Selasa, 22 Februari 2011

WAHAI MB TERENGGANU, JIKA BENAR PAS SESAT MENGAPA TIDAK BUAT LAPORAN?

Cabar MB Terengganu berdebat...
Oleh: WFAUZDIN NS

SEMASA berucap pada Majlis Mesra veteren Bersama Pemimpin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK Seberang Marang, kelmarin MB Terengganu mendakwa bahawa PAS adalah parti ajaran sesat. Sebelum ini ramai pemimpin Umno yang berkata seperti yang dikatakan oleh MB Terengganu tersebut termasuk lah Shafie Afdal yang tidak tahu apa itu.

Peliknya, di dalam ramai-ramai pemimpin Umno yang berkata sedemikian, seorang pun gagal buktikan bahawa PAS membawa ajaran sesat, jauh sekali berani untuk berdebat dengan pemimpin PAS. Mereka sebenarnya sama seperti bos mereka Najib dan Muhyiddin yang terkenal dengan sifat dayus dan penakut untuk berdebat. Jantan mereka hanya boleh ditunjukkan di depan media pencacai mereka sahaja dan juga di depan orang ramai yang mungkin buat-buat percaya dengan hujah mereka kerana sudah diisi perut mereka terlebih dahulu.

Terbaru, akhbar Sinar melaporkan Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Hanafiah Mat sekali lagi mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said untuk berdebat dengan mana-mana pemimpin Pas mengenai dakwaannya terhadap parti itu sebagai parti ajaran sesat. MB Terengganu di dalam ucapannya turut mendakwa Pas menyusahkan orang (umat Islam) dengan hukum Islam yang mengelirukan termasuk dalam soal halal, haram yang boleh diubah-ubah. Mengelirukan kerana MB Terengganu itu tidak mahu mengaji Islam. Orang jahil memang selalu terkeliru. Kalau sudah jahil, eloklah belajar jangan pula mahu jahilkan orang lain pula.

Kita mahu tanya, jika beliau yakin benar bahawa PAS membawa ajaran sesat, mengapa tidak dilaporkan kepada pihak Majlis Ugama? Mengapa Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS tidak ditangkap? Masakan ini pun puak-puak yang termakan cakap MB Terengganu itu tidak boleh berfikir? Di mana kamu letakkan otak yang Allah kurniakan kepada kamu untuk berfikir ? Adakah otak tersebut hanya digunakan untuk berfikir atau berkira-kira bagaimana untuk mendapatkan wang ehsan sahaja?

Penolong Setiausaha PAS Terengganu juga menyebut, ketika PAS memerintah, di terengganu parti itu juga telah meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah, Imak serta Qias sebagai hukum tertinggi bagi kerajaan Terengganu tetapi ia masih tidak dikuatkuasa sehingga sekarang. Menurutnya, undang-undang tersebut juga telah direstui oleh al-Sultan Negeri Terengganu dan diwartakan. Namun, apabila UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan pada 2004 undang-undang tersebut tidak dikuatkuasa.

Jika benar PAS membawa ajaran sesat, kita cabar MB Terengganu haramkan sahaja undang-undang yang telah diluluskan itu dan diganti dengan undang-undang mereka yang mereka rasa lebih menepati hukum Islam. Mengapa perlu dikekalkan yang dianggap oleh mereka sesat itu? Ini pun rakyat terengganu masih belum boleh berfikir?/wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Salam,

    tuan, jom tukar2 link dgn DCM.
    www.duniacacamarba.blogspot.com

    TK

    BalasPadam