Ahad, 13 Februari 2011

DEBAT CARA ALI RUSTAM YANG BUDAK SEKOLAH PUN TAK BUAT

Inilah keadaan di ceramah Umno di Merlimau berhampiran tempat ceramah PAS

Suasana di ceramah Tuan Guru Nik Aziz di Markas PAS Merlimau
(Foto: Ihsan dari Portal Rasmi PRK Dun Merlimau)

Oleh: WFAUZDIN NS

SUDAH menjadi kelaziman atau `tradisi' di Melaka, terutamanya semenjak Ali Rustam yang pernah dibuktikan melakukan rasuah politik semasa pemilihan pimpinan Umno menjadi KM Melaka, sebarang program ceramah oleh PR mesti diganggu oleh ceramah Umno walaupun kehadiran di ceramah mereka boleh dikira dengan jari. Apa yang penting, ceramah PR mesti diganggu atau dibuat provokasi.

Akhbar Sinar hari ini memetik kenyataan Alki Rustam yang kununnya berani `berdebat' dengan sesiapa sahaja pimpinan PR hatta Tuan Guru Nik Aziz sekalipun. Tetapi `debat' Ali Rustam ini pelik sedikit dan kelihatan teramat bodoh yang budak sekolah pun tidak pernah lakukan. Beliau berkata beliau sanggup `berdebat' bersebelahan dengan ceramah PR, bukan berdebat di atas pentas yang sama. Ini debat cara Ali Rustam, cara orang penakut dan bacul yang peringkat sekolah pun tidak pernah buat program debat pelik begini.

Katanya, beliau akan menjawab di sebelah pentas beliau apa jua tuduhan atau isu yang dibawa oleh PR. Ini bukan debat wahai Ali, ini cara untuk mengacau atau provokasi. Masakan Ali Rustam tidak pernah belajar semasa di sekolah dahulu tentang bagaimana untuk mengadakan debat. Peliknya, pihak berkuasa boleh pula benarkan program ceramah diadakan sedemikian rupa? Bayangkan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, adakah pihak berkuasa mahu menyalahkan KM Melaka ini?

Terbaru, ceramah Tuan Guru Nik Aziz di Markas PAS Merlimau baru-baru ini begitu juga. Di dalam jarak lebih kurang 300 meter dikatakan Umno turut mengadakan ceramah walaupun yang hadir di ceramah mereka lebih banyak kerusi dari orang (Lihat foto di atas). Sifat dengki Umno di Melaka sukar untuk dipadamkan. Mungkin mereka merasakan inilah satu-satunya cara untuk menunjukkan Umno kuat di Melaka. Setahu kita, Melaka terkenal dengan sifat Pahlawan seperti Hang Tuah dan Hang Jebat tetapi sifat ini tidak kelihatan sekarang. Yang kelihatan adalah sifat Patih Kerma Wijaya yang kaki fitnah dan bacul itu.

PR, terutamanya PAS jangan merasa gusar dengan taktik Ali Rustam ini. Kerahkan pejuang-pejuang kita menjaga setiap program kita. Kita kenal Ali Rustam ini siapa, dedahkan kepada orang-orang Melaka siapa dia Ali Rustam. Beliau sememangnya tidak akan berani berdebat secara profesional, sedangkan cara beliau bercakap dengan wartawan pun merimaskan anak telinga kita mendengarnya./wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. rustam tak dak teloq, atau teloq kat dahi...

    BalasPadam
  2. siapa?????....siapaaa????...

    ali rostampoi kaa???...


    kah kah kah kah kah kah ...

    BalasPadam
  3. aku tak tau mau undi siapa....
    nak undi umno....ishhhh.....tak bolih pakai....
    nak undi pas.....uhhhhh....kempen jer lebih...
    janji macam2 seolah dunia milik mereka....munafik puak pas nih...
    tak payah mengundi lahhh...gi mancing lagi baik...dapat gak ikan..
    umno menang aku tak dapat apa2...
    pas menang..bolih ker pas menang...
    undi pas masuk syurga...tu janji pas...
    ok lah aku undi pas...tapi setelah aku masuk syurga dulu..

    BalasPadam
  4. ADA JUGA BERANI NAK DEBAT. TOK GURU KORANG, CABAR KIRI KANAN AJAK ORANG BERDEBAT. BILA ORANG SAMBUT CABARAN DIA, DIA LARI TAK CUKUP TANAH.

    TERPAKSA PULA ANAK BUAH PERTAHAN SETENGAH MATI.

    BalasPadam
  5. Tak lama dah tu... puak2 umgok laknat tu sebenarnya dah takut... tapi org melaka ni masih ramai yg ada darah cap keris buruk...

    BalasPadam
  6. X yah la nk harapkan Tok Guru Nik Aziz berdebat dgn mat noor deris yg takde apa tu....mana dia pemimpin Umno yg ada kuasa tu? Mana Jamil Khir? Mana Masitah? Najib dgn Muhyiddin jgn tanya lah...mmg penakut nak berdebat. Kalau nk suruh Mast Noor Deris tu berdebat ngan Nik Aziz gak, lantik dia pegang jawatan menteri dulu baru boleh....kalau stakat jadi lebai malang kat kampong baik berdebat dgn budak PASTI kat Kelantan tu jer...ehehh..

    BalasPadam