Rabu, 2 Mac 2011

PERTAMBAHAN UNDI POS, SATU CADANGAN BUAT PR

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI dilaporkan oleh Malaysiakini, memetik kenyataan Timb Pengarah Pilihanraya PKR Negeri Perak, Chan Ming Kai (foto) bahawa terdapat sejumlah 8, 470 nama pengundi pos telah tersenarai di enam kerusi Dun Perak tahun lalu. PR tidak harus berdiam diri dengan berita ini kerana kesannya amat besar di dalam menghadapi PRU ke 13 nanti.

PR harus memulakan siasatan dan kajian dari mana datangnya undi pos tersebut dan penempatan mereka. Sekiranya mereka terdiri dari warga tentera atau Polis, siasat di mana kem atau balai mereka bertugas dan alamat yang digunakan. Kebiasaannya, pertambahan pengundi pos adalah disebabkan warga tentera/Polis itu mencukupi umur mengundi, mereka yang baru bertukar ke situ atau mereka sebelum ini tidak pernah mendaftar sebagai pengundi pos.

chan ming kai @ zeng min kai 02Jika di dalam tentera, pengurusan berkaitan undi pos dilaksanakan oleh Jabatan Rekod dan Pencen (JRP) berpusat di Mindef (Kementerian Pertahanan). Ianya tidak dilakukan secara automatik, sebaliknya akan diproses melalui pasukan masing-masing terlebih dahulu untuk di majukan ke JRP. Saya tidak pasti adakah ada peraturan baru untuk mewajibkan isteri warga tentera menjadi pengundi pos kerana amalan terdahulu tidak mewajibkan sedemikian. Si isteri berhak untuk mendaftar sebagai pengundi pos atau tidak. Justeru itu, PR mesti menyemak semula peraturan ini secara spesifik.

Sekiranya telah diamalkan sekarang bahawa setiap isteri warga tentera WAJIB menjadi pengundi POS, maka PR mesti mendapatkan hitam putih berkenaan dasar atau polisi terbaru itu. Paling penting, PR mesti mendapatkan kesahihan nombor tentera, nama dan alamat pasukan anggota tersebut bertugas.

PR jangan meremehkan kebanjiran pengundi-pengundi pos ini. Jika perlu, lakukan desakan lebih hebat agar sistem undi pos ini dimansuhkan. Selagi adanya undi pos ini, PR berada di dalam keadaan berisiko./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan