Khamis, 3 Februari 2011

SIRI JELAJAH ANWAR BUAT MUHYIDDIN GELABAH ?

Oleh: WFAUZDIN NS

MUHYIDDIN mula terasa gelabah apabila DS Anwar kini melancarkan `Jelajah Malaysia' sebagai kempen PKR untuk menerangkan segala isu semasa. TPM menyebut bahawa suatu hari nanti DS Anwar akan keseorangan di dalam PKR kerana beberapa tokoh PKR telah pun keluar dari parti berkenaan.

Apa yang Muhyiddin lupa, semenjak beberapa tokoh yang `lapar' itu keluar dari PKR, semakin ramai muka baru menyertai parti ini. Proses pembersihan di dalam PKR ternyata berhasil, mereka yang menyertai PKR hanya untuk mencari makan dan gilakan jawatan tidak boleh lama berada di dalam PKR. Parti ini bukan eksklusif untuk pejuang-pejuang reformasi era 98 sahaja tetapi ianya terbuka kepada semua yang cintakan keadilan.

Rakyat melihat sendiri tokoh-tokoh yang keluar dari PKR semuanya tidak menjadi apa, kecuali Senatak Ezam sesumpah yang dilantik sebagai Senator atas jasanya menghentam Anwar bukan kerana jasanya memperjuangkan isu rasuah RM 500 Juta kapal selam. Manakala yang lain sekadar menjadi pencacai Umno yang sekali sekala muncul di kaca TV untuk menghentam DS Anwar. Muka-muka seperti Zahid Md Arip, Ruslan Kassim, Zahrain dan beberapa lagi pencacai hanya menjadi `pak yek' kepada Umno.

Memang wajar Muhyiddin risau dengan kebangkitan DS Anwar sekarang. Ini adalah kerana terlalu banyak rahsia penyelewengan kerajaan Bn dan Umno yang didedahkan kepada rakyat sepanjang jelajah DS Anwar. Siri jelajah Ketua Umum PKR ini terbukti mendapat sokongan hebat dari rakyat jelata dan sekaligus kenyataan Muhyiddin bahawa DS Anwar akan keseorangan adalah satu kenyataan untuk `menyedapkan' hati beliau sahaja.

Penolakan debat yang dicadangkan oleh DS Anwar oleh Najib ternyata satu pukulan hebat kepada Umno. Biar rakyat tahu bahawa Umno sebuah parti yang berlambangkan keris telanjang tetapi pemimpinnya seorang yang pengecut./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. sapa gelabah. kalau tak gelabah dok buat jelajah pasai apa. peeeerah. lepas Goba belah baru sibuk nak jejajah. keadilan konon. kami orang lama semua tau la apa pak sheikh buat semasa dalam umno dan jadi tpm. pembongkaran konon. elok lu orang bongkarlah cerita dan auta dia masa dalam kerajaan dulu sebelum dok bongkar bab orang. cuba tanya dia pasai apa dia sayang teramat kat azmin. bab debat itu hanya kaedah orang tersepit & nak putar isu saja. nak debat debatlah kat parlimen. orang sekarang bukan bodoh bebbb.

    BalasPadam
  2. Baguih le kalu sapa2 nak dedah prilaku anuar! pencacai2 tolong le kasi bukti... rakyat mau dengar maaa... siasat le... siot2, dakwa, jgn tak dakwa.... mak ka mah kangkaroo ader maaaa....

    BalasPadam
  3. Kalau dah tau orang LAMA @ TIKAR BURUK dok diam diam dah la..

    BETUL BETUL BETUL tu,"orang sekarang bukan bodoh bebbb", cuma ORG LAMA @ TIKAR BURUK mcm NGKO aje yg B***H tu kan kan kan...

    Kalau Debat kat PAKLEMAN @ TERKATUP tak ramai org KAMPUNG @ org FELDA yg buleh LIHAT & DENGARrrr...
    Ada FAHAMMm ka..

    BalasPadam