Khamis, 24 Februari 2011

PEDULI APA KALAU MELAYU TIDAK MAHU SOKONG PAS?


Oleh: WFAUZDIN NS

PELIK juga aku bila ada yang risau bila mana orang-orang Melayu tidak lagi menyokong PAS. Persetankan Melayu yang tidak mahu kepada PAS, kerana PAS bukan mahu orang-orang Melayu di dalam memperkuatkan Islam. PAS mahukan orang-orang Islam yang boleh berjuang bersama dengannya untuk menegakkan Islam di negara ini.

Jika ada 100 orang Melayu yang tolak PAS, tetapi kita ada 10 orang Cina Islam yang menyokong PAS itu sudah cukup baik. Bahkan, jika Presiden PAS pun dipilih dari kaum Cina Islam yang cukup syaratnya, apa masalah? Biarlah Melayu dengan Umnonya beserta sekutu Apconya itu.

Cuma, apa yang PAS mahu lakukan sekarang adalah cuba untuk selamatkan Melayu Jahiliyyah ini agar kembali kepada Islam. Jika mereka merasa lebih selesa dengan Jahiliyyah, apa yang PAS boleh buat lagi? Memang lazimnya Jahiliyyah menawarkan kenikmatan duniawi. Orang yang minum arak, berjudi dan berzina itu semua hanya ingin menikmati kenikmatan duniawi. Itulah tawaran buat mereka yang memilih untuk menjadi golongan Jahiliyyah.

Kekuatan Islam bukan terletak pada Melayu. Memang di negara ini Melayu dikatakan penganut asal Islam, tetapi sejarah juga menunjukkan Melayu juga penentang Islam. Justeru itu, PAS jangan terlalu bersedih atau berdukacita jika Melayu tolak parti Islam ini. PAS mesti terus mendekati semua kaum untuk terangkan Islam. Tidak rugi satu sen pun jika Melayu tolak PAS kerana kekuatan Islam bukan terletak di tangan Melayu. Jika Raja-Raja Melayu pun orang Melayu tidak boleh pertahankan, kita mahu mereka pertahankan Islam?

Aku tidak sebut kesemua Melayu bersikap begitu. Tetapi sudah semakin ramai Melayu yang ingin terus berada di zaman Jahilliyyah di mana mereka pentingkan habuan dunia. Mengapa mereka menjadi sedemikian? Tidak lain dan tidak bukan kerana pemimpin Melayu mereka yang ajar mereka begitu. /wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. PARTI ISLAM TIDAK PERLU MALAHAN WAJIB TOLAK MELAYU YANG JENIS UMNO@APCO KERANA PENGKHIANAT,PEMBELOT DAN PERASUAH YANG AKAN MELENYAPKAN ISLAM ,SILAP-SILAP MALAYSIA PUN AKAN TERGADAI,TENGOK BATU PUTIH ! TENGOK ROYALTI MINYAK ! TENGOK KAPAL YANG ... SELAM ! TENGOK KAPAL PERANG ! MELAYU JENIS APA KAH INI ?

    BalasPadam
  2. AKU CADANGKAN NAMA BANGSA MELAYU NI DI TUKAR KEPADA.....

    BANGSA MENGEMBANG.....BARU ADA SEMANGAT SIKIT...

    NASIB BAIK AKU JAWA....

    KAH KAH KAH KAH KAH KAH.......

    BalasPadam
  3. kesan didikan melayu.... tengok kemalangan beras di highway..melayu jahil tengah mencuri ..hoi jadi darah daging tu... tapi buat dek je...apa nak jadi dgn melayu ni..jangan jadi hanya org islam...tapi jadilah org islam yg beriman...kerana itulah firman ALLAH.. yang dalam quran selalu sobut.. den nasihat yo..buek diri den dan kau orang.. kerana InsyaALLAH sampai maso kau dah sodar..kau akan menyesal akan perlakuan yang kau buek dulu.

    BalasPadam
  4. "Jika ada 100 orang Melayu yang tolak PAS, tetapi kita ada 10 orang Cina Islam yang menyokong PAS" Biar betul 10% tu orang cina tu dah Islam. Banyak yang PAS dah Islamkan.

    BalasPadam
  5. Belum pernah ada dalam Sejarah Alam Melayu bahawasanya Melayu menentang Islam...

    Dalam posting kali ini amat tidak adil untuk rakyat Melayu.. Tahu kenapa?

    Dalam artikel ini, langsung tidak menyatakan dengan spesifik, golongan Melayu mana yang tolak Islam kini..

    1) Rakyat ka? Pemimpin ka? Ulama ka? Liberal ka? Sosialis ka? Mana 1? walaupun ada ayat yg kata x semua Melayu, tetapi dalam ayat2 lain menunjukkan ianya melibatkan semua Melayu..

    UMNO bukannya tolak Islam, tetapi untuk menubuhkan undang2 Islam sekalipun memerlukan sokongan 2/3 dewan. Jadi boleh ke nak capai? Pernah x usul ni dibentangkan dalam dewan?

    Hmm walhal yang bermasalah ni orang2 politik. Rakyat sokong parti sebab kepercayaan yg deiberikan kepada parti..

    Namun yang khilafnya sebab penuh penipuan dan pendustaan dan menyebabkan rakyat keliru antara kebenaran dan kepalsuan dek kerana propaganda yang disebarkan..

    Allahu a'lam...

    BalasPadam
  6. Setuju, sebab beberapa situasi PAS menang bila dalam keadaan dilihat lemah, namun mengalami kekalahan apabila dilihat kuat. Ini bermakna kemenangan PAS adalah kehendak Allah S.W.T., apabila kita lemah kita mengharap pertolongan dan perlindungan Allah S.W.T. untuk memberikan kita kemenangan, namun apabila kita dilihat kuat kita angkuh dan melupakan mengharapkan pertolonganNya, kita merasa bahawa kita yang menentukan kemenangan.

    Jadi jangan mengharapkan bangsa itu dan bangsa ini akan membantu Islam, Islam hanya tertegak hasil usaha orang-orang Islam sendiri dengan keredhaan Allah S.W.T. Kita boleh merancang perlaksanaan, keadilan dan kejayaan negara bangsa, namun Allah yang akan menggerakkan hati-hati bangsa-bangsa ini untuk menyokong kita, hatta dari kalangan Melayu UMNO sekalipun.

    Jadi Dewan Pemuda PAS wajar mengetengahkan kaedah kepada pemuda-pemuda dan ahli-ahli PAS untuk mendekatkan diri pada Allah S.W.T. secara seragam dan teratur seperti menganjurkan zikir, doa dan menggalakkan ahli-ahlinya berqiamulail sekurang-kurangnya 2 rakaat sembahyang sunat Tahajud (bagi yang tidur), atau sekurang-kurangnya dua rakaat sembahyang sunat bagi yang berjaga malam (spesis tak boleh tidur malam - subuh baru start tidur).

    Jadikan ini sebagai 'Misi Pemuda' malahan 'Misi Ahli PAS Keseluruhannya' mahupun boleh dijadikan 'MISI AHLI-AHLI PAKATAN RAKYAT (ISLAM) - Lim Guan Eng nak buat sekali pun apa salahnya' semoga dengan gerakkan Pakatan Rakyat akan sedikit kurang dari tentera Sultan Muhammad Al-Fateh (memang mustahil untuk ditandingi sebab tentera di zamannya memang telah terungkap di dalam hadis Rasullah S.A.W.), namun kita berusaha untuk mendekati taraf/maqam mereka. Semoga Allah S.W.T. membantu kita mencapai kemenangan.

    * kenapa pemuda/ahli PAS? Kerana mereka lebih menekankan pentadbiran Islam dalam pentadbiran negara.

    BalasPadam
  7. Sdr, janganlah terlalu simplistik membuat andaian tentang Melayu yang tidak menyokong PAS kununnya ialah Melayu yang menyokong UMNO. Salah tu sdr! Buat kajian profesional banyak2 sdr mengapa sokongan golongan Melayu terhadap PAS merudum mutakhir ni. Saya sendiri dari zaman bujang hingga kini tidak pernah tergerak hati mahu menyokong umno, apatah lagi mengundi umno semasa mana2 PRU. Namun saya masih melihat PAS belum lagi boleh menjadikannya parti alternatif mutlak buat Melayu.

    Mengapa saya berpendapat sebegini? Kerana saban hari saya melihat "attribute" ahli2 PAS, dari peringkat pemimpin peringkat tertinggi (walaupun tidak semua), hingga ke peringkat pemimpin grassroots dan justeru ahli2 grassroots yang tidak banyak berbeza dengan mereka yang di kalangan UMNO. Cuma bezanya, golongan tersebut dalam PAS memakai "pakaian" ISLAM, sedangkan UMNO hanya dilihat beretorik tentang Islam demi survival politik, tidak lebih dari itu.

    Kisah2 hitam sejarah PAS dimana ada golongan selepas PRU 2008 yang cuba2 melakukan "horse trading" dengan pemimpin tertinggi UMNO masih belum boleh dilenyapkan dari ingatan kami semua. Ramai yg telah mula sedar, imej warak luaran dari segi pakaian atau pertuturan tidak boleh dijadikan kayu pengukur akan keikhlasan dan ketinggian jatidiri seseorg.

    BalasPadam