Isnin, 28 Februari 2011

ALI RUSTAM MUKA YANG TIDAK TAHU MALU

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca kenyataan KM Melaka Ali Rustam di sini, saya tidak dapat menggambarkan betapa ruginya rakyat Melaka mempunyai KM yang sesombong ini. Biar pun nanti KM ini terus diangkat oleh rakyat Melaka sebagai pemimpin mereka hingga kiamat, maka selama itulah rakyat Melaka berada di dalam kerugian yang teramat sangat.

Sikap ego, sombong dan bongkak KM ini adalah kerana rakyat Melaka sendiri memberi peluang kepada beliau berkuasa. Beliau akui, sekiranya ada rakyat yang memohon kerja atau memohon jalan, beliau akan mengutamakan penyokong Bn dahulu. Kununnya, keutamaan dan kebajikan harus bermula di dalam rumah. Ertinya, selain dari penyokong Bn di Melaka mereka bukan ahli keluarga Ali Rustam. Jika mereka bukan ahli keluarga Ali Rustam, tidakkah malu Ali Rustam meminta cukai dari mereka yang tidak menyokong Bn ini?

Wang cukai diminta, tetapi mengaku bukan ahli keluarga. Di mana maruah Ali Rustam? Di mana maruah mereka yang masih menyokong Ali Rustam dan partinya itu? Jika ini lah yang diamalkan oleh Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan, juga di Selangor, alangkah malang nasib mereka yang menyokong Umno/Bn. Tetapi, ini bukan amalan kita di dalam PR. Jika begini lah pengakuan Ali Rustam, anda sendiri boleh jatuhkan hukum kepada sesiapa yang mengundi parti Ali Rustam ini.

Di dalam kenyataannya itu juga, beliau turut meminta rakyat berterima kasih kepadanya. Memang benar, kita wajar berterima kasih kepada sesiapa yang membantu kita. Tetapi jika kita yang membantu seseorang, agama melarang kita untuk menuntut agar orang yang kita bantu itu mengucapkan terima kasih. Sekiranya kita menuntut, ini menimbulkan sifat riak atau bermegah dan menunjukkan tiadanya keikhlasan kita. Di dalam aspek mendidik anak-anak atau murid di sekolah, memang wajar kita mengajar mereka untuk berterima kasih.

Pembangunan atau sebarang peruntukan yang disalurkan kepada rakyat di Melaka, adakah datang dari duit poket Ali rustam? Tidak, ia datangnya dari Kerajaan yang mendapat hasil dari cukai semua rakyat di Melaka. Sudahlah duit tidak datang dari poket beliau, tidak malu pula menuntut rakyat agar berterima kasih. Inikah pemimpin yang diharapkan mentadbir Melaka?

Nampaknya Ali Rustam semakin tertekan dengan pilihanraya di Merlimau. Justeru itu, beliau seperti orang hilang akal dan pertimbangan dengan mengeluarkan kenyataan seperti orang yang tidak berugama. Malang sungguh orang Melaka./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. sapa yg semakin tertekan...puak2 hang le yg semakin tertekan...calon hang dok duduk kuarters kerajaan ngan bini dia...bini cikgu makan gaji ngan kerajaan tapi blkg taruk kerajaan...hang pun mkn pencen ngan kerajaan kan...ada org PR bagi hang pencen kaa...kalau berani hang tolak pencen hang...nengok sapa yang tertekan...org Melaka mmg suka kt Tok Ali...hang baru skrg ni nk dtg Melaka nk cakap macam2...orang Melaka suka apa yg Tok Ali wat kat Melaka...Negeri Pelancongan....byk duit masuk kat Melaka...apa yg PAS dok wat kat Kelantan...judi & pelacur pun hang x bole nak settle...ni kan pulak nak cite bab ekonomi.....korang x bole wat perubahan la bro...

    BalasPadam
  2. Woit tanpa nama, itule masaalah dengan UMNO nih, harta kerajaan macam harta mak bapak kau punya, Kalau macam tu kau duduk atas bumi Allah nih sepatutnya kau kena ikut hukum Allah le bahlul punya tanpa nama.
    Mamu Hang

    BalasPadam
  3. To Tanpa Nama,
    kalau dah tau harta Kerajaan...wat pe pi duduk kuarters kerajaan...tu pun bkn harta mak abah kau jugak kan...duduk le umah sendiri...dah xde duit tu wat le cara xde duit...kt kg sendiri pun nk duduk kuarters ke...nampak sgt dia mengharap bantuan kerajaan BN untuk meneruskan kehidupan...cian calon PAS ni...skrg ni kat blog kata yg calon hang ni ada hutang ngan pak sedara dia, En Ahmad Ismail yg menipu 100k dalam satu perniagaan...byk tu...hai...kata bawa pendekatan Isle...tapi Isle PAS ni nipu org rupanye ye...dah le gabung ngan DAP...aku nk tanya hang sikit...time penamaan calon kt Kerdau atau Merlimau...ada gak jentera dari DAP yg bantu org PAS...gantung bendera / poster ka...dlm perarakan ka...pi baring dpn keta...ada ka org DAP yg wat...org DAP bagi ceramah...lps tu juak PAS pi kemas tmpt ceramah...nampak sgt yg hangpa ni sume dikudakan oleh DAP...

    BalasPadam