Rabu, 23 Februari 2011

TUAN IBRAHIM TOKOH YANG MAMPU BELA NASIB WARGA FELDA DI KERDAU

Us Tuan Ibrahim Tuan Man - Calon PAS PRK Dun Kerdau ?

Oleh: WFAUZDIN NS

UMNO telah pun mengumumkan calonnya di PRK Dun Kerdau iaitu Naib Ketua Bahagian Umno Kuala Krau Syed Ibrahim Ahmad pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.
NONEKini, persoalan yang masih bermain di fikiran kita adalah siapakah pula calon yang akan mewakili PR dari PAS. Difahamkan pengumuman calon PAS akan dibuat oleh Mursyidul Am PAS di dalam satu majlis ceramahnya di Kerdau pada 24 Feb ini.

Saya hanya meletakkan dua tokoh pada anggapan saya begitu popular untuk dipilih sebagai calon di kawasan yang pengundinya adalah Melayu di kalangan warga Felda. Dua tokoh berkenaan adalah Pesuruhjaya PAS Pahang sendiri iaitu Us Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Ketua Pemuda PAS Pusat iaitu Us Nasruddin Hassan Tantawi.

Pada pandangan saya, dan mengikut rating pilihan pada blog saya setakat ini, ramai yang memilih agar Us Tuan Ibrahim Tuan Man diletakkan bertanding di situ. Beliau adalah seorang tokoh yang popular dan diminati ramai sebelum beliau aktif di dalam politik lagi. Itu satu kelebihan buat beliau. Beliau juga pernah menjadi Adun Jengka iaitu satu kawasan felda juga, oleh itu beliau tentunya banyak pengalaman di dalam memperjuangkan isu-isu di felda terutamanya.

azlan

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Zaharuddin menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim, dengan majoriti 1,615 undi. Majoriti ini tidak banyak, tetapi bukan mudah kerana kita kena faham bahawa kita sentiasa berdepan bukan sahaja dengan Umno/Bn, tetapi seluruh jentera kerajaan. Sekarang pun, jentera kerajaan seperti media TV telah dipergunakan siang malam tanpa memberi peluang pihak kita menjawabnya. Di mana SPR? Itu juga satu masalah buat kita.

Ada yang berani potong jari kalau Umno tidak menggunakan duit kerajaan untuk menyalurkan peruntukan itu dan ini setiap kali adanya pilihanraya. Mengapa peruntukan tersebut turun secara tiba-tiba? Ini juga akan kita hadapi.

Ertinya, bukan mudah buat PAS. Tetapi, sekiranya PAS berjaya merampas kerusi ini dari Umno, ini bererti PAS amat hebat. Umno walaupun dibantu oleh jentera kerajaan, mereka juga amat khuatir jika tewas kerana ini akan memalukan Umno. Kebimbangan Umno dapat dibayangkan dengan kata-kata Muhyiddin , "Terimalah dengan ikhlas, terimalah calon kita dengan semangat perpaduan, kerana apa yang paling penting ialah parti Umno dan BN, dan bukannya calon," katanya (Petikan dari Malaysiakini)

Jelas, Muhyiddin dapat merasakan ada di kalangan pemimpin Umno tempatan yang terasa hati kerana tidak dicalonkan. Ini yang menggusarkan Muhyiddin, dan kita berharap agar perpecahan di kalangan mereka akan membantu calon PAS nanti. /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Kita jangan selalu tertipu dengan dakyah umno. betul memang ujud rasa tidak puas hati bila ada yang tidak menjadi calon tetapi kita harus faham bahawa mereka ini akan hilang rasa tidak puas hati itu bila mereka disogokkan dengan pelbagai kontrak nanti.Maka menyokongah mereka mana-mana calon yang dipilih...itulah kerja puak-puak umno.Sejak dulu hinggalah kini.MEMBELIT,MENIPU adalah kerja mereka!!

    BalasPadam