Jumaat, 15 April 2011

DENDAM ZUL KULIM PADA ANWAR TIDAK PERNAH PADAM

Oleh: WFAUZDIN NS

SEKALI lagi teramat sukanya saya untuk menjawab hujah Zul Kulim seperti yang beliau tulis di dalam blognya bertajuk "Haq Dan Kebenaran' dan tulisan peguam dangkal ini dipetik pula oleh akhbar pencacai Utusan Meloya. Zul Kulim senaraikan 6 bukti kununnya menunjukkan wajah sebenar Anwar dan mahu rakyat percaya dan menjadi bodoh seperti beliau. Rujuk sini.

Bukti pertama kata Zul Kulim, Anwar berbohong tentang 16 Sept untuk menubuhkan Kerajaan. Isu ini ramai rakyat sudah faham dan telah dijelaskan oleh Anwar di dalam beberapa ceramahnya malahan Zul Kulim ketika itu pun masih berada di dalam PKR. Cita-cita 16 Sept bukan bohong, tetapi ianya ditakdirkan tidak berlaku sahaja. Namun demikian, 16 Sept benar-benar menggemparkan Umno/Bn sehingga berbelas MP cabut ke Taiwan. Anwar mohon diadakan sidang khas Parlimen ketika itu, namun ianya tidak dilakukan. Apakah satu sasaran untuk menubuhkan kerajaan gagal boleh dianggap bohong?

Kedua, kata firaun besar ini lagi adalah berkaitan sumpah laknat. Isu ini juga jelas menunjukkan Zul Kulim teramat jahil tentangnya. Semenjak bila peguam boleh percaya dengan sumpah dalam hal isu jenayah seperti ini? Islam ada kaedah bersumpah bukan boleh main-main sumpah seperti Ezam sesumpah, Umi Hafilda dan Najib lakukan itu. Seperti yang diterangkan oleh Tuan Guru Hj Hadi, Anwar boleh bersumpah sekiranya Mahkamah Syariah memutuskan Anwar perlu berbuat demikian. Masalahnya, apabila Anwar cuba merujuk kes ini ke mahkamah syariah, ada menteri yang halang pula. Apabila kes ini telah dilaporkan oleh Saiful ke pihak Polis, maka ianya menjadi kes jenayah dan di mana lojiknya sumpah di dalam kes ini?

Bukti ketiga pula kata Zul Kulim, mengapa Anwar terlalu liat mahu serah DNA nya? Adakah Zul Kulim merasa Anwar itu sebodoh beliau untuk menyerahkan tengkuk untuk disembelih? Di dalam kes liwat pertama dulu, bukankah terbukti DNA Anwar telah dimanipulasikan? Ketika itu Zul Kulim pun berada di dalam kumpulan peguambela Anwar walaupun mungkin sekadar menjadi `tukang pikul fail' sahaja. Mengapa Zul Kulim tidak bertanya tentang beberapa sample DNA yang berlainan sekitar dubur Saiful? Mengapa Zul Kulim sasarkan Anwar sahaja? Jelas, ada motif sakit hati dan dendam. Jika kita jumpai DNA Zul Kulim di dubur seekor khinzir, adakah Zul Kulim boleh terima tuduhan bahawa beliau meliwat Khinzir?

Bukti Keempat, Zul pertikaikan mengapa Anwar melenting di dalam kes video seks sedangkan tiada siapa yang menuduhnya? Zul Kulim mungkin lupa apa yang beliau katakan beliau yakin 110% siapa pelaku di dalam video seks itu. Anwar bukan kali pertama difitnah dan diaibkan, maka pelik apanya Anwar merasa video seks itu semestinya mensasarkan beliau? Zul Kulim ingat Anwar lupa segala yang telah beliau lalui sebelum ini? Dan, ternyata jangkaan Anwar itu tepat di mana siapa lagi sasaran kaki fitnah video seks itu jika bukan beliau? Cuma Zul Kulim yang lembab sehinggakan menuduh kununnya video itu permainan politik Anwar sendiri. Mengapa Zul Kulim tidak sebut mengapa si pemilik dan si tukang tayang video lucah itu tidak ditangkap dan didakwa? Bukankah yang menayangkan video lucah Chua Soi Lek ditangkap? Mengapa tidak di dalam kes ini? Zul Kulim berjuang atas dasar apa? Jelas, atas dasar benci dan dendam sahaja.

Akhirnya, Zul Kulim sebut bukti ke lima dan keenam adalah mengapa di tahun 1997, Karpal Singh menuduh Anwar lakukan sodomi tetapi kini membelanya. Tahun 1997, ada tuduhan ke atas Anwar yang ketika itu di dalam kerajaan dan terdapat buku yang menulis berbagai tuduhan ke atas Anwar. Sebagai Pembangkang, sudah tentu Karpal Singh mahu Anwar disiasat sepertimana Anwar sekarang mahu Najib disiasat atas kes Altantuya. Mat Sabu juga ketika itu mahu Anwar disiasat di atas isu yang sama. Adakah Anwar tidak disiasat?

Semua maklum, akhirnya Anwar dipecat dari Kerajaan dan disiasat malah didakwa di mahkamah atas isu berkenaan. Keputusannya apa? Anwar bebas dari tuduhan walaupun sepanjang preses perbicaraan tersebut terlalu banyak kontroversi yang dapat dilihat. Ketika itu, Zul Kulim ini lah yang menyalak ke hulu ke hilir menyebut ini satu konspirasi jahat untuk jatuhkan Anwar. Ertinya, apa yang Karpal Singh dan Mat Sabu mahu iaitu Anwar disiasat telah pun dilakukan dan mereka pun faham selepas itu bahawa semuanya itu adalah fitnah dan konspirasi jahat. Setelah Karpal Singh tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada Anwar, apakah Karpal mahu Anwar difitnah lagi? Karpal Singh tidak pendendam seperti Zul Kulim walaupun beliau berugama Sikh. Peguam Muslim ini lah lebih hina dari Karpal Singh.

Berkaitan rakan-rakan rapat Anwar lari meninggalkan Anwar bukan hujah kuat untuk mengatakan seseorang itu bersalah. Bak pepatah, teman ketawa mudah dicari, teman menangis sukar dicari. Anwar tidak hanya hidup dan berjuang kerana teman-teman rapatnya sahaja. Beliau berjuang untuk rakyat marhaen keseluruhannya. Justeru itu, Anwar tidak akan meroyan jika beberapa temannya lari dari beliau kerana Anwar tahu beliau tidak mampu mahu mengenyangkan perut pengkhianat yang beberapa ekor itu. Bagaimana pula dengan Zul Kulim yang beliau tahu rakyat yang mengundinya dahulu beribu-ribu lari darinya? Yang lari dari Zul Kulim berpuluh ganda ramainya dari yang lari dari Anwar. Mengapa Zul Kulim masih tebal muka di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru?

Di dalam tulisan beliau juga, Zul Kulim buat fitnah dengan mengatakan Solat Hajat yang dilakukan oleh PR dan penyokong-penyokong Anwar adalah untuk mendatangkan bala bencana kepada seseorang. Saya tidak tahu di mana ilmu yang ada pada Zul Kulim tentang Solat Hajat ini. Apa yang beliau sakit hati sangat dengan Solat Hajat tetapi senang hati melihat Najib mengalungkan bunga di makam Kamal An Tarturk Laknatullah? Itulah Zul Kulim jika ada yang tidak kenal dan kita akan tunggu saat beliau `dihumban ke longkang' di dalam PRU nanti./wfauzdin.blogspot.com

13 ulasan:

  1. Kopiah apa yang dipakai oleh Zul tu. Apa ada dalam kopiah nya sehingga sedangkal dan secetek itu ilmu nya. Ajak berhujah dan bersekemuka gamak nya takut pengecut berselindung di sebalik BN aje yang berani

    BalasPadam
  2. dulu berjuang melawan murtad. menyalahkan dasar sekular konon mcm ragi dalam tapai.

    konon marahkan uno kerana artikel 121 mengenai kebenaran murtad.

    tapi bila hati tak ikhlas kini tukar menyokong golongan yg membeiarkan murtad. sokong puak yg biarkan artikel 121.

    jin kulim ini terkenal kerana suka tunjuk hero popularkan diri sendiri tanpa merujuk kepimpinan parti. pernah serbu majlis antara agama. sesuatu yg tidak merujuk pucuk pimpinan dan bukan cara islam.

    tapi demi lagak jadi hero, demi dunia, demi nama, org ini sudah menjadi munafik.

    bukankah munafik lebih teruk nerakanya dari org murtad yg konon ditentang oleh munafik ini.

    hajat hamba satu saja : ingin ku ludah kupiah munafik ini. jgn salahkan hamba kalau tangan ini singgap ke muka munafik ini.

    BalasPadam
  3. ulasan yg mantap!tahniah!
    ZN patut letak jawatan lama dulu..wat malu org bndar baru ja..x sabaq tggu PRU..

    BalasPadam
  4. bukan zul kulin tu.. tapi zul kulum.. kulum konet najib.. dia ni species mcm saiful jugak.. minat pada lelaki.. aku 2 bukti video yg menunjukkan aksi zul kulum sedang melakukan adegan sejenis.. dan video ni akan ke youtube tak lama lagi..
    siap la engko zul kulum.. kulum la ngko puas2 smentara masih ada kesempatan

    mohd hatta mohd andnan

    BalasPadam
  5. Tentang sumpah itu, Zul sudah pikiaq habis ke. Dah kah tak guna mahkamah syariah/civil.Dah tak gunakan orang dalam mahkamah itu. Dah tak guna Polis Msia.Dah tak guna ka undang2 negara ini.Bila dah habis semua option barulah sumpah cek oi.

    BalasPadam
  6. hanya ALLAH dan dia saja yang tau,aper yang sebenarnya di idam2kan oleh zulkapor ini dgan umno.wlaupn dia sama terok dgan ibrahim katak,namun fitnah yg dilontarkn kepada dsai akan terpalit ke wajah beliau nanti.ckuplah solat hajat sebagai senjata untuk org2 yg terinaya.semoga ALLAH memperkuatkan keimanan dsai dan keluarga mengharungi kemelut kezaliman manusia yg bertopengkn syaitan.

    BalasPadam
  7. Teringin la sesangat-sangat nak lihat Jul kulim ni bergandingan dengan UMI Hapelda dalam ceramah UMNO. Sure gempak gila kalah Jom Heboh.
    Kalau depa ni kahwin lagi best. Baru jadi tag-team yang mantap. Musti ramai datang tengok.

    140% percaya temberang

    BalasPadam
  8. Terima kasih tuan empunya blog, Alhamdulillah, terjawab jugak soalan yg bermain dalam fikiran. Sekali lagi terima kasih dan teruskan berjuang!

    BalasPadam
  9. Zul ni...banyak sangat nak kondem hal orang....Kulim dah maju ker...? Aku tengok warga miskin tegar masih ramai......

    BalasPadam
  10. Tapi...tak terfikir ka kita...siapakah sebenarnya pula si Anwar Ibrahim ni..?? Takkan la pulak, dalam 10 perkara si Zul tu bercerita, satu pun tak betul ?? Atau kita sendiri yg terlalu taksub???

    BalasPadam
  11. Zul Kulim YB tolol.

    BalasPadam
  12. What The Fuck Din, lu cakap apa ni?? Melalut punya spin...tarak quality langsung.

    BalasPadam
  13. Cakap pasal Agama,memfitnah dan bersangka buruk yang diamalkan oleh Zul,itukah pegangan islam.
    Kalau inilah cara laku perangai seorang peguam amatlah terlalu buruk peribadinya.TV tempat dia melontar fitnahnya....alangkah seronoknya media arus perdana bersahabat dengan penjahanam seperti siZul ini.

    BalasPadam