Selasa, 8 Mac 2011

USAHA NAJIB MAHU PECAH BELAHKAN PAS DAN PKR

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHBAR hari ini memetik kenyataan Najib bahawa semasa PRK Dun Merlimau dan Dun Kerdau, terdapat pimpinan PAS tidak menggalakkan DS Anwar datang berkempen ke kawasan tersebut. Satu lagi usaha Najib untuk melaga-lagakan kerjasama PKR dan PAS setelah usaha memperdayakan PAS dengan `Kerajaan Perpaduan' gagal.

Najib selaku PM tentunya mempunyai ramai SB yang ditugaskan meninjau kempen PR di dua kawasan tersebut, malangnya beliau masih tidak tahu apa-apa maklumat atau sememangnya beliau tidak diberitahu. Najib tidak tahu betapa Anwar telah menjelajah dari satu tempat ke satu tempat di dalam satu hari sahaja di Merlimau. Begitu juga di Kerdau, di mana kehadiran Anwar disambut secara `samseng' berperangai `monyet' oleh sekumpulan pemuda yang mengepung dan melontar batu ke kereta Anwar.

Kehadiran Anwar di dalam mana-mana kempen PRK amat dinantikan oleh semua penyokong PR termasuk PAS, ini dibuktikan semua ceramah Anwar mendapat sambutan yang hangat. Jika tidak, masakan ada `monyet upahan' yang menanti kehadiran Ketua Pembangkang itu. Tidak seperti Umno, jika Najib atau Muhyiddin tidak membawa `bekal' serta uncang-uncang yang mahu ditaburkan kepada pengundi, sudah pasti kehadiran beliau tidak dipedulikan rakyat. Bayangkan, Umno sampai ke tahap memanggil betina tua yang masih bujang itu untuk mengajar anak-anak muda dio Merlimau dan Kerdau bagaimana untuk mencarut, bercakap lucah dan melakukan fitnah.

Betina itu mahu anak-anak muda Melayu khususnya menjadi sepertinya yang tiada moral sehingga dibuang oleh keluarganya sendiri. Umno juga sanggup menjemput raja golek punggung M.Daud Kilau dan berdangdut selepas ceramah Ezam sesumpah dan Berahim raja katak. Mengapa bergelek dan berdangdut selepas ceramah? Ini adalah kerana untuk mengelakkan penonton lari sebaik sahaja selesai bergelek dan ceramah pun tidak laku. Itu bezanya cara kita dengan cara mereka.

Namun puak mereka menang bukan kerana Najib, Muhyiddin, betina tua atau ketiga-tiga raja itu iaitu raja gelek, raja sesumpah atau pun raja katak. Mereka menang kerana `habuan' yang diberi dan dijanjikan. Dijanjikan wang tunai RM13 Ribu dibayar Isnin selepas selesai pilihanraya bagi beberapa ratus Peneroka Felda. Terbukti ianya dibayar juga tetapi dengan cek. Tidak kisah cek atau tunai, tetapi mereka telah mendapat apa yang mereka mahu. Peduli apa mereka dengan perjuangan Islam yang ingin dibawa oleh PAS. Selepas ini mereka akan bayar balik wang itu, itu tiada masalah kerana setiap tahun mereka sudah pasti ada bonus kerana harga sawit tetap akan tinggi sehingga kiamat. Peneroka felda orang bertuah di Malaysia sekarang.

Bagaimana dengan warga felda yang lain yang mencukupi syarat untuk mendapat imbuhan seperti yang diperolehi oleh wara felda di Kerdau? Kamu jangan bimbang, bersabarlah manalah tahu ada pula PRK di kawasan kamu selepas ini. Cuma, jangan berdoa Wakil Rakyat kamu mati pula. /wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. memang cara peyamun n perompak punya kempen ... setiap kali pr aderkan ceramah depa main muzik ... spr buat tak tau jer .. karoake tak payah perme ... tapi ceramah kena permit ... hampas betul umno ni ...

    BalasPadam
  2. Saudara adalah sebahagian daripada penggerak Pakatan yang tertipu dengan ' kepercayaan' yang salah.

    Hakikatnya Pakatan telah kalah dan insyaallah akan terus kalah kerana penolakan rakyat.

    Laras bahasa saudara jelas menggambarkan ' jiwa kalah ' yang saudara miliki.

    BalasPadam
  3. Jika PAS, DAP & PKR berpecah, Umno/BN akan kenduri keseronokan selama 40 hari 40 mlm...

    Itulah matlamat mereka...

    BalasPadam
  4. cuba buat pipihan raya dekat bukit bintang kl. hendak tinggok laku ke tidak projek mee segera. dekat felda boleh lah sebab orang-orang felda ini kalau nampak duit terus jadi binggung dan dongooo.

    BalasPadam
  5. Apa pun tuduhan dan kutukan yang di lemparkan oleh puak Pakatan pada BN, belajar lah menerima hakikat bahawa PAS telah kalah di kedua-dua tempat. Majoriti undi ke BN semakin bertambah. Taktik lapuk kempen PAS menghina & memburuk-buruk kan parti lawan telah memakan diri diri sendiri. Rakyat tak kan mudah tertipu dengan retorik PAS yg suka cakap banyak, menghina & mencari salah orang lain tapi hakikat nya perangai orang PAS lebih teruk.

    Cara tulisan saudara & komen-komen penyokong PAS di sini boleh di jadi kan contoh betapa rosak & kotornya pemikiran saudara & penyokong-penyokong PAS yg mengaku sebagai seorang yang kononnya mahu menegakkan Islam namun hakikat nya jiwa & hati penuh dengan kebencian, suka menghina, mengumpat & memperkecilkan usaha orang lain. Rakyat boleh menilai, jangan salahkan kerajaan kalau mereka menolak PAS.

    BalasPadam
  6. kepada tanpa nama 9 Mac 2011 8:05 AM:

    salahkah kalau mengajak manusia menolak kerajaan pahang dibawah pimpinan Denan Yakub yang menghabiskan duit rakyat? Ini bukti yang NYATA dan tak boleh disangkalkan lagi seperti Laporan Audit sebutkan. Cuba cakap..salahkah? Salahkah? salahkah? bangangnya punye penyokong UMNO.... Cuba bagitau apa fitnah yg PAS telah Buat????????
    Cuma kamu yg buta MATA dan HATI sendiri...

    BalasPadam