Sabtu, 12 Mac 2011

KES LIWAT - SAIFUL ENGGAN ULAS BEBERAPA DNA DI KELILING DUBURNYA

Dari Malaysiakini

Belum sempat pihak pendakwaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes mereka, peguam bela utama Karapal Singh memohon untuk memanggil semula saksi utama pendakwa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Alasan Karpal, beliau ingin bertanya berkaitan hasil penemuan dua DNA oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong di dalam rektum (saluran dubur) mangsa.

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bagaimanapun membantah kerana menurutnya ia bukan bahan bukti. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudiannya menangguhkan perbicaraan san semua pihak bermesyuarat di kamar hakim.

Mohd Saiful kemudian dipanggil semula dan Karpal memintanya menceritakan kejadian dan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.

Karpal: Adakah awak pergi tandas?

Saiful: Ya, tapi saya tidak berak antara 26 hingga 28 Jun.

Karpal: Tandas, di mana?

Saiful: Ada beberapa.

Karpal: Menurut keterangan Dr Seah ada tiga profail DNA daripada orang berlainan di keliling dubur awak. Maknanya (awak) ada dua atau tiga rakan?

Saiful: Tidak. Saya tak boleh komen penemuan (Seah) itu.

3 ulasan:

  1. HAHAHA MACAM DARI JURASIC PARK KOT ?

    BalasPadam
  2. Yang di luar tak di kira liwat. Kapral sepatutnya tanya DNA air mani dalam dubur saiful. Yand di dalam dubur tu lah yang di katakan meliwat.

    BalasPadam
  3. berani kerana benar,,bagi aja air ludah tu,,,abis cerita,,,karpal tak pening kepala,,,,,allah tahu apa yg kita laku,,,azab akan tiba,didunia atau akhirat pasti akan terima,,,,,

    BalasPadam