BN Adalah Bini Najib? -Datuk Seri Anwar Ibrahim
 KL 2 Feb 11: "...Mer
eka  mengatakan bahawa BN adalah kerajaan Bini Najib," kata ketua umum PKR,  Datuk Seri Anwari Ibrahim, dalam ucapannya yang mencetuskan gelak ketawa  para hadirin. Walaupun ianya adalah ceramah PKR, tetapi jelajah pertama  pucuk pimpinan parti itu menyaksikan isteri perdana menteri, Datuk Seri  Rosmah Mansor mendapat tepukan paling banyak, atau mungkin ejekan  bersopan, dari ribuan penyokong pembangkang malam tadi.
eka  mengatakan bahawa BN adalah kerajaan Bini Najib," kata ketua umum PKR,  Datuk Seri Anwari Ibrahim, dalam ucapannya yang mencetuskan gelak ketawa  para hadirin. Walaupun ianya adalah ceramah PKR, tetapi jelajah pertama  pucuk pimpinan parti itu menyaksikan isteri perdana menteri, Datuk Seri  Rosmah Mansor mendapat tepukan paling banyak, atau mungkin ejekan  bersopan, dari ribuan penyokong pembangkang malam tadi.Begitu  kehebatan Rosmah Mansur, pernah disebut-sebut sebagai PM wanita yang  pertama di Malaysia. Nama Rosmah sering meniti di bibir lapan pemimpin  Pakatan yang berucap dalam ceramah parti di Petaling Jaya, walaupun  sebahagian besarnya menghentam beliau, ketika mereka mengambil giliran  membidas cara perbelanjaannya, dengan disambut gelak ketawa para  hadirin. Kebanyakan mereka menyindir Rosmah yang mengakui sebagai  'wanita pertama' Malaysia walaupun ia tidak sedemikian di segi protokol  dan konvensyennya.
Mereka mengatakan bahawa BN adalah kerajaan  Bini Najib, kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam  ucapannya yang mencetuskan gelak ketawa para hadirin. Teriakan beruk,  kedengaran di kalangan penyokong dalam reaksi mereka ketika Anwar  menyentuh abjad program seperti ETP dan NKRA, menyamakannya dengan  K-E-R-A. Turut berucap ialah ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad;  ahli parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo; ahli parlimen PKR Lembah  Pantai, Nurul Izzah Anwar, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad;  timbalan speaker DUN Selangor, Haniza Talha; ahli parlimen Petaling Jaya  Selatan, Hee Loy Sian, ahli parlimen Batu, Tian Chua .
Gambar Rosmah turut ditayangkan pada skrin di pentas (seperti gambar di atas) setiapkali mereka membuat komen mengenai dirinya. Namun, Rosmah bukan satu-satunya personaliti yang disentuh penceramah malam tadi. Turut menjadi sasaran ialah pengerusi PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga ahli parlimen Pasir Mas. /Tranungkite
Gambar Rosmah turut ditayangkan pada skrin di pentas (seperti gambar di atas) setiapkali mereka membuat komen mengenai dirinya. Namun, Rosmah bukan satu-satunya personaliti yang disentuh penceramah malam tadi. Turut menjadi sasaran ialah pengerusi PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga ahli parlimen Pasir Mas. /Tranungkite
Tiada ulasan:
Catat Ulasan