Selasa, 22 Februari 2011

ANWAR SERANG KERDAU, BIKIN NAJIB KACAU





(Foto Atas) Sekitar ceramah Anwar di Kerdau, baru-baru ini


Anwar menyampaikan tazkirah di sebuah Masjid di Batu 1, Temerloh

Oleh: WFAUZDIN NS

MESKIPUN kes Liwat yang dipertuduhkan ke atas DS Anwar menjadi perhatian umum, namun kes tersebut sedikitpun tidak menjejaskan sokongan terhadap Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang itu. Kelihatan semakin ditekan, semakin gagah dan mara tokoh bangsa ini berbeza dengan Najib dan gerombolannya yang semakin hilang arah selain dari menggunakan media dan jentera kerajaan untuk mempertahankan maruahnya.

Di sebalik kes Liwat yang semakin mengarut itu, DS Anwar muncul di Dun Kerdau untuk mengingatkan rakyat akan pembohongan Najib. Tidak seperti program ceramah Najib yang rata-rata hadir untuk mengisi perut atau terpaksa kalaupun tidak untuk mendengar berapa juta peruntukan yang mahu Najib taburkan, program ceramah DS Anwar dihadiri puluhan ribu rakyat yang datang dengan perbelanjaan sendiri malahan menderma pula untuk tabung PR. Ini beza perjuangan yang ikhlas dengan perjuangan mengisi perut.

Ke hulu ke hilir Najib dan Muhyiddin mendakwa DS Anwar kini tiada pengaruh akibat beberapa ekor katak dan mereka yang kelaparan di dalam PKR keluar parti. Cuba Najib kira, semenjak beberapa ekor katak ini wujud, berapa ribukah ahli-ahli PKR yang keluar parti? Mungkin Najib juga turut tertipu dengan propaganda TV 3 suku dan Utusan Meloya yang setiap hari menyiarkan ratusan ahli PKR keluar parti.

Hakikatnya kita lihat, tiada beza sokongan terhadap DS Anwar walau ke mana jua beliau pergi. Rakyat dapat menilai siapa pemimpin yang jujur sebenarnya. Pemimpin yang jujur sanggup berdepan dengan sesiapa atas apa jua isu bahkan isu peribadinya. Tetapi Najib dan Muhyiddin? Mereka maha pengecut dan tidak berani untuk mempertahankan dakwaan mereka terhadap DS Anwar. Gelanggang mereka hanyalah di depan kamera TV 3 suku atau RTM dan di depan wartawan Utusan Meloya./wfauzdin.blogspot.com

Sumber Foto: Ehsan dari Laman Web Wartawan Rasmi Laman Redormasi

6 ulasan:

  1. tu penyokong import tuh..tak pecaya? ok, tgk result PRK kerdau nanti..hehehe

    BalasPadam
  2. Betul tu..

    masa ceramah...FULL HOUSE..

    tapi bila undi diumumkan...hanya ratus2 je...

    apahal...?

    BalasPadam
  3. takpe...asalkan mereka takj diberi umpan mcm ayam daging...beri mkn pastu kena sembelih..janji mklumat sampai...

    BalasPadam
  4. btul tu.. pilihnaraya kecil biasanya camtu la bn mnang tggi la.. tp kalau yg dtg tu btul2 import adakah peristiwa ijok akan terjadi di pahang. ingat ijok kalah truk dlam pilihanraya kecik. tapi pilihnaraya umum selangaor abis disapu dan calon yg kalah di ijok skrg MB... Tungguuuu............

    BalasPadam
  5. AKU TAK TERKEJUT DENGAN JUMLAH KHALAYAK. SETENGAH MATI PAS KUMPUL ORANG UNTUK YAKINKAN PAKATAN. HAKIKATNYA PAS DAH SAMPAI HUJUNG HAYATNYA.

    BalasPadam
  6. prk ,kalau pr kalah saya tak hairan,kalau bn kalah saya hairan

    BalasPadam