Khamis, 10 Mac 2011

LEBIH BAIK MUHYIDDIN JAGA KEMENTERIANNYA YANG SEMAKIN TERUK ITU

Oleh: WFAUZDIN NS

BETAPA bankrapnya Muhyiddin berhujah sebagai orang politik. Timbalan Presiden Umno ini mendakwa bahawa Anwar adalah liabiliti kepada PAS. Terlalu berat untuk Muhyiddin akui betapa Anwar lah seorang tokoh yang paling digeruni dan ditakuti oleh Umno. Betapa tidak, kerusi Permatang Pauh sewaktu ditandingi oleh DS Wan Azizah, isteri Anwar pun Umno tidak boleh makan. Bila Anwar bertanding di situ, ghuyub Umno menikus tidak tunjuk muka.

Muhyiddin cari jalan lain untuk pecah belahkan PR terutamanya PAS dengan PKR. Beliau kata PAS sebenarnya tidak suka Anwar turun berceramah di pentas PAS, tetapi Anwar sahaja yang mahu turun sesuka hati. Lihat sendiri betapa `cerdik'nya hujah Muhyiddin ini. Ruginya ahli Umno jika tabalkan Muhyiddin lagi sebagai Timbalan Presiden Umno kerana pemikirannya lebih teruk dari pemikiran Ketua Cawangan Umno. Ketua Cawangan Umno sendiri pun tidak percaya dengan apa yang beliau sebut.

Di dalam setiap program ceramah PAS, semua penceramah undangan telah ditetapkan lebih awal. Selepas itu, poster atau banner program ceramah dipamerkan. Mana lojik Anwar sesuka hati hadir untuk berceramah jika beliau tidak diundang? Bak kata Naib Presiden PAS sendiri, PAS jika boleh mahu Anwar turun setiap hari dalam program partinya. Mana kita mahu dengar samada cakap Muhyiddin atau Mahfuz?

Hakikatnya, Muhyiddin yang menjadi liabiliti kepada Kementerian Pelajaran. Apa sudah jadi dengan prestasi pendidikan di negara ini? Apa sudah jadi dengan isu moral dan disiplin budak-budak sekolah sekarang ? Berapa banyak wang rakyat rugi kerana tersilap mencetak buku teks budak sekolah? Jika yang ini pun Muhyiddin tidak boleh urus dan kawal, pelik apanya jika dia bercakap merapu umpama Ketua Cawangan Umno di ulu kampung? /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan