Jumaat, 25 Februari 2011

PERAK - `JANGKA HAYAT' ZAMBRY SEMAKIN HAMPIR

Oleh: WFAUZDIN NS

BEKAS Ketua Penerangan PKR Perak, Fauzi Muda yang dikatakan oleh Adun PAS Titi Serong, YB Idham Lim adalah sebagai orang yang pernah membuat akuan sumpah dan melapor kepada SPRM bahawa beliau (Fauzi) pernah mahu dibeli oleh Umno dengan harga RM 50 juta sewaktu beliau berada di dalam PKR. Fauzi ini lah yang kini mendakwa terdapat jutawan segera di kalangan pemimpin PR sewaktu PR memerintah Perak.

Adakah tuduhan orang seperti ini boleh dipercayai? Baru-baru ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, Datuk Ngeh Khoo Ham mencabar beliau agar membuktikan tuduhan tersebut dengan menamakan jutawan segera seperti dakwaannya itu. Nampaknya mereka masih tidak puas hati dengan PR walaupun mereka telah berjaya meruntuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat di Perak itu. Ini lah gangguan mental di kalangan mereka yang Allah tidak akan memberikan ketenangan di jiwa mereka setelah merampas kerajaan pilihan rakyat dengan mendirikan kerajaan melalui proses mahkamah.

Bagaimana mungkin wujudnya jutawan segera sepanjang PR memerintah di Perak, sedangkan tiada satu kes pun yang melibatkan rasuah ketika itu. Tuduhan bahawa semua MP dan Adun PR menerima balak ketika Nizar menjadi MB Perak adalah satu tuduhan yang tidak masuk akal samasekali. Mereka sengaja untuk memberikan imej yang tidak baik kepada PR kerana mereka sedar bahawa di dalam PRU Ke 13 nanti, jangka hayat Umno/Bn di Perak pasti berkubur. Rakyat di Perak tidak sabar lagi untuk mengembalikan kuasa kepada PR. Justeru itu, walaupun dicabar banyak kali Zambry masih enggan membubarkan Dun Perak untuk menyerahkan semula kepada rakyat kerajaan negeri yang mereka mahukan.

Fauzi mendakwa terdapat 8 pemimpin kanan PR menjadi jutawan dalam tempoh 11 bulan PR memerintah Perak. Lantaran itu, 8 NGO telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak pada 20 Februari lalu meminta pihak berkuasa menyiasat pendedahan Fauzi. Kita akan menanti apakah hasil siasatan itu nanti. Di samping itu, kita jangan lupa bahawa PR juga telah membuat laporan kepada SPRM sebelum ini tentang 4 Adun dari PR yang telah keluar parti menjadi Adun Bebas yang didakwa menerima wang. SPRM mesti menyiasat kesemua aduan tersebut dengan adil dan telus.

Percayalah, tempoh hayat kerajaan yang dibenarkan oleh mahkamah ini akan tumbang selepas PRU Ke 13 nanti dan Perak akan kembali berada di bawah kerajaan baru yang dipilih oleh rakyatnya sendiri. Mereka tidak boleh selamanya berada di kerusi `haram' tersebut kerana bahangnya teramat panas. Jika tidak, masakan sampai sekarang mereka masih takut kepada bayang-bayang mereka sendiri./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan