Khamis, 14 April 2011

HJ HADI PATUT KEKAL PRESIDEN PAS

Oleh: WFAUZDIN NS

DI TENGAH kehangatan kempen Pilihanraya Negeri Sarawak, saya mahu mencelah sedikit tentang pemilihan pimpinan PAS di dalam Muktamar PAS akan datang. Sudah tentu selepas hari mengundi di Sarawak 16 Apr ini, maka kita akan dihangatkan pula oleh cerita tentang pemilihan kepimpinan di dalam PAS.

Ucapan tahniah saya ucapkan kepada YB Datuk Paduka Husam Musa yang awal-awal lagi membuat pengakuan tidak akan bertanding jawatan tertinggi di dalam PAS melainkan jawatan AJK PAS Pusat sahaja. Ertinya, tidak perlu sesiapa untuk mencalonkan beliau samada untuk jawatan Naib Presiden, Timbalan mahu pun Presiden PAS. Kenyataan beliau yang dipetik melalui Harakahdaily menyebut, " Saya menyokong 100 peratus kepada pimpinan Tuan Guru Haji Hadi, kerana kepada saya beliau adalah seorang yang berwibawa dan boleh menyatukan PAS".

Bagi saya memang tidak perlu ada pertandingan untuk jawatan Presiden PAS kerana tiada lagi yang dapat dilihat mampu menjadi lebih baik dan efisyen dari Tuan Guru Hj Hadi. Beliau berada di kerusi itu setelah pemergian Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan tiada cacat celanya yang boleh membawa PAS semakin mundur. Memang benar ada ketikanya pasang surut berlaku di dalam PAS tetapi bukan kerana kelemahan kepimpinan beliau tetapi kerana beberapa situasi semasa yang terjadi. Pasang surut ini berlaku juga di dalam PKR yang dipimpin oleh DS Anwar sendiri. Apa yang penting, PAS terus mendapat sokongan malahan lebih hebat dari PKR dan DAP.

Mungkin ada yang berfikir sebaliknya, terpulang kepada semua ahli PAS untuk menilai kepimpinan mereka. Bahkan, ada yang menganggap DS Anwar pun kewibawaannya lebih bawah dari Presiden PAS, ini satu bukti menunjukkan Tuan Guru Haji Hadi adalah tokoh yang berwibawa. Jika bukan kerana ketokohannya, masakan ada orang yang sanggup menjadi gila untuk `terjah atau langar Hadi'./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. salam ..Haji Hadi Tokoh berwibawa tetapi kurang menyerlah sebagai Presiden PAS ....Sebagai seorang Ulama yang saya akui akan kehebatan ILMU nya ....Tapi sebagai Presiden Parti PAS saya kurang setuju ,kelemahan nya terserlah dalam sesetengah hal ...Apa pun kebaikan nya pun ada ...diantara kelemahan nya adalah terlalu bergantung kepada Cikgu PA (stopa ALi) ....Sebagai Mursyidul Am PAS aku setuju itupun bila TGNA dah meninggal dunia ...

    BalasPadam
  2. Salam Bro.... Seperti tulisan gua yang lalu yang membuat sesetengah pihak marah sama gua pasal gua kata, Pas disengani di era al-Marhum fadhil Noor kerana beliau mendapat pembantu yang baik (Haji Hadi) tetapi semasa Haji Hadi memegang jawatan presiden, beliau mendapat pembantu yang ######.
    Sebagaimana Saidina Ali r.a. ditanya kenapa Islam berada didalam kucar-kacir sedangkan dizaman tiga Khalifah sebelumnya Islam begitu teguh. Jawab Saidina Ali r.a.," Semasa zaman Abu Bakar, Umar dan Uthmann, pembantunya adalah orang seperti aku tetapi sekarang pembantunya adalah kalian". Sayang seribu kali sayang gua sudah bagi klu mereka-mereka tetap memaki gua. maka jadilah mereka-mereka ini seperti umno yang celaka.

    BalasPadam
  3. salam,

    saya setuju dengan john labu dan gan/r. all the president's men perlu ditukar. mereka semua adalah faktor presiden dilihat lemah. mereka bukan menasihat tetapi 'memaksa' presiden akur dengan 'nasihat' mereka. kita tidak nafi sumbangan mereka, tetapi idea mereka sudah lewat dengan situasi politik semasa, obsolete.

    mengekalkan mereka ibarat membawa kereta dengan menarik 'handbrake' sedangkan kaki menekan pedal minyak. menyumpah2 apabila kereta sembab untuk melucur ke hadapan. itulah yang terbukti dalam tiga tahun selepas pru 12.

    wallahu'alam.

    BalasPadam
  4. Hadi Awang sebagai Presiden PAS "tak ada cacat-celanya" - tak munkin.Cacat-celanya ialah UG.Isu UG telah merosakkan PAS dan isu ini telah memesongkan PAS dari tumpuan gerak-kerja PRU ke13.Hadi Awang selaku Presiden PAS sudah hilang nilai pasarannya akibat dari isu UG ini.Menggumpulkan "kuda-kuda tua" diIbu Pejabat PAS,satu lagi kelemahan Hadi Awang. Cukup buat seketika.

    BalasPadam
  5. salam,

    jika diikuti dengan rapi polemik "kerajaan perpaduan", pintunya tutup-buka. dalam tutup, hadi boleh kata umno dah berubah. sama ada ini dari hadi sendiri atau yang "disumbat" oleh penasihat2 di sekelilingnya, hanya mereka dan Allah yang tahu. semasa pc, banyak soalan dari pemberita dijawab oleh stopa ali, hadi angguk je atau ulang apa yang stopa ali kata.

    masalahnya, berapa ramai ahli2 pas mengunjungi internet untuk melihat klip2 video berkaitan pc hadi bab ug. tidak sah kalau tak ada stopa ali di sebelahnya.

    wallahu'alam.

    BalasPadam