Khamis, 17 Februari 2011

PAS PATUT DIBERI PELUANG DI SARAWAK

Oleh: WFAUZDIN NS

BERTIUP kencang bahawa Sarawak akan mengadakan Pilihanraya Negeri tidak beberapa lama lagi. Mandat DUN Sarawak akan tamat pada Julai ini nanti. Sarawak adalah di antara beberapa negeri yang mempunyai harapan yang baik untuk ditawan oleh PR memandangkan rakyat Sarawak sudah tidak mampu bertahan melihat kemewahan hidup pemimpin mereka sekarang.

Di sebalik kemewahan pemimpin di Sarawak, masih banyak kawasan di pedalaman Sarawak yang amat dhaif dari segi pembangunan dan infrastruktornya. Kemudahan paling asas seperti jalanraya, api dan air masih gagal ditangani oleh kerajaan negeri di bawah Taib Mahmud di beberapa kawasan. Sebaliknya Taib Mahmud berkahwin wanita muda.

Saya percaya PR telah pun bersedia untuk membentuk kerajaan baru di Sarawak selepas pilihanraya negeri ini nanti. Saya menyokong penuh hasrat PAS untuk menambah kerusi mereka di dalam pilihanraya negeri tersebut tidak berapa lama lagi. Hasrat PAS itu telah disuarakan oleh Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar. Sebelum ini PAS hanya diberi peluang bertanding satu kerusi di Dun Beting Maro pada pilihanraya negeri Tahun 2006.

NONEPada pilihan raya negeri Sarawak 2006, Barisan Nasional (BN) menguasai 63 kerusi dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) (12), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.

Kerusi Pembangkang pula dimenangi oleh DAP (6), manakala PKR (1) dan Parti Cinta Malaysia (1).

Pada pilihanraya kali ini, amat wajar PAS diberi peluang untuk mencuba nasib kerana PAS tidak lagi asing di bumi kenyalang itu. Pengundi-pengundi Non Muslim juga sudah tidak bimbang lagi untuk mengundi PAS. Tiada alasan yang munasabah untuk tidak memberi peluang kepada PAS bertapak dengan lebih kuat di Sarawak.

Memang benar, Umno/Bn masih mengharapkan Sarawak dan Sabah sebagai `talian hayat' mereka. Ini terbukti di dalam PRU Ke 12 yang lalu, dua buah negeri di Malaysia Timur ini telah berjasa besar kepada Umno/Bn untuk terus bertakhta di Putrajaya.

Adalah diharapkan pimpinan PR lebih bijak dan rasional di dalam menentukan kerusi yang akan ditandingi. Selain dari kerusi yang menjadi kekuatan kepada DAP, PKR dan PAS harus berbincang untuk pembahagian kerusi yang sama banyak. Kita tidak akan tahu kekuatan PAS di Sarawak jika kita tidak mahu mencubanya dari sekarang./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. satu cadngan yg bagus,tp sblum bercita kesana,wat homework dl,kerana suasana ,keadaan dan masyarakatnya beza dgn di malaya,waimma melayu/bumiputera islam.sygnya seblum PRU PAS tak menjelajah ,memperknalkan diri,mendekati masyarakat khasnya dipedalaman,kalu nak harap kempen masa undi sj,sori comform kalah.BAIK GUNAKAN DANA PARTI kat tempat yg da peluang menang.Napa tak iklankan diri selama ni menerusi kegiatan2 amal dll2 .tapi nak g jg ni da bbrp tips...Sasarkan pd golongan muda yng terdedah pada maklumat dan terdedah to pendidikan Islam di swak( peljrn Islam mula diajar cr menyeluruh mulai 1974 tak silap,mula2 ramai penghantarn guru semenanjung dan uztz dianta ke swak)lg terdapat sebilangan yaang w/view secular sgt pekat.kena nagi terbiah dlu supaya w/view berlalih ke w/view tauhid .so utk kumpulan ni kena tarik dg cr ckp tang keindahan islam,bgi ilmu,dan apa kebaikan yg pas bole lakukan,jgn maki hamun,ckp kesat kasar,mana tau YB yg di maki tu suku sakat meka,naya,lg terdapt penduduk yg menanggap org semenanjung org luar"Kempen ambil hati"jgn byk sgt ckp tang jahiliah dosa neraka tak undi pas' takut backfire,walau betul citer tang ni kat ceramah agama kat mejid bkn masa kempen pilihan raya.majority pendudk luar bandar bkn islam,kebnyakknnya penganut xstian yng taat n warak & yg fanatik.gitu gak di bandar ;lebih byk gereja dr masjid,kempen kena berhemah dan hati2,kena tau apa yg taboo bgi mastarakat tempatan...dn byk lgi la,kena g ulang alik duk srawak nak kenak atai budi masyarakat ni.cm yg paderi 2 tu wat.TAPI...kalu dah diterima olah masyarakat INSYALLAH org sana baik2 n akan accept to d heart.mcm uztz2 indon dlu,kat pedalamn tu simple people tak byk demand lg untouch dgn money politi dan kebejatan nilai2 penduduk luar/kota...most of them la..salam..Insayallah i akan bantu,tp mlngnya nak Islam i kena undi BN,ITU LA IRONI DAN KOMPLEKSITI KEADAAN DI SANA.NAPA? TAK BOLE DICATAT DISINI.Bole mati u!

    BalasPadam
  2. I bkn benci BN PER SE,gitu gak bukn sokong PR per se.I nak sistem 2 parti,ada alternatif spti negara maju ,takde diktator.Krg benci meluat menyampah ngan pemimpin2 BN yg da ilang pedoman, rasuah,merompak ;menjarah hak harta rakyat.cukup menyampah ngn TOK UNBN ngn bomoh2nya,nak bertanding kat swak,tumbngkan bomoh handal tok ubn tu dl.Pkai2 bomoh tu reliti la to ahli2 politik ni.

    BalasPadam
  3. MCLM tajaan Raja Petra bergabung dengan 'Kuasa Ketiga' dengar khabarnya akan masuk bertanding dalam setiap pilihanraya akan datang...

    Kacau daun betullah...kita nak tengok perlawanan satu lawan satu antara PR dengan BN...bangang tul geng2 pengacau tu...

    BalasPadam