Selasa, 1 Mac 2011

UPACARA `LELONGAN' DI KERDAU

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI ada acara `lelongan' pula di Kerdau. Tukang lelong adalah Muhyiddin, peserta yang membuat tawar-menawar pula adalah PIBG Sekolah Kebangsaan Kerdau. Mengapa `lelongan' diadakan di Kerdau? Sesiapa yang tidak tahu jawapannya, sah lah mereka masih tidak kenal Umno dan Bn.

Mengikut laporan di sini, Muhyiddin `secara kebetulan' meluluskan serta-merta permintaan ibu bapa dan guru bernilai jutaan ringgit bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau hari ini.
Permintaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Abidin ketika berucap di perjumpaan Muhyiddin dengan ibu bapa dan guru dalam parlimen Kuala Krau.

Upacara seperti `lelongan' dapat disaksikan oleh mereka yang hadir di dalam perjumpaan tersebut. Di antara yang dipohon adalah dewan baru, dan Mukhyiddin memulakan `lelongan'nya. Untuk dewan baru, Muhyiddin meminta supaya ibu bapa tunggu terlebih dahulu.
Katanya, "Antara bilik darjah dan dewan (mahu) mana dahulu?" Hadirin menjawab: bilik darjah. "Jadi, bilik darjah dululah. Dewan kemudianlah," kata Muhyiddin.

Sekolah itu juga akan diperluaskan dan dimasukkan dalam projek Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10). Muhyiddin turut berjanji 18 sekolah di parlimen Kuala Krau akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta. saya lupa mahu catat berapa kali Muhyiddin telah berjanji sepanjang pilihanraya kecil di adakan selepas PRU yang lalu.

Melucukan, ada sindiran tajam dari Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang semasa berucap. Beliau berkata, "Bila lagi (mahu minta)?. Ertinya, ini lah masanya kita perlu berlakon sebagai `fakir miskin' untuk meminta apa sahaja. Serendah-rendah permintaan iaitu sardin dan susu, hinggalah kepada jutaan ringit. Itulah negara ku yang `tuannya adalah Melayu..."/wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. TERINGAT ARWAH IBRAHIM PENDEK KATA 'MARI KITA TENGOK SAPA YANG KENA '!

    BalasPadam
  2. Haha. Umno dah membusuk smapai ke USUS BESAR dah

    BalasPadam
  3. akhir zaman nanti dajjal pun buat janji siapa ikut dia akan selamat, dan siapa lawan dia akan binasa...teringat hari natal..ada orang bg hadiah...teringat zaman tadika...bagi gula2...teringat PilihanRaya ..ada org bg kain palikat...gitulah

    BalasPadam
  4. btui gak,dajjal siap janji syorga kalau ikot dia

    BalasPadam