Rabu, 6 April 2011

AKHBAR PORNO - ADA STAF AKHBAR MULA MENYESAL TERLIBAT?

Oleh: WFAUZDIN NS

ZUNAR seorang kartunis di dalam Twitter beliau menyebut terdapat staf yang bekerja di Utusan Meloya mengirim SMS kepadanya memberitahu betapa dia amat merasa sedih dan malu di atas tindakan akhbar tersebut yang menjadi ejen penyampai bahan lucah dan fitnah.

Staf Utusan Meloya berkenaan meminta agar Zunar menyampaikan permohonan maaf dari beliau kepada DS Anwar, Azizah dan keluarga di atas perbuatan jijik akhbar berkenaan. SMS tersebut berbunyi " Sy dgn rndah diri & sedih mohon maaf krn trlibat akhbar yg fitnah DSAI.Minta Zunar sampai msj ini kpd K Wan & N Izzah (http://twitter.com/#!/zunarkartunis)

Satu lagi SMS yang diterima oleh beliau dari rakannya yang bertugas di akhbar pencacai tersebut berbunyi ," Sejak 30 thn kerja dgn Utusan, hari ini merupakan paling memalukan bg aku. Utusan Jadi Utusan Porno" (Twitter Zunar). Nampaknya seperti sudah tiada keberkatan buat mereka bekerja di akhbar yang selama ini terkenal dengan penyebar fitnah serta pemecah belah masyarakat serta umat Islam di negara ini.

Memang wajar dan tepat sekali tindakan sebuah sekolah Cina di Kuantan yang enggan menerima akhbar tersebut untuk dijadikan bahan bacaan murid-murid di sekolah berkenaan walaupun diberi percuma. Bayangkan jika sekarang ini murid-murid tersebut menatap akhbar berbahasa Melayu yang bersifat seperti majalah porno, lebih dahsyat lagi dengan berita fitnah yang menjijikkan. Betapa cerdiknya kaum Cina sekarang yang lebih tahu dan menilai mana satukah akhbar yang memberi faedah dan mana satukah akhbar yang boleh dijadikan alat untuk `beristinjak'.

Apa kah yang harus atau mungkin wajib buat semua staf terutamanya yang beragama Islam yang masih bertugas di akhbar pencacai itu lakukan? Mereka ada pilihan, samada ingin terus memakan gaji dengan majikan yang sebegini atau mencari peluang pekerjaan lain yang jelas bersih dan halal? Amat membimbangkan jika gaji mereka adalah hasil dari pekerjaan fitnah dan penyebaran bahan lucah.

Sebab itu, akhbar berkenaan tiada keberkatannya dan mendapat kerugian selalu walaupun akhbar tersebut berpuluh tahun wujud di negara ini. Inilah akhbar yang selalu ditatap oleh golongan tua di kampung-kampung terutamanya. Akhbar ini amat efisyen di dalam menyampaikan berita fitnah lagi menyesatkan golongan tersebut. Apakah tidak sedikit pun kita merasa bersalah berada di dalam kumpulan akhbar sedemikian?

Saya cadangkan agar carilah pekerjaan lain yang lebih memberikan ketenangan kepada kita agar rezeki yang diperolehi mendapat keberkatan Illahi. Berhentilah dari merosakkan minda dan akhlak bangsa kita. Cukuplah untuk bersekongkol dengan puak mereka yang tidak pernah takut kepada azab Allah./wfauzdin.blogspot.com

14 ulasan:

  1. Minum arak adalah haram.Penghidang arak adalah sama sahamnya dengan peminum arak.Penjual arak sama sahamnya dengan peminum arak.Pemotong rumput di kilang arak sama sahamnya dengan peminum arak.Jaga dikilang arak sama sahamnya dengan peminum arak.Towkey arak edangkan Yahudi Laknatullah pun Allah turunka rezeki untuk menreka yang jelas menentang Allah swt.sama sahamnya dengan peminum arak.
    Bagaimana akhbar yang terang-terang melakukan perkara haram dan kita terlibat sekali di dalam syarikat akhbar itu?.Fikir-fikir kan lah sahabat ku sekalian.Bumi Allah begitu luas...rezeki Alllah melimpah ruah.Sedangkan YAHUDI LAKNATULLAH pun Allah berikan rezeki!.

    BalasPadam
  2. Pakai wakil minta maaf.

    BalasPadam
  3. harakah tu apa kurangnya... lagi lucah

    x payah dabel standard la...

    BalasPadam
  4. harakah mmg tidak lucah, so wat??

    utusan mmg ahkbar lucah haram jadah...

    hak hak tuih!!

    BalasPadam
  5. utusan, akhbar perosak bangsa wajar diharamkan...

    BalasPadam
  6. media cetak sepatutnya menyajikan info-info yang bermanafaat kepada kepintangan rakyat..jaganlah menyalahgunakan kuasa veto anda..kita kena adil..

    BalasPadam
  7. Mai kita ramai -ramai pulau AKHBAR UTUSAN MELOYA dan lain -lain akhbar arus perdana yg terus menabur fitnah.Saya dan lama tak membelinya.Tapi membacanya di sekolah kerana nak tau juga apa yg berlaku.Di rumah saya membaca melalui blog.Biar akhbar tersebut mampus bersama-sama dan UMPORNO dalam PRU ke 13 nanti.

    BalasPadam
  8. penulis,pencetak,pembaca,sapa-sapa saja yang buat kerja terkutuk ni (fitnah) pasti akan didakwa.Apa yang kita cakap, baca, tonton, rezeki, duduk, makan, Tidak dikira amal seseorang hanya ketika dia tidur, gila, terlupa... Buka saja mata,sampai kita tidur semula semua dikira amal - sama ada baik atau jahat hattadalam hati . Jawablah ketika di Masyar di depan Allah. Dosa fitnah lebih besar daripada dosa membunuh.Tunggulah sama ada buku amalan kita diserahan pada tangan kanan atau di tangan kiri. Ya Allah selamatkan kami daripada huru hara di mahsyar.

    BalasPadam
  9. Saya kadang beli kadang tidak Utusan ni, tapi lepas hari utusan jadi utusan porno , sori tak kan beli lagi akhbar kepornoan ini, pegang pun malu rasa nya.

    BalasPadam
  10. paper pelaq keluaran parti pelaq ni....lama dah saya junam kan dlm tong taik....satu pun tak boleh percaya melainkan kaki nomboq dari parti pelaq tu saja dok yg dok berebut dok beli...

    BalasPadam
  11. Dah cetak ratus ribu dan dah untung edar seluruh msia cuma mintak maaf pakai sms? apa punya budaya dahh! org kalau ikhlas nak mintak maaf jumpa secara berdepan org yg difitnah, buat secara live mengaku kesalahan tu pun kalao berani

    Bukan sehari dua perangai buruk barua media pro rejim penyamun nie dari dulu lagi dahh 54 tahun beb! atas nama demokrasi berparlimen!! diaorg memang pro bab2 spin twist belit2 citer fitnah semua diaorg hentam dari raja2 melayu sampai org biasa!

    Bakar sampai jadi abu media2 cetak pro rejim!

    Boikot tv3,rtm dan semua saluran rejim!

    Bakar rare earth! Bakar loji nuklear!

    BalasPadam
  12. Tak payah baca akhbar ini. Membuat pembaca resah gelisah apa lagi ia terkenal untuk melaga-lagakan orang/politik Melayu.

    BalasPadam
  13. staff paper tu semua melayu belaka rasanya .... melayu tu beragama Islam rasanya .... kalau Islam Sekular sekali pun takkan tak ada halal haram langsung ....!!!

    mereka buat kerja kotor yang haram ... dapat upah .... takkan upah jadi halal...???

    entah le kalau ISLAM 1MALAYSIA hukumnya begitu...!!!

    BalasPadam