Isnin, 21 Mac 2011

TUAH DI P.PINANG, MALANG DI JELEBU

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca kenyataan KM P.Pinang, Lim Guan Eng yang menyebut bahawa seluruh Negeri P.Pinang akan dibekalkan dengan WIFI percuma termasuk di beberapa kawasan yang diwakili oleh Wakil Rakyat dari Bn, sekaligus menafikan berita karut yang disiarkan oleh media pencacai yang menyebut kununnya hanya kawasan diwakili oleh PR sahaja yang memperolehi perkhidmatan tersebut.

Berita gembira yang seringkali dibawa oleh Lim Guan Eng kepada seluruh rakyat P.Pinang nampaknya sekali lagi membuat saya anak jati Jelebu menggigit jari. Masakan tidak, kawasan Jelebu diwakili oleh seorang Menteri yang menjaga hal ehwal komunikasi dan Penerangan serta budaya, tetapi selaku MP Jelebu anak Yatim ini seperti tidak terasa betapa Jelebu amat jauh ketinggalan dari segi komunikasi. Mungkin beliau lebih berminat menjaga `budaya' terutamanya `budaya menipu dan putar belit'. Sudahlah di Jelebu perkhidmatan bas boleh dikatakan tiada, perkhidmatan 3G di kawasan saya pun tiada, jangan disebut pasal WIFI percuma. Jika Lim Guan Eng boleh memberikan WIFI percuma kepada seluruh negeri P.Pinang, sukar buat anak Yatim ini untuk memberikan WIFI percuma untuk kawasan Jelebu sahaja.

Anak Yatim ini hanya berjanji untuk memberikan WIFI percuma jika ada pilihanraya kecil sahaja. Itu pun belum tentu dapat, sebagai contoh di Bagan Pinang seperti yang pernah dijanjikan sewaktu pilihanraya kecil di situ. Di Dun Galas, Gua Musang pun begitu termasuk juga baru-baru ini di Kerdau. Ini lah mentaliti yang ada pada anak Yatim yang penduduk Jelebu semakin bosan dengannya. Beliau sedikit pun tidak malu dengan Lim Guan Eng yang terus mengutamakan rakyat walaupun tiada pilihanraya kecil di negeri tersebut.

Rakyat seharusnya berfikir dengan lebih bijak lagi, parti manakah yang benar-benar jujur membela nasib rakyat. Kenyataan Lim Guan Eng yang menyebut, "Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah untuk semua penduduk Pulau Pinang, termasuk penyokong BN," adalah satu pendirian yang pemimpin-pemimpin Umno boleh belajar. Jangan jadikan rakyat hamba abdi dan pak turut atau pun dipelihara seperti `ayam daging' yang diberi makan dengan kenyang, bila gemuk ianya disembelih./wfauzdin.blogspot.com

11 ulasan:

  1. PEMIMPIN-PEMIMPIN PARTI SEKUTU APCO BUSUK DARI HATI,PERUT DAN YANG LAIN-LAIN,SEMUA BUSUK SEBUSUK-BUSUK NYA TAPI HAIRAN MASIH ADA TENUK DAN KERBAU DI MALAYSIA MENGUNDI DAN MELANTIK JADI PEMIMPIN !

    BalasPadam
  2. Inilah Perbezaan Antara Pemimpin Cina Dari
    Gerakan dan Pemimpin Cina Dari DAP yg Menjadi Ketua Menteri di Penang.

    Umno Penang Dah Pening Sekarang Nak Cari Isu
    bagi Memburukkan Kerajaan Negeri.

    Jangan Mimpi Nak Dapat Balik Penang.

    Sebaiknya Umno Penang berpindah ke Melaka,
    disana banyak Projek yg bolih dapat dari Ali
    Rostam berbanding dengan Penang Sekarangni,
    Dah tak ada lagi Projek Segera atau Projek utk
    Kroni Lagi dah.

    Jangan nak Sembang yg Korang Nak Membela Nasib
    Org Melayu,Kalau Di Felda Boleh Korang Citer.

    Dulu...
    LIM CHONG EU - Org Umno Penang Yg Pilih.
    KOH THU KHOON - Org UMNO Penang Yg Pilih.
    Kini ...
    LIM GUAN ENG - Org Melayu Penang Yg Pilih.

    Tengoklah Betapa Bezanya antara pilihan org Umno Penang dgn pilihan org Melayu Penang.

    Melayu Negeri Lain Tak Payah Nak Buat Cerita Tentang Nasib Melayu Penang Sekarang,Kami Dari
    Dulu Lagi Dah Ber Ketua Menteri Kan Org Cina.

    Malangnya Org Melayu Melaka Tak Nampak Ada Org
    Cina Di Negerinya Yg Benar2 Boleh Membela Org Melayu Yg Dizalimi olih Org Melayu Sendiri.

    BalasPadam
  3. Wifi seluruh penang? cayalah bro lim...apo laie b-end! buek copat wifi kat jelebu tu biar semuo rakyat jelata jelebu boleh acces internet dan tau kisah sebenar R.A.I.S .. kalo setakat masuk tv,surak kabor yg pro b-end bolehlah kelentong org.

    BalasPadam
  4. Takniah Lim Guan Eng dan pakatan rakyat anda telah membuka mata pemerintah yang kuno yang penuh dengan sendiwara untuk membela rakyat konon.Salam terakhir buat BN.

    BalasPadam
  5. Elok pun Rais x letak Wi-Fi kat Jelebu , kurang sikit ko pakai Internet untuk maki hamun & kutuk orang lain.

    Hello .. yg cakap Wi-Fi tu utk kawasan PR saja adalah saudara kembar ko si Jeff Ooi. Bila kena henyak baru Guan Eng buat statement utk kasi kat semua kawasan. Biasa la PR, bila dah tersepit salah kan media .. x de modal lain.

    BalasPadam
  6. kalau melihat biar dengan mata dan mata hati.
    kalau menilai biar dengan otak yang rasional.
    kalau mendengar biar dengan telinga yang tak tuli.
    kalau menghidu biar dengan hidung yang tak tersumbat.
    kalau bercakap biar guna fakta yang sahih dan tak diputar belit.
    kalau beriman mesti percaya dan yakin akan hukum2 allah.
    kalau hidup biar berakai.
    jadikanlah diri kita manusia yang berperinsip dan tak terikut2 dan terlalu fanatik. percayalah akan kemampuan orang lain. tampilkan diri kita orang yang bijak menilai dan tak terlalu fanatik.

    BalasPadam
  7. Sheikh, semalam berjalan di Putrajaya menengok Hot Air Balloon Fest. Singgah Alamanda brunch - WIFI? yellek!
    Minggu lepas baru saja balik bercuti dari Indo - lagi mudah nak dapat WIFI. Kalau ada kat Shah Alam Center - WIFI kerajaan Negeri Selangor.
    Tak payahlah kita pergi jauh-jauh lah kalau Putrajaya yang merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia pun takde WIFI - MEMANG 100% WIFI menjadi gula-gula politik semata-mata

    BalasPadam
  8. Kalau kerajaan nak buat Wi-Fi maka melalak la PR & penyokong fanatik tuduh kerajaan membazir, gula-gula politik la & macam-macam tuduhan lagi .. bila x buat pun melalak jgk.

    Entah apa punya jenis orang la korang ni .. yg tau melalak jer macam org hilang akal. Sekali sekala muhasabah la diri tu , jgn rasa diri tu sempurna & orang lain semua x betul.

    BalasPadam
  9. jangan silap!!! jgn mudah ditipu dan di saiko otak kita oleh cina kamjat yg pandai mengambil kesempatan dlm kesempitan nihh.... projek wifi 1 penang bukanlah idea dan rancangan dia. projek ini telahpun dirancangkan pada zaman tsu koon lagi sblm pr yg lalu dan saya salah kontraktor melayu yg terlibat. ini fakta! berkatalah yang benar...
    jgnlah kerana ketaksuban, hati dan nafsu menjajahi fikiran.

    BalasPadam
  10. Projek Kantoi Lah Tuuu.
    Masuk Tender Dgn Tsu Khoon Ada Pelapik,Tender dgn Guan Eng Tak Boleh Nak Selak,Sebut Harga,
    Macam Lah Org Tak Sekolah. Tak Dapat Projek nak Salahkan Org Lain...Kroni UMNOlah Hang Tuuu,macam Org Penang Tak Kenal Hang.
    Roh Dah Nak Keluar,Tak Sedar Diri,Pastu Kata Kontrektor Melayu Nak Gulung Tikar,Buat Kerja Tak Iklas.Beg Kat Chowrosta,Jemorah Baru RM25/
    Korang Belasah Sampai RM80/= Hang Pi Sembang
    Kat Org Lainlah.

    BalasPadam
  11. Saya tidak dapat cukup berterima kasih kepada Dr EKPEN TEMPLE kerana telah membantu saya mengembalikan kegembiraan dan ketenangan dalam perkahwinan saya setelah banyak masalah yang hampir menyebabkan perceraian, alhamdulillah saya bermaksud Dr EKPEN TEMPLE pada waktu yang tepat. Hari ini saya dapat mengatakan kepada anda bahawa Dr EKPEN TEMPLE adalah jalan keluar untuk masalah itu dalam perkahwinan dan hubungan anda. Hubungi dia di (ekpentemple@gmail.com)

    BalasPadam