Jumaat, 4 Mac 2011

`AYAM JANTAN, AYAM BETINA' DIBAWA KE MERLIMAU DAN KERDAU

Oleh: WFAUZDIN NS

GAMAKNYA apabila kempen-kempen dari Pak-Pak Menteri sudah tidak laku, tidak diyakini lagi oleh pengundi-pengundi di Merlimau dan Kerdau, maka di`import' beberapa `ekor' ayam jantan dan `seekor' ayam betina untuk mencuba minda serta pemikiran masyarakat di kedua kawasan PRK tersebut. Maka, Rahimi serta Rashid dibawa masuk sekandang dengan makcik Umi yang masih `dara' itu.

Najib, Muhyiddin, Ali Rustam, Nan Yaakob, Ezam Sesumpah, KJ dan beberapa lagi orang kuat Umno telah mencuba untuk mengetahui bijak atau tidak masyarakat di Merlimau dan Kerdau. Mereka masih belum berpuas hati kerana masih ramai yang celik mata dan hati menilai apa yang mereka lontarkan. Justeru itu, dibawa `ayam-ayam' denak dan `ayam tua' ini membantu.

Rahimi dan Rashid adalah `pesuruh' kepada DS Anwar suatu ketika dahulu. Mak Cik Umi pula sememangnya sejak tahun 1998 lagi adalah `musuh' DS Anwar dan Mak Cik ini pernah dijadikan saksi semasa kes liwat 1 dahulu. Jadi, tidak hairan jika Mak Cik Umi komited untuk terus memburukkan peribadi DS Anwar.

rahimi osman kerdauRahimi pula sebelum ini tampil mendakwa beliau dipaksa mengubah akuan bersumpahnya supaya mengaitkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes liwat. Beliau berkata, beliau sudah dua hari berada di DUN itu dan akan memulakan ceramahnya hari ini. Kita masih ingat sewaktu Rahimi membuat dakwaan ke atas DS Anwar tentang akuan bersumpah itu, beliau berkata beliau bukan orang politik. Dakwaan itu tiada kena mengena dengan politik. Hari ini, Rahimi memakai baju BN tetapi beliau `bukan orang politik' dan tiada kepentingan politik?


Pedulikan berapa `ekor ayam' yang mahu disabungkan oleh Umno di Merlimau dan Kerdau. Biarkan `ayam-ayam denak' jantan betina ini berkokok semahunya tentang DS Anwar. Mungkin mereka alpa bahawa yang bertanding di kedua-dua kawasan itu adalah dari PAS. Ini membuktikan Umno sudah tiada modal untuk menyerang PAS lagi, maka isu lapok dan basi peribadi DS Anwar dibawa masuk. Isu itulah menjadi penyebab dunia tertawakan negara kita, tetapi isu itulah yang mereka cuba untuk perbodohkan masyarakat di Merlimau dan Kerdau.

Sekarang, terpulang kepada para pengundi di Merlimau dan Kerdau. PR menawarkan PAS sebagai calon dan sekutu Apco pula adalah dari Umno. PAS tawarkan Islam, manakala Umno tawarkan ketuanan Melayu. Semakin kuat serangan media terhadap PR, itu menunjukkan betapa bimbangnya Umno apabila rakyat mengetahui segala bentuk penipuan, rasuah dan penyelewengan mereka. Buatlah keputusan yang baik, biarlah ayam jantan dan betina itu berkokok untuk mencari makan./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Sebenarnya bagi saya kehadiran ayam jantan dan ayam betina umno yang boleh dianggap masuk era pencen tu membuktikan bahawa umno begitu terdesak dengan tekanan rakyat sekarang ini.
    Jadi mereka perlu meletakkan ayam sabung mereka yang sanggup membicarakan perkara-perkara "di dalam kain orang lain".WALAUPUN MEMBUAT FITNAH.
    Pada pandangan saya....INSYAALLAH KITA AKAN BERKUMPUL SEMULA DI HADAPAN MAHKAMAH ALLAH SWT.KETIKA ITU MULUT DIKUNCI TETAPI KAKI,TANGAN,MATA,TELINGA AKAN MENJADI SAKSI KEPADA APA YANG TELAH DILAKUKAN DI ATAS MUKA BUMI INI samada AYAM YANG BERKOKOK ATAUPUN AYAM YANG MENDENGAR KOKOKAN!

    BalasPadam
  2. HAHAHA AYAM JANTAN DAN BETINA DAH PI ! BILA PULAK KATAK,TENUK DAN BADAK YANG PEKAK AKAN PI JUGA KESANA TOLONG KEMPEN PARTI SEKUTU APCO ?
    APA PUNYA TURR !

    BalasPadam
  3. ayam jantan + ayam betina = babi cabut lari..haisshh sekejapnye anwar berucap?

    warhgggghhh kah kah kah!

    BalasPadam
  4. ini bukan ayam ini species anjing...ezam, hafilda, rahimi semua tu baka anjing belaan apko amno...najis berat tu

    BalasPadam