Khamis, 31 Mac 2011

OHH, TIADA TANGKAPAN LAGI RUPANYA....

Oleh: WFAUZDIN NS

TELAH beberapa hari berlalu isu video seks yang dipertontonkan oleh Rahim Thamby Chik dan Eskay. Ramai yang menontonnya dan tempat tontonan juga telah dikenal pasti. Bahkan, video lucah tersebut telah pun diserahkan pada pihak Polis. Ada tangkapan atau belum?

Hari ini, Malaysiakini mengesahkan kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa masih belum ada tangkapan lagi berhubung penayangan video lucah berkenaan. Kenyataan dipetik, "Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini menafikan laporan media bahawa beberapa siri tangkapan telah dibuat berhubung video seks yang didedahkan oleh 'Datuk T' minggu lalu. “Tidak pada pengetahuan saya,” katanya ketika diminta mengesahkan tangkapan berkenaan pada sidang medianya di bilik mesyuarat bangunan parlimen (Malaysiakini).

Mengapa slow sangat? Ada orang telah mengaku menayangkan video lucah, tempat sudah dikenalpasti dan laporan polis telah pun dibuat. Adakah tidak cukup bukti dengan pengakuan dari Rahim Thamby Chik dan Eskay tersebut? Isu siapa yang beraksi, itu mungkin dalam siasatan tetapi yang menayangkan video tersebut sepatutnya tidak perlu lagi siasatan yang begitu lama kerana sudah ada pengakuan dari mereka. Mungkin mereka tidak bersalah kerana mereka `berniat baik'?

Bayangkan jika kita berpakat dengan kawan-kawan kita menayangkan video lucah, kemudian kita panggil beberapa remaja lelaki dan perempuan menontonnya. Apabila kita ditangkap, kita memberitahu bahawa kita `berniat baik' menayangkan video tersebut untuk menunjukkan kepada remaja-remaja berkenaan cara melakukan seks dengan `selamat' atau menunjukkan kepada mereka jangan lakukan perbuatan seperti yang mereka tonton itu. Boleh ke? Adakah kita boleh lepas dari tindakan undang-undang? Atau, si ayah menayangkan video lucah kepada anak gadisnya dengan `niat baik' untuk mengajar anak gadisnya cara-cara atau teknik melakukan hubungan suami isteri. Boleh ke?

Cukup-cukup lah dengan bermacam auta untuk menipu rakyat. Jika mahu lepaskan si Rahim atau Eskay tu berterus terang sahaja lah. Kita pun tahu Rahim Thamby tu orang baik-baik belaka, jika tidak masakan dilantik menjaga Risda./wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. SELAGI UMNO DIBIARKAN MEMERINTAH SEMAKIN CELAKA LAH NEGARA INI.

    BalasPadam
  2. aku teringin sangat nak jadi pegawai polis..tapi bila ambil borang aku terkedu sebentar...teringat rasuah takut menggoda aku ketika sesak,teringat kuasa ketika aku mampu melawan undang2 kelak, teringat org yang tidak berdosa jika aku memanipulasi kebenaran ketika disuruh org atasan...maka kesimpulan aku teringat keluarga aku adakah keberkatan rezeki ini yang aku cari...maka aku rasa adalah lebih baik aku mula jadi polis selepas PRU13 jika PR ambil alih kerana kredibiliti polis telah jatuh kebawah...lebih parah daripada pengawal keselamatan sekolah...tapi aku teringat DSAI ketika dlm BN...aku mungkin tak sekuat DSAI jika aku cuba juga masuk polis skrg utk tegakkan keadilan dan kebenaran...aku masih takutkan ugutan,aku masih belum sedia hilang ahli keluarga,aku belum bersedia dimalukan dan aku masih belum bersedia utk mati pada pekara yang aku sendiri tak pasti....semoga PR dapat kembalikan kredibiliti polis ke tempat asalnya seperti dahulu yg terpelihara dibawah payung yang dipertuan Agong....

    BalasPadam
  3. isunya siapa pelakon lucah tu. selagi anwar dibiarkan menipu, selagi itu negara malaysia semakin celaka. mengapa anjing dap menyalak lebih? pasal anwar memang tau puak anjing dap ni senang ditemberang, macam dia dok kata semasa dia dalam umno lagi.

    BalasPadam
  4. nak tau sape pelakun lucah itu? Yg perut buncit tu? Tanya Tambhy Chik dan Eskay...ehehhhh...
    Dlm kes ni, bukan DAP saja bantah, PAS dan PKR siap buat sembahyang hajat...malah dh ramai org Umno meluat dgn fitnah kantoi tu beb...

    BalasPadam
  5. sblm datuk t ditangkap, adalah elok kalu kite tanye karpal tentang peruntukan undang2 negara..

    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/1/nation/8392043&sec=nation

    BalasPadam