Isnin, 21 Mac 2011

SUMPAH SI PENDERHAKA BOLEH DIPERCAYAI ?

Oleh: WFAUZDIN NS

ANWAR mahu jadikan Malaysia sebuah Negara Republik? Otak yang waras mana mahu percaya cerita ini? Tetapi itulah yang dijaja oleh mak cik Ummi sewaktu berceramah di Besut baru-baru ini.

Saya rasa sudah bermacam-macam tuduhan dan gelaran diberikan kepada Anwar semenjak beliau dipecat dari kabinet dan Umno. Dari fitnah moral, pengkhianat negara, pengkhianat Melayu, Pro Cina, ejen Amerika, pluralisme dan macam-macam lagi dan terkini Anwar dikatakan mahu mewujudkan Negara Republik. Siapa yang bercakap? Mak cik Ummi yang bapanya tidak mengaku anak itu yang bercakap begitu. Melucukan, mak cik ummi menjadikan `roh' sebagai saksi atas dakwaannya itu. Beliau mendakwa bapanya tahu perkara itu setelah diberitahu oleh abangnya Azmin. Harus diingat, bapa azmin (bapa Ummi ?) telah meninggal dunia dan tidak boleh mengesahkan dakwaan mak cik Ummi tersebut.

Menurut Ummi Hafilda, cita-cita luar biasa bekas Timbalan Perdana Menteri itu diluahkan oleh abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin kepada bapa mereka, Allahyarham Ali Omar suatu ketika dulu. "Abang saya pernah beritahu arwah bapa kami, jika Anwar berkuasa, dia akan menjadikan Malaysia sebuah republik," katanya. Ceramah mak cik Ummi tersebut berlangsung hampir serentak dengan ceramah para pemimpin Pas dan PKR yang disertai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Azmin yang terletak berhampiran dan hanya terpisah sebatang sungai dekat Masjid Hadhari di sini.

Saksi yang masih hidup hanyalah Azmin, dan Azmin sahaja yang boleh mengesahkan dakwaan mak cik Ummi itu. Nampaknya mak cik Ummi belajar dari Tun Mahathir dua perkara; Pertama, berani menuduh tapi tidak berani bercakap di dalam mahkamah. Kedua, menjadikan `roh' (orang mati) sebagai saksi. Dulu Mahathir kata dia mempunyai banyak bukti tentang salah laku Anwar, tapi bila di sapina hadir ke mahkamah Mahathir tidak datang. Mak cik Ummi pun telah hadir ke mahkamah dulu dalam kes fitnah liwat 1, tetapi tidak timbul langsung cerita-cerita yang beliau jaja sekarang. Mahathir kaitkan yang sudah meninggal di dalam bukunya tentang pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Mak cik Ummi pula kaitkan insan yang telah meninggal di dalam dakwaan terbarunya tentang penubuhan Negara republik. Apa beza mak cik Ummi dengan Mahathir?

Hakikatnya, puak mereka amat terdesak untuk membunuh karier Anwar kerana dengan membunuh karier Anwar sahaja sekutu Apco ini akan terus menipu dan mencekik darah rakyat. Amat malang bagi kita yang masih gagal untuk menggunakan akal yang Allah kurniakan ini bagi menilai sesuatu isu. Tidak menghairankan jika ada yang berani bersumpah apatah lagi yang bersumpah itu berani menderhaka kepada bapanya sendiri./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. sama aje si zul kulim dgn umi ni...tadi aku tgk TV3 zul buat ulasan kata "mmg anuar dan bertaubat" ayat ni aku pegang sekuat2nya bagi org yg berkopiah ni...aku tak pasti dia dah tgk ke tak video tu,tapi yg pasti dia dah buat ulasan dlm media...ni ALLAH nak tunjuk sifat manusia yg berkopiah mengaku bw islam tapi melingkup rupanya...aku tak sbr nak tgk video tu di tayang..DSAI dah cerita serba sedikit ttg keadaan yg sebenar...kalau video tu betul2 superimpose aku nak tgk si zul ni bertaubat dan mohon maaf...pasal mulut dia ALLAH dah tunjukkan sifat sebenar dia....mari kita tgk wayang pengampu bontot najib si umi ngan zul ni....

    BalasPadam
  2. Si umi ni kalau nak tutup mulut dia senang je!!!!!JOLOK PUKI SENYAPLAH DIA

    BalasPadam