Jumaat, 11 Mac 2011

VIDEO - BIDAS BUKU MAHATHIR DAN FAKTA MAHATHIR PENGECUT




Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK perlu saya ulas panjang, anda boleh dengar sendiri hujah YB Saifuddin Nasution terhadap Tun Mahathir di dalam klip video di atas berkenaan:

- Mengapa Mahathir takut hadir ke mahkamah setelah disapina oleh pihak Peguambela Anwar untuk memberikan keterangan semasa Kes Liwat 1 dahulu? Bukankah Mahathir sebelum itu siang malam bercakap di hadapan TV menyebut beliau ada bukti kukuh tentang salah laku Anwar?

- Bolehkah diterima pakai cakap Mahathir bahawa beliau mendapat maklumat tentang salahlaku Anwar awal lagi iaitu di awal tahun 1990 melalui Tun Hanif Omar (Bekas Ketua Polis Negara)? Sekiranya benar, mengapa Mahathir tetap melantik Anwar menjadi Menteri Kabinet selepas tahun 1990 sehingga ke jawatan Timbalan Perdana Menteri? Adakah Mahathir mahu Menteri Kabinetnya berkelakuan buruk dengan melantik Anwar menjadi Menteri walaupun beliau dakwa tahu maklumat kelakuan Anwar awal tahun 1990?

- Tun Hanif Omar pernah memberi keterangan di dalam mahkamah sewaktu kes liwat 1 DS Anwar, bahawa beliau tidak menjumpai ayat mengharamkan judi di dalam Al-Quran. Adakah insan seperti ini boleh kita terima kenyataannya yang melaporkan kegiatan Anwar pada Tun Mahathir? Atau, mungkinkah Mahathir ditipu oleh Tun Hanif ketika itu? Tidak mustahil, kerana bukankah Ling Liong Sik didakwa menipu Mahathir dan kabinet dalam isu berkaitan PKFZ ?

- Jelas, Mahathir takut untuk berdepan dengan Anwar, sebab itu beliau hanya keluarkan buku yang tidak boleh disoal jawab lagi. Memang Mahathir tidak takut jika Anwar saman beliau kerana penulisan di dalam buku itu kerana beliau lebih arif tentang mahkamah di negara ini.

wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. saifudin cakap mahathir berani kerana benar,,ini lah yg harus dipikul oleh anuar berani kerana benar.........buktikan, raayat menunggu apa saifudin cakap,,,

    BalasPadam
  2. Madey ni tak habis-habis ,woiii!, cukuplah bodohkan melayu, dah lebih 50 tahun melayu dibodohkan, takpuas2 lagi ke?Tapi yang hairannya ada lagi melayu percaya cakap orang yang pernah hina Rasulullah.Betullah kata TGHH Allah berikan nyawa subsidi, Allah nak suruh bertaubat, sebab tu nyawa panjang! Memang Madey ni kaki gaduh,lepas TGNA dia balah, dia bantai DSAI pulok.Tunggulah Madey, kita berhimpun diakhirat nanti!

    BalasPadam
  3. Bagi Madey akhirat itu tiada kerana ianya telah mengecapi syurga di dunia. Ape perlu bersusah payah mencari kebaikan utk dibawa ke akhirat.

    Jika tidak madey takkan tulis Mustafa Kamal Altartuk tue pejuang Islam. Sedangkan realitinya di Turki mengamalkan undang-undang sekular secara jelas dan terang.

    Jika tidak madey takkan tulis Abdullah bin Ubay itu berjasa kepada Islam kerana membina masjid Dahrir. Sedangkan Abdullah bin Ubay adalah seorang munafik. Nabi S.A.W sendiri telah menghalau beliau keluar dari Madinah selepas bersongkol dengan Quraisy dan Yahudi dalam perang Parit.

    BalasPadam