar anti Hindu.

Semalam beliau hadir di dalam Majlis Pelancaran Parti KITA yang diterajui oleh Dato Zaid Ibrahim sekutu YB Gobala yang sama-sama mahu melihat DS Anwar jatuh di dalam politik. YB Gobala telah ditanya tentang perkembangan politiknya di dalam PKR setelah berbagai kontroversi yang beliau wujudkan di dalam parti. Beliau di dalam kenyataannya menegaskan bahawa beliau masih lagi ahli PKR dan Anwar Ibrahim tidak boleh memecat beliau.

Kita semua tahu bahawa di dalam PKR kuasa memecat tidak berada di tangan DS Anwar, malahan Presiden Parti sekalipun. Terdapat Jawatankuasa yang dibentuk untuk memecat mana-mana ahli di dalam PKR. Justeru itu, mengapa YB Gobala menyebut DS Anwar tidak boleh memecatnya? Tidak lain tidak bukan hanyalah kerana YB Gobala ingin menunjukkan keegoaannya.

Kita akan lihat nanti di mana YB Gobala akan melakukan lebih hebat daripada apa yang pernah beliau lakukan kerana teringin sangat untuk ditendang keluar dari PKR. Beliau sedia maklum, di dalam PRU akan datang beliau tidak akan terpilih lagi sebagai calon PKR kerana PKR tidak perlu Wakil Rakyat yang ego sepertinya. Sebab itu, beliau ingin mencari jalan awal untuk melangkah keluar.

Saya berharap PKR tidak lagi memberi muka kepada YB Gobala walau sebanyak mana pun jasanya kepada DS Anwar mahu pun parti. Jangan kerana kesihan kepada beliau atas jasa-jasanya, maka parti terpaksa menanggung biawak hidup. Masih ramai lagi yang berjasa dan ikhlas kepada parti yang boleh menggantikan beliau./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Kalau virus ini masuk KITA habislah KITA.. percayalah. Anjing kalau tidak makan taik, dia cium aje...

    BalasPadam
  2. Paria ini harus diambil tindakan seterusnya. Pecat paria ini..habis cerita. Tak guna memelihara anjing yang akan menggigit tuannya sendiri..

    BalasPadam
  3. gobala ni agak bagus pada mulanya..tapi dia sendiri yg mula memilih utk tidak di ketepikan,dia cuba utk menunjukkan yg hero tamil ini perlukan perhatian, walaupun kerja tidak seberapa,tetapi yg penting org nampak luarannya yg hebat...sedangkan dalamannya amat menyedihkan...yg sy nampak gobala ni talam dua muka...memang elok dia masuk KITA,KAMI,KAMU apa2 jelah...dan boleh nampak perjuangan yg tak ada arah...sama seperti zaid...perjuangan yg tak menentu...idealogi pun tak ada...risau pemimpin mcm ni ibarat tangkap muat aje...tapi saya nak bgtau kuasa DSAI dalam PKR terhad parti yang beliau tubuh kan atas usaha semua ahli dan ahli yg membantu beliau, beliau tak ada kuasa dan tak layak pun buat keputusan tanpa merujuk pada jawatan kuasa...harap2 gobala bila masuk kita dapat buat perubahan dalam parti tu sendiri dengan benarkan penasihat atau pengerusi pecat ahli tanpa rujuk kepada jawatan kuasa...maaf saya tulis bahasa melayu sbb tak tahu tulis tamil..harap2 rujuk pada yang tahu bahasa melayu utk tukar kepada bahasa tamil...oh..lupa pula yg gobala lebih suka untuk tidak rujuk pada sesiapa..ok..kalau mcm tu faham2 sendiri aje le...

    BalasPadam
  4. Remember when Zaid as an active member of UMNO attended the PKR Congress back in 2008 and PR slammed UMNO for giving Zaid the sack?

    To avoid being labeled as hypocrites, PKR should refrain from taking disciplinary action against Gobala
    Instead, let him be and the party leadership can do even better
    Take him out the list of members who will be re-contesting their seats in GE 13

    However, disciplinary action or not, I believe that Gobala will leave and run off to KITA anyway
    The man is still bitter that he did not get the vice president post
    Maybe Zaid will make him his running mate

    BalasPadam