Isnin, 28 Februari 2011

PENGERUSI SPR PAHANG MENINGGAL DUNIA, SATU KEINSAFAN BERSAMA

Oleh: WFAUZDIN NS

ALFATIHAH. Saya sebentar tadi mendapat berita melalui FB Chegubard tentang kepulangan Pengerusi SPR Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusoff ke Rahmatullah petang tadi di Hospital Temerloh akibat sakit jantung. Saya kemudiannya memohon pengesahan daripada YB Fuziah Salleh MP Kuantan dan juga dari Dato Fauzi, Pengerusi PKR Pahang. Kedua-duanya memberikan pengesahan tentang berita tersebut.

Berita tersebut diperkuatkan dengan laporan oleh Pahang Daily sebentar tadi. Apa pun, marilah kita doakan agar roh Allahyarham ditempatkan di dalam golongan orang yang Soleh. Kepada keluarga Allahyarham, kita ucapkan takziah dan menerima ujian Allah ini dengan penuh kesabaran.

Gelanggang telah dibuka, tapi takdir menentukan Pengadilnya pergi dahulu. Namun, perjuangan tetap diteruskan. Kematian merupakan yang pasti kepada semua. Pengajaran buat kita apabila mendengar satu-satu berita tentang kematian adalah keinsafan. Kepada yang masih hidup, insaflah sekiranya kita banyak berlaku zalim, tidak adil, dan bersubahat dengan puak yang zalim agar pihak yang benar ditewaskan. /wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. inallillah hiwainalillah hirajiun.Semoga mendapat keampunan dan ditempatkan dikalangan golongan orng2 yang beriman.

    BalasPadam
  2. pembetulan-hiwainailai

    BalasPadam
  3. Wahid Senario yang selalu buat lawak bodoh kat TV 3/4 tu selalu sangat sebut - hiwainalillah. Tak mengaku? Lihatlah semula rakaman-rakaman lawak bodoh mereka yang lalu. Dah lah tak betul, selalu pula disebut-sebut seolah-olah mempermainkan hukum tuhan pula.

    BalasPadam
  4. macam juga mader kata..
    kalau hukum hudud dilaksanakan...
    maka ramailah umat islam tak bertangan..
    macamana nak maju??

    oleh kerana mader ni maju..
    dia kata zaman nabi takda pisau cukur..
    sebab tu nabi berjanggut...

    kah kah kah kah kah kah ....

    BalasPadam