Selasa, 26 April 2011

KES LIWAT - PERSOALAN YANG MENGUJA KITA BERFIKIR

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA telah banyak mengikuti ulasan dan komen dari orang ramai samada melalui blog atau facebook berkaitan kes fitnah Liwat II melibatkan DS Anwar yang kini semakin ke penghujung.

Saya tertarik dengan beberapa persoalan dari mereka, di antaranya adalah seperti berikut;

1. Mengapa Pertuduhan berbeza dengan laporan Saiful yang mendakwa beliau dipaksa, sedangkan pertuduhan di bawah Seksyen 377B membawa maksud sukarela atau suka sama suka? Tidakkah wajar digunakan Seksyen 377C yang lebih tepat dengan laporan Saiful?

2. Saiful mendakwa beliau dipaksa, tetapi tiada kesan di duburnya kemasukan secara paksa. Diberitahu bahawa KY Jelly digunakan, tetapi lojiknya jika dipaksa mesti juga walau sedikit ada kesan melecet, luka, lebam di mana-mana bahagian tubuh badan atau didubur memberi erti ada paksaan berlaku dan ada tentangan dari Saiful yang muda dan gagah itu.

3. Sepanjang perbicaraan, tiada dibuktikan Saiful berada di dalam bilik kondo tempat yang dikatakan berlaku kejadian. Yang ada hanya kelibat Saiful memasuki kondo dan berada di lift sahaja.

4. Memang mereka telah memperolehi DNA melalui barang-barang Anwar sewaktu Anwar ditahan di dalam lokap Polis, tetapi adakah mereka telah membuktikan bahawa DNA yang mereka perolehi itu adalah air mani Anwar yang kununnya terdapat di dalam dubur Anwar?

5. Diberitahu bahawa DNA telahpun di`usik' terlebih dahulu oleh Jude Pereira Pegawai Polis yang menyiasat kes ini sebelum dihantar ke makmal.

6. Dimaklumkan juga bahawa terdapat lebih sample DNA disekitar dubur Anwar. Saiful membuat pengakuan bahawa beliau hanya diliwat oleh Anwar seorang. Mengapa tiada ujian dilakukan terhadap sample DNA yang lain selain dari DNA `Y'?

7. Tiada bahan bukti lain dijumpai di tempat kejadian melainkan sehelai bulu kepunyaan Anwar. Jika Saiful berada di bilik itu bersama Anwar, mengapa bulu Saiful tidak dibawa sebagai bahan bukti kes?

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang pelik tapi benar di dalam kes ini. Namun, kita yakin pihak mahkamah sudah tentu ada keputusan yang baik dan bijak di dalam isu ini. Jika dahulu kes fitnah Liwat I menimbulkan seribu satu keganjilan, tidak semestinya ia boleh berulang lagi.

Sekiranya mahkamah memutuskan Anwar perlu membela diri, kita akan dapat menyaksikan lebih banyak persoalan yang lebih menarik lagi. Buat ketika ini, syabas kita ucapkan kepada Tim Pembela kerana telah berjaya merungkai banyak perkara./wfauzdin.blogspot.com

12 ulasan:

  1. Dia tak rela diliwat tapi dia beri kerjasama sbb itu adalah boss dia dan dia rasa takut. (macam sexual harrassment) .Tu yang dia buat laporan polis pastu.

    BalasPadam
  2. ehehehe...kalau dia takut, nape lepas tu siap makan karipap dan minum kopi? Lepas tu esoknya pergi selamba je ke rumah Anwar tanpa ada rasa takut pd wajahnya? Mngapa report polis dibuat lewat? Ramai org yg kena rogol oleh boss nya akan fobia dan terus murung tetapi tidak pd Saiful? Mngapa Saiful tidak bntah pertuduhan dibuat di bwh seksyen 377B (sukarela) sedangkan beliau kata dipaksa? Tidakkah pertuduhan itu mengaibkan beliau sendiri?

    BalasPadam
  3. sebenarnya islam mengajar akan kita apabila datang satu cerita fitnah maka hendaklah kamu selidiki dahulu kebenarannya .... kalau kita menerima maka ia adalah fitnah se mata mata tahu akan kamu kelak apabila mati iaitu di neraka paling bawah di jadi arang untuk di pijak oleh ahli neraka nauzubillah minal zalimi .

    BalasPadam
  4. 1.SUKA RELA KA, SUKA PAKSA KA. KAMI NAK TAU LIWAT JADI KE TAK?
    2.SELALU TERJADI KES SUMBANG MAHRAM YANG MELIBATKAN DUA INDIVIDU YANG DEKAT.BIASANYA IANYA TERJADI TANPA KERELAAN INDIVIDU YANG SATU TETAPI AKIBAT PERASAAN TAKUT ATAU PERASAAN TERLALU MENGHORMATI MAKA PERKARA ITU DIRELAKAN WALAUPUN HAKIKATNYA DIA MENOLAK.JADI FAKTOR KECEDERAAN TIDAK AKAN TERJADI.
    3.KALAU ADA VIDEO CCTV DALAM BILIK DAH LAMA DAH KES NI SELESAI.LAGIPUN KALAU ADA MESTI ADA ORANG KATA FITNAH PULA.
    4.YA.MEREKA TELAH MELAKUKAN PERBANDINGAN DNA YANG DIDAPATI DI LOKAP DAN AIR MANI YANG TERDAPAT DI JUBUR SAIFUL DAN DIDAPATI IANYA SEIRAS.
    5.BUKAN MENGUSIK TETAPI MENERIMA DAN MENGAWAL KE MAKMAL.
    6.HANYA DNA Y TERDAPAT DALAM DUBUR SAIFUL.
    7.BULU ORANG TUA SENANG GUGUR.

    BalasPadam
  5. 1. Sukarela atau paksa kan lain? Jadi kena la tuduh dgn tepat. Kalau tak tepat org kata bohong.

    2. Kalau takut biasanya trouma dan akan cuba larikan diri. Ini siap mkn karipap dan kopi lagi, esoknya dtg rumah Anwar jadi tukang hidang air. Kalau dlm satu keluarga anak dan ayah pun, anak pasti trauma dan cuba nk jauhkan diri. Ini pulak bkn anak dan ayah...dah dewasa, cerdik lagi...

    3. Kalau ade video atau CCTV pun kena juga siasat betul2. Baru kita tahu samada dipaksa atau sukarela.

    4. Bukan air mani. Hnya sample DNA yg diperolehi dilokap. Kununnya sepadan dgn sample DNA kat air mani dlm dubur Saiful.

    5. DNA telah dubuka, disimpan dlm almari beberapa jam. Pakar juga sahkan itu bkn prosedur makmal. Sesiapa pun boleh manipulasi DNA yg sudah dpt dibuka. Sbb tu kita tgk org yg uji air kencing tu pun akan seal botol air kencing betul2 sebaik saja diambil kerana tidak boleh terdedah. Inikan pulak DNA simpan dlm almari beberapa jam melebihi satu hari. Mngapa tak terus dihantar ke makmal sebaik terima? Mngapa nk simpan dulu?

    5. Awk tak baca pkembangan perbicaraan. Terdapat lebih dari Satu DNA di sekitar dubur saiful tmasuk air maninya sendiri. Lebih dari dua atau tiga DNA. Bila disoal oleh peguam Anwar, Pakar itu sndiri mngaku bahawa beliau hnya diarahkan utk uji DNA Y sahaja. Mengapa?

    7. tentang bulu, byk kes kita lihat kes rogol dan bunuh misalnya, bulu diperolehi walaupun org tu muda belasan tahun.

    BalasPadam
  6. saya yakin sesiapa saja yg tidak faham dengan hukum ALLAH akan merima fitnah ini dengan menulis macam macam yang ingin mengaibkan DSAI,Samoga ALLAH memberi hidayah kepada mereka.

    BalasPadam
  7. semoga ada pihak dari pakatan rakyat akan menganjurkan lagi solat hajat meminta kebenaran dan petunjuk dari Allah samada ini fitnah atau tidak. jangan hanya memohon dijatuhkan bala keseseorang individu tetapi mohon lah kebenaran atas apa yang terjadi semoga kita mengetahui kebenarannya dan tidak dikelabui oleh ketaksuban kita terhadap individu tersebut.Allah maha adil dan kepada Dia kita memohon.

    BalasPadam
  8. anon 6.20

    TIADA TUSUKAN PADA JUBUR SEPOL

    kata doktor pakar...
    satu jawapan yang dapat merungkai se ribu persoalan
    abis yang kau merepek ni apa hal
    takan kau pun bodoh macam lembu
    tunggu saat untuk disembelih

    BalasPadam
  9. cefol ni pembohong.
    Kalau diliwat secara paksa mengapa tidak ada kesan pada dubur cepol. dikata pula pakai pelincir sebab tu tak ada kesan . Habis kalau dah sempat ambil pelincir mana ada liwat paksa pula.
    karut,karut marut betul

    BalasPadam
  10. paksa @ tidak tp pelakunya tetap melakukannya.. betol tak.. kalau itu moral PM yg bakal kita nobatkan, baik kita nobatkan Tok Guru

    BalasPadam
  11. kalau cepol bohong nape ALLAH x bg petunjuk semasa dia ddepan kaabah haa.. bakal PM kita tu langsung x mau gi kaabah padahal kat US blh lak.. pening2222

    BalasPadam
  12. kita semua dah solat hajat ramai2.. skrg ALLAH dah tunjuk kebenaran kat DSAI nape semua tu kita tak terima pulak.. mcm cerita yg aku baca kisah sorang tok guru yg mnerima dugaan ALLAH.. ceritanya.. rumah Tok guru tu kena banjir dan dia pun terpaksa duduk ats bumbung rumah. sambil tu dia memohon doa kpd ALLAH supaya diberi bantuan.. tiba2 datang pihak tentera beri bantuan tapi ditolaknya krn katanya bantuan ni dr kerajaan,tok guru tu tetap berdoa..selang beberapa jam datang pula pihak polis utk mmberi bantuan tp ditolak lg katanya ni bantuan kerajaan. dia terus berdoa dan kali ni datang pulak bantuan dari RELA tp ditolak jugak.. akhirnya tiada sapa lg mai tlg tok guru tu akhirnya dia mati... kesimpulannya.. tok guru tu x sedar yang doa dia dah dimakbulkan ALLAH apabila ada bantuan2 td.. tp nak buat camana dia tak sedar... akhirnya MATI

    BalasPadam