Selasa, 8 Februari 2011

KERAJAAN PR SELANGOR - JANGAN SAMPAI DISUMPAH TUJUH KETURUNAN

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bertolak ansur juga dengan apa yang telah terjadi. Nasi sudah menjadi bubur. Maka, MB Selangor mengambil keputusan untuk menjernihkan keadaan dengan menerima SUK yang beliau serta majoriti rakyat Selangor tidak `redhai' tetapi mendapat perkenan Sultan Selangor dan juga dari Pusat.

Bukan salah atau kealpaan Tuanku, tetapi semuanya kerana ada yang bersifat `khianat' terhadap seluruh rakyat Selangor dan orang yang `khianat' itu sudah pun bersara serta goyang kaki. Mungkin merasa lega kerana `hasad dengki dan busuk hatinya' kini telah tercapai. Makanlah dia dengan wang pencennya selepas ini samada `halal' atau `haram' hasil dari sabotaj beliau sebelum meninggalkan Pejabat SUK.

MB Selangor mahu lupakan kisah yang `menyakit'kan itu, namun kerajaan harus hidup dan rakyat harus dibela. Maka, Tan Sri Khalid mengadakan perjumpaan dengan Datuk Khusrin selaku SUK yang baru. Alhamdulillah, jika di Perak di bawah Dato Nizar, Kerajaan PR Perak tidak sempat mengenali `musuh dalam selimut', tetapi di Selangor lain situasinya. Samada Datuk Khusrin `musuh dalam selimut' atau tidak, semuanya bergantung kepada apa yang akan berlaku selepas ini.

Dalam pertemuan MB Selangor dan Datuk Khusrin, SUK ini telah diberi `test' pertama. Menteri Besar mengarahkan Mohamad Khusrin untuk memberi keutamaan kepada hartanah milik Kerajaan Selangor, terutamanya yang terbiar dan bermasalah. Menteri Besar telah memberitahu Mohamad Khusrin bahawa beliau perlu bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan hartanah milikan Kerajaan Selangor ini dijaga dengan baik. "Tan Sri Abdul Khalid juga menyarankan supaya Mohamad Khusrin mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik," katanya.

Mungkin banyak lagi ujian demi ujian yang akan diberikan kepada SUK baru ini, maklumlah beliau bukannya dari Pegawai Kerajaan yang asalnya ada kelayakan Gred A, tetapi sekadar mempunyai kelayakan Gred C, cuma `bernasib baik' melompat Gred ke Gred A. Justeru itu, segala bidang tugasnya perlu diajar dan diuji. Nasiblah kali ini Kerajaan Selangor dapat Pegawai Kerajaan seperti beliau.

Cuma perlu diingatkan, untuk menjadi seorang `pengkhianat atau kaki sabotaj' tidak perlu kepada Gred A. Cukup sekadar mempunyai naluri seperti Syaitan yang penuh dendam, hasad dan dengki. Saya yakin, Datuk Khusrin tidak akan meletakkan dirinya sampai ke tahap itu. Seandainya beliau cuba untuk menjadi seperti mantan SUK sebelum ini, nasib beliau mungkin malang sekali. Pisang takkan berbuah dua kali. Selaku bekas Pengarah JAIS, tentunya beliau sedikit sebanyak ada ilmu agama dan keimanan.

Walau bagaimanapun, MB Selangor tidak boleh `lena' walau sedetik pun selepas ini. Kesemua Ahli Exco Kerajaan Selangor juga mesti peka apa yang berlaku di sekeliling mereka. PR Selangor khususnya, mesti menggenggam erat bucu takhta Kerajaan Negeri Selangor ini walau apa pun yang terjadi. Seandainya Negeri Selangor tumbang dan kembali kepada puak mereka yang zalim dan perasuah itu, rakyat akan menyumpah PR tujuh keturunan. /wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. PUAK PENDERHAKA DGN TITAH SULTAN, INGAT SEJARAH YG SI GAGAP TELAH TITIPKAN BERSAMA PUAK DAPig AKAN DIINGATI RAKYAT SELANGOR SEPANJANG ZAMAN.GAGAP DERHAKA

    BalasPadam
  2. Penderhaka yg ingin kembalikan kuasa sultan? Si Setia Sultan pula menentang kuasa di kembalikan kpd Sultan? Wakakaka....lawak bodo APCO....

    BalasPadam
  3. goodlistener ni must be good for nothing. BONGOK betul dia ni. ni la puak2 UMNGOK yg bodoh lagi bebal dan bahlul. buka la mata sikit syaitan.... orang nak bina melayu pintar bukan melayu bodoh mcm kau ni. PR dah buat mcm2 utk rakyat tapi UMNGOK menghabiskan harta dan menyusahkan rakyat. kalau x nampak juga, pergi la mamposssss. malaysia x perlukan org sial mcm kau ni

    BalasPadam
  4. goodlistener ini hidupnya mungkin makan cacing aje, tidak sedar umngok mentekedarah harta rakyat. nabi tak pernah ajar bila pemimpin jadi kaya raya, malah memiskinkan diri adela...ini tdak makin kaya makin kaya. ape semua ni?. kata ikut islam tapi ikut syaitan.

    BalasPadam
  5. artikel hampeh....x de mende sgt nak tulih

    BalasPadam