Jumaat, 25 Februari 2011

FOTO PENGUMUMAN CALON PAS DI KERDAU, CALON UMNO JIKA `SYEIKH AL AZHAR' PUN KITA AKAN LAWAN

GAMBAR PENAMAN CALON PAS KERDAU.PULUHAN RIBU HADIR DI PENAMAAN CALON KERDAU











(Foto: Ihsan dari Wartawan Rasmi Laman Reformasi)

Oleh: WFAUZDIN NS

HASSANUDDIN Salim akhirnya menjadi pilihan PAS untuk mewakili PR di dalam PRK Dun Kerdau pada 06 Mac nanti. Pada penamaan calon 26 Feb nanti, kemungkinan besar pertandingan dua penjuru di antara beliau dengan calon Umno/Bn iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad yang merupakan Penasihat Agama kepada MB Pahang.

Kita tidak memperdulikan samada benar atau tidak bahawa dakwaan sesetengah pihak bahawa calon Umno tersebut memiliki sijil Al-Azhar yang palsu, walaupun dinafikan oleh Adnan Yaakob selaku MB Pahang. Pada kita, walaupun Syed Ibrahim adalah Syeikh Al-Azhar sekalipun, selagi beliau bersekongkol dengan parti sekular dan menentang Islam, zalim, tidak berlaku adil, meneruskan kerja-kerja mungkar maka kewajipan kita adalah menentangnya. Soal kalah menang kita letakkan di nombor dua.

Apa yang penting, PAS bersama PR mestilah berusaha memperbetulkan tanggapan rakyat yang masih percaya bahawa Umno/Bn adalah sebuah parti yang benar, adil dan sentiasa menjaga kebajikan rakyat. Rakyat di Kerdau khususnya mungkin terpedaya dengan kebaikan Umno sepanjang kempen ini nanti kerana Umno akan melakukan apa jua yang dikehendaki oleh rakyat di saat itu hanya kerana mereka mahukan kuasa. Umno akan menaburkan peruntukan demi peruntukan ketika itu, pemimpin Umno tidak lagi berat kaki untuk mengharung semak samun, sungai dan bukit untuk menemui pengundi. Jika diminta mencuci kain hatta mencuci tandas sekalipun mereka sanggup lakukan.

Rakyat di Kerdau mungkin ramai yang tidak tahu berapa duit yang masih ada dikantung Kerajaan Negeri Pahang sekarang. Mereka juga mungkin tidak perasan bahawa di negeri mereka tersergam di atas bukit sebuah Pusat Perjudian terbesar di rantau ini. Ada di antara mereka tidak tahu ke mana hilangnya kawasan balak yang suatu ketika dahulu adalah aset amat berharga di Pahang. Bukan sedikit yang tidak mengetahui betapa warga Felda sebenarnya mampu hidup lebih mewah sekarang ini jika tidak kerana adanya penyelewengan di dalam felda.

Itu semua mesti diterangkan kepada mereka. Hampir 90 % pengundi di Dun Kerdau adalah terdiri dari kaum Melayu. Kesihan lah kepada mereka yang sejak dulu, kini dan mungkin selamanya akan terus diperbodohkan. Mereka bukan seperti ayam daging yang diberi makan sehingga kenyang, kemudiannya akan disembelih. PAS bersama PR berkewajipan untuk menyelamatkan mereka dari terus diperhambakan./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan