KES liwat DS Anwar `Siri 2' kini sedang dibicarakan oleh mahkamah. Di dalam kes Liwat `Siri 1' mahkamah akhirnya membebaskan Anwar dari pertuduhan tersebut walaupun pihak tertentu menyebut bahawa pembebasan Anwar hanyalah kerana teknikal sahaja.
Jika mahu disebut soal teknikal, di dalam kes Liwat `Siri 1' dulu terlalu banyak teknikal bahkan fakta yang dipersoalkan. Kita masih ingat bagaimana tarikh kejadian di dalam pertuduhan dipinda beberapa kali kununnya `typing error'. Kita juga tidak lupa keterangan Azizan yang menyebut beliau tidak diliwat oleh Anwar, dan banyak lagi. Oleh itu, pelik apanya Anwar dibebaskan kununnya atas sebab teknikal?
Kini, Anwar diheret lagi di dalam kes yang sama melibatkan seorang pemuda yang kuat dan gagah berani jika dibandingkan dengan Azizan. Tidak cukup dengan itu, kini Mahathir mengeluarkan sebuah buku atau Memoir Dr Mahathir bertajuk "A Doctor In The House' yang menulis juga tentang kisah seks Anwar bersama lelaki dan wanita.
Malaysiakini melaporkan, "Tun Dr Mahathir Mohamad memuatkan 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998. Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. Mahathir menulis, empat tahun selepas ketua polis negara, Tun Hanif pertamakali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'."
Ertinya, kerja-kerja untuk memusnahkan karier politik Anwar tidak akan terhenti di mahkamah. Mahathir tidak akan berpuas hati selagi Anwar masih memimpin PR untuk ke Putrajaya kerana beliau cukup bimbang rahsia beliau dan kroni-kroninya akan terbongkar sekiranya Anwar berada di Putrajaya. Mahathir cukup ngeri membayangkan apa yang telah terjadi kepada pemimpin Tunisia dan juga Hosni Mubarak di Mesir.
Apa yang ditulis oleh Mahathir di dalam buku tersebut, seolah-olah Mahathir tahu kesemua cerita seks Anwar dan Mahathir akui beliau mempunyai bukti. Hairannya, Mahathir tidak berani tampil ke mahkamah sebagai saksi di dalam kes liwat `Siri 1' ketika itu. Bukan Mahathir sahaja, wanita-wanita yang Mahathir menyimpan fotonya yang dikatakan terlibat dengan seks bersama Anwar juga tidak tampil sebagai saksi ketika itu. Hanya Umi Hafilda sahaja yang tampil, tetapi wanita ini tidak membawa apa-apa bukti kukuh untuk menyabitkan Anwar di dalam kes tersebut. Berbeza dengan ceramah Umi sejak kebelakangan ini yang mendakwa beliau punyai bukti kukuh, malahan mempunyai pita video rakaman lagi. Mengapa tidak didedahkan di mahkamah dahulu? Kununnya, Umi tidak mahu dedahkan ketika itu kerana mahu beri peluang kepada Anwar untuk insaf. Jika benar ingin memberi peluang, mengapa sanggup jadi saksi ketika itu?
Ini semua kerja-kerja jahat puak yang begitu takut Anwar berada di Putrajaya. Kehebatan Anwar bukan saja ditakuti oleh penguasa sekarang bahkan yang sudah bersara pun takut seperti Mahathir. Mengapa takut jika tidak pernah melakukan penyelewengan? Mahathir sentiasa berdendam dengan Anwar, jika beliau tidak mampu lagi bersuara kerana sudah semakin tua, beliau tetap akan burukkan dan aibkan Anwar melalui tulisan pula. /wfauzdin.blogspot.com

teruskan perjuangan DSAI,rakyat di belakang anda.hukum penguasa yang menzalima anda..putra jaya pastikan milik palatan pd PRU13
BalasPadamHidupnya, matinya hanya untuk berbuat fitnah dan bertuhankan syaitan dan iblis... Nauzubillah!!! disangkanya umurnya yg panjang membawa berkat sebaliknya menjadi fitnah yang berbekalkan dosa ke lubang kubur kelak... mati adalah wajib...
BalasPadamBro..dari jauh kita dapat lihat perwatakan sebenar DSAI yang jauh berbeza dari pemimpin UMNO skrg,DSAI sanggup membaca sehingga habis buku yg diterbitkan oleh org yg menghina beliau..beliau sanggup membaca setiap patah perkataan fitnah keatas beliau..kalau kita lihat dari segi psikologi hampir 90% manusia ini tak akan sanggup membaca perkataan yg menghina diri sendiri,kalau ada sms pun terus padam atau segera membalas dgn amarah..apa sifat DSAI? membaca itu lah jwpnnya...berani kerana benar...bacalah setiap perkataan walaupun menghiri roh sendiri sekalipun..tapi nyata DSAI mempunyai iman yg kuat...kita lihat buku jingga kenapa gagal..sbb rakyat itu sendiri tak nak membaca malah nak memahami pun tak nak..sbb mereka nak yg nampak depan mata sahaja..sedangkan semasa kes liwat 2 ni berjalan kita boleh tak perasan bahawa semasa pengakuan liwat tu di buat,DSAI sedang membuat perjumpaan dgn pakar ekonomi...Siapa DSAI yg masih nak bincang ekonomi malaysia?tak sia-sia kah jika masih berbincang sedangkan BN yg kawal ekonomi semuanya?bg saya DSAI adalah pemimpin yg paling berjaya dlm ekonomi..dan tak akan ada dlm diri pemimpin lain atau perti lain yg masih berangan nak pimpin malaysia...malah tun abdullah badawi sendiri pun dah kena tendang pun dah tak nak amik tahu hal ekonomi...pada blogger..jgn cakap pasal isi buku jingga tu kerana PM dan TPM sendiri pun malas nak baca..tp bila terima nasihat dari pakar barulah ikut juga isi kandungan buku jingga..tetapi cakap macam mana terbentuknya isi kandungan buku jingga ini...bagi aku DSAI lah peranan utama yg merangka buku jingga ini sbb beliau rajin memahami ekonomi negara sehingga PM sendiri kata mustahil utk menjayakannya sbb dia pemalas dan hanya dgr ckp pakar ekonomi yg dah sedia malas nak mengkaji lebih dalam lg...statistik semua jbtn pun guna pakai yg mana ada je..malas nak buat R&D...bangunlah blogger..tumpu pada utama dan bab masalah pemimpin BN ni jadikan sebagai sampingan aje...cayok2!!!PRU 13...
BalasPadamMembaca tu menambah ilmu....kalau dia jadi PM nanti banyak idea untuk kebaikan rakyat dan malaysia. Berkenaan pelaburan dari luar...akan bertambah berlipat ganda apabila anwar jadi PM...percayalah cakap gua ni!!!!!
BalasPadam