Selasa, 29 Mac 2011

TINDAKAN SELAMAT OLEH KETUA WIRA PERKASA

Oleh: WFAUZDIN NS

AMAT bijak tindakan yang dibuat oleh Ketua Wira Perkasa, Arman Azha hari ini yang telah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Wira pertubuhan yang tidak disenangi oleh Nazri Aziz itu.

Katanya, beliau membuat keputusan itu "atas dasar prinsip" kerana PERKASA tidak mempunyai political will atau keupayaan politik dalam perjuangannya (Petikan Malaysiakini). Sememangnya kita sedari Perkasa tidak boleh pergi ke mana kerana pertubuhan itu tidak menguntungkan sesiapa samada kaum Melayu atau bukan Melayu jauh sekali untuk menguntungkan Islam. Banyak tindakan Perkasa kita lihat amat mengelirukan terutamanya mengelirukan Umno sendiri yang memperlihatkan perjuangan Perkasa yang tidak tentu arah. Tidak hairan jika Nazri Aziz sendiri menganggap Perkasa penghalang cita-cita 1 Malaysia yang dibawa oleh Najib.

Perkasa selalu perasan sendiri kununnya pertubuhan itu boleh menentukan mana-mana calon di dalam pilihanraya umum nanti terutamanya calon kaum Melayu menang atau kalah. Mereka lupa, nasib Presiden mereka sendiri Ibrahim Ali pun belum tentu ke mana. Tindakan Ketua Wira Perkasa berbuat demikian dikira bijak kerana jika beliau mahu naik di dalam politik di negara yang berbilang kaum ini, beliau harus menjauhkan diri dari menonjol di dalam Perkasa.

Tidak boleh disembunyikan lagi, Perkasa amat tidak disenangi oleh parti-parti komponen di dalam Bn seperti MCA, Gerakan dan MIC. Bahkan, di dalam Umno sendiri pun ramai pimpinan Umno yang tidak sebulu dengan Perkasa seperti Nazri Aziz dan Ketua Pemuda Umno sendiri.

Justeru itu, memang bijak Arman Azha bertindak sedemikian kerana beliau pun tahu pilihanraya umum ke 13 nanti semakin hampir. Tindakan `mencari makan' dengan selamat. Syabas!! /wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. elok la...dia sendiri pun main bagi kenyataan merepek aje...tuduh DSAI nak rancang langgar lari lah...DSAI nak larikan diri lah...cakap merepek sampai azan pun dah tak hormat...elok la keluar...PERKASA boleh pergi jauh kalau dia sendiri bebas dan sokong jika wajib dan halang jika perlu...ini tidak...konon nak bela melayu..diri sendiri pun dah bukan melayu..pak pandir betul....

    BalasPadam
  2. Dia ngidam nak jadi calon PRU 13 tu, nanti tok jib ambik la dia ni jadi calon, pasai kalau menang dia boleh jadi ketua perkasa pulak, putera katak mungkin akan tumbang, lepas tu putera katak akan jadi ketua putera perkasa pulak, pi mai pi mai dia telompat tang tu jugak. usah ragu dan bimbang UMNO dan perkasa memang adik beradik, ibarat isi & kuku, aur & tebing tidak boleh dipisahkan, kalau berpisah alamat sakit yg satu tu.

    BalasPadam