Sabtu, 19 Februari 2011

PENULIS YANG AMBIL KESEMPATAN KELEMAHAN PKR UNTUK HANCURKAN PAKATAN PEMBANGKANG

Oleh: WFAUZDIN NS

SEORANG Penulis bernama Wan Nasuha Wan Hassan telah menulis di sini, yang mencemuh Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali yang telah menyebut bahawa rundingan pembahagian kerusi di antara PR menjadi agak sukar kerana PAS mula mengintai kawasan yang bukan majoriti Melayu.

Sekiranya kritikan atau cemuhan penulis berkenaan hanya kerana Azmin mengeluarkan pandangan secara terbuka melalui media, itu saya faham dan saya juga tidak bersetuju dengan kaedah Azmin yang terlajak. Tetapi apabila Penulis mengaitkan kegagalan PKR mengawal beberapa Wakil Rakyatnya dari melompat parti sejurus PRU Ke 12 yang lalu, maka beliau mencadangkan agar PAS dan DAP meninggalkan PKR, maka saya merasakan ada niat jahat Penulis berkenaan secara peribadi terhadap kepimpinan PKR sekaligus beliau mahu melihat PR hancur di tangan Umno/Bn.

`Penulis batu api' seperti ini amat merbahaya kerana sentiasa mencari kelemahan pemimpin dari parti yang beliau tidak suka untuk mencapai cita-citanya. Mungkin cita-citanya sama seperti cita-cita Umno yang sentiasa memburukkan DS Anwar dan Tuan Guru Nik Aziz bertujuan untuk mendatangkan kesangsian di kalangan penyokong-penyokong kedua tokoh tersebut. Saya tidak pasti Penulis berkenaan adalah ahli dari mana-mana parti di dalam PR atau mungkin juga ejen dari pihak sebelah sana.

Penulis cuba untuk menunjukkan beliau lebih pintar dan bijak berpolitik daripada pemimpin PAS dan DAP. Hujah dangkal yang dibawanya jelas menunjukkan betapa ceteknya beliau membaca sejarah politik Pembangkang. Mungkin kerana teramat bencinya beliau kepada DS Anwar dan Azmin, maka beliau berusaha untuk mengesyorkan satu pandangan yang bodoh.

Saya tidak mahu mengulas isu yang beliau sebut bahawa Azmin hanya mendapat mandat 9 % daripada jumlah ahli-ahli PKR kerana hujah beliau itu teramat lemah sekali. Beliau terikut dengan hujah pemimpin Umno yang menyebut bahawa peratusan yang mengundi di dalam pemilihan pimpinan PKR baru-baru ini teramat rendah peratusannya jika dibandingkan dengan jumlah keahlian. Ternyata beliau akhirnya terpedaya dengan hujah Umno yang tidak tahu mathematik itu.

Cuba bandingkan, jika 9 % daripada ahli-ahli PKR yang dikatakan mengundi Azmin berapa ribukah yang mengundi? Jumlah itu jauh lebih ramai daripada yang mengundi Tun Mahathir, Pak Lah, Najib atau Muhyiddin di dalam Pemilihan Pucuk Pimpinan Umno sendiri. Ini adalah kerana kaedah yang digunapakai oleh PKR adalah satu ahli satu undi. Masakan Penulis tidak faham? Wajarkah hanya kerana beliau sakit hati Azmin memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR dan hanya kerana Azmin mengeluarkan pendapat seperti di atas maka PAS dan DAP harus tinggalkan PKR? Jangan sangka pemimpin PAS dan DAP sebodoh kamu yang mempunyai nawaitu peribadi sejahat itu.

Saya bukan mengatakan pemilihan di dalam PKR semuanya bersih kerana saya sendiri banyak menulis dan mendesak agar PKR berbuat sesuatu dengan telus terutamanya berkaitan dakwaan berlakunya salah laku sepanjang pemilihan yang lalu. Tetapi, mengambil kesempatan di atas beberapa kelemahan ini untuk menghancurkan kerjasama di dalam PR tidak boleh diterima sama sekali.

Kesimpulannya, cadangan beliau agar PAS dan DAP meninggalkan PKR adalah satu cadangan yang tiada asas, tiada sebab, tiada hujah melainkan untuk melihat PR berkubur. Itu sahaja./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Dari mat biasa,.... jangan salahkan harimau makan rusa itu makanan dia. Serupelah penulis tadi dia akan mencari kelemahan yang terhidang depan mata. maka ini merupakan boleh tanggung tentu dia seronok boleh menyerang orang yang sangat dia benci.Sebab dalam diri dia sudah terhakis sifat terpuji. Dia serupe lalat kalau di bawa ke antartika, ke guru sahara maka bahan mereput busuk nak di cari.Dia takan cari kebaikan sebab dah pakai cermin mata dan terkena virus BN..haha

    BalasPadam
  2. Saya setuju dgn ulasan kamu Wan, puak yg mahu umno BN menongkat langit ni akan cuba sedaya upaya dari kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah utk menghancurkan gabungan Pakatan Rakyat ni...sebab apa? sebabnya jika PAS, DAP @ PKR berpecah, maka umno BN akan mula boleh tido lena kerana hayat politik mereka tidak akan lagi tergugat...kalau bodoh jgn ckp kuat2, nanti org dgr...malulah...

    BalasPadam