Isnin, 21 Mac 2011

TINDAKAN TERDESAK - PEGUAM ANWAR


Liwat II: Keputusan arah Anwar serah DNA

Rabu Mac 21, 11

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan Rabu ini keputusan terhadap permohonan pihak pendakwaan agar mahkamah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA bagi tujuan perbandingan.

Peguambela utama, Karpal Singh berkata Akta Keterangan belum dipinda bagi mewajibkan pemberian sampel DNA. Justeru, apa yang cuba dilakukan oleh pihak pendakwaan adalah supaya mahkamah mengambil alih tugas mengubal undang-undang.Menurut hakim beliau jelas tidak boleh membuat keputusan hari ini dan menangguhkan perbicaraan hingga Rabu depan.Sebelum ini, perbicaraan yang bersambung semula hari ini dengan Karpal Singh membuat hujahan berhubung dua permohonan daripada pihak pendakwaan.


NONE

Mereka mahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyemak semula penghakimannya dalam perbicaraan dalam perbicaraan dan juga mahu mahkamah mengarahkan Anwar membekalkan sampel DNA bagi tujuan profailing.

Mahkamah ditangguhkan Isnin lalu apabila diberitahu bahawa adik Karpal Singh telah meninggalkan dunia.

Hari ini, kehadiran polis di kompleks mahkamah, Jalan Duta, lebih ramai berbanding sebelum ini berikutan tekanan daripada penyokong dan pemimpin BN yang mendesak ketua pembangkang untuk itu memberikan sampel DNA.Sementara itu, menurut seorang lagi peguambela, R Sivarasa siri tunjuk perasaan anjuran Umno bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNAnya adalah hanya untuk melengkapkan cubaan pihak berkuasa mengguna bukti reka cipta untuk mensabitkan ketua umum PKR itu.

“Bagi saya demo-demo yang dibuat oleh pihak Umno jelas berniat jahat dan dibuat bagi mengelirukan rakyat sebab bagi saya ini menunjukkan mereka kurang faham mengenai isu sebenar dalam kes ini.

“Isu sebenar dalam kes ini, sampel-sampel DNA yang diuji dan dibentangkan dalam mahkamah yang kononnya daripada badan Saiful, memang bagi kita sampel DNA itu telah dimanipulasikan dan terdapat aspek yang meragukan dan direka untuk memberi gambaran bahawa DNA Anwar telah ada di sana,” katanya kepada TV Selangor, semalam.

Menurut beliau, pemimpin tertentu dalam Umno tidak dapat lari dari hakikat bukti DNA yang dibawa ke mahkamah sebenarnya tercemar dengan keterangan-keterangan bercanggah doktor dan pegawai penyiasat.

NONE“Kalau saya Datuk Seri Anwar, tentunya saya pun mengambil pendirian kenapa saya harus memberikan sampel untuk melengkapkan sesuatu keputusan yang saya tahu memang dipalsukan,' kata Sivarasa.

“Sebab itu kita menolak sama sekali desakan mana-mana pihak untuk meminta Datuk Seri Anwar untuk memberikan DNA sebab isu pokok dalam kes ini adalah sampel DNA telah direka. Dan itu jelas daripada
semua keterangan dari dulu sampai sekarang,” katanya./Malaysiakini

3 ulasan:

  1. Kalau mahkamah sekadar lakunan tentu sekali pendakwa jua yang berhasil dalam memanipulasikan isu DNA meskipun cara berhempas-pulas pendakwa dan pembela nampakya seakan-akan suatu realiti dalam perbicaraan. Sedangkan pada hakikatnya rekod DNA dalam siri liwat 1 dulu bukankah masih boleh dirujuk pakai dalam permahkamahan ini.Dasyat juga manusia harini, politik bukan lagi menentukan kalifah untuk bersama dalam mentadbir alam ini tapi yang jelas adalah tempat melepaskan nafsu dendam yang tidak pernah padam dari jiwa-jiwa mereka yang hina dan paling laknat. Ada pula yang berpolitik tapi bertopengkan NGO sebagai platform dalam melancarkan serang balas mengaibkan seseorang.Jenis mahluk apakah manusia ini? Ilmunya selama ini letak dimana? Imannya selama ini hanyalah menjangkau hari-hari mendatang yang penuh dengan kerugian. Masya allah!

    BalasPadam
  2. ambik je DNA Tok Jib, TOk mUdin sebab depa berani bagi... lepas tu bubuh kat pungkok saitpol

    BalasPadam
  3. Isu DNA dan terkini isu seks menjadi senjata tajam menghunus tubuh DSAI dengan fitnah yang bertali arus. Soalnya kenapa DSAI? Kenapa mereka takut sangat dengannya? Kenapa?

    Adakah ianya berkaitan dengan Pilihan Raya Sarawak? Adakah mereka merasakan akan kalah pada pilihan raya ini nanti? Justeru mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengikat lawanya dan ditikamnya. Pondan sungguh perbuatan mereka.

    Isu Seks menjadi bom terbaru mereka. Tapi kenapa? Kenapa ianya disimpan oleh seseorang bernama Datuk T? Bukankah ianya mempunyai tujuan sesautu?

    Kita ada Akal kita boleh menilainya sendiri!!!

    BalasPadam