Sabtu, 23 April 2011

PAS PERLU BERSEDIA UNTUK MENGGANTIKAN TEMPAT ANWAR

Oleh: WFAUZDIN NS

MUKTAMAR PAS dijadualkan pada bulan Jun nanti dan saya merasakan tiada kehangatan di dalam pemilihan pimpinan kali ini sebagaimana Muktamar yang lalu. Mudah dijangka, Tuan Guru Hj Hadi Awang akan terus dikekalkan sebagai Presiden PAS kerana terbukti bahawa beliau sahaja setakat ini yang berwibawa memimpin PAS.

Mungkin tumpuan hangat hanya kepada jawatan Timbalan Presiden PAS yang besar kemungkinan Mat Sabu akan mencabar Us Nasha. Saya tidak bimbang dengan pemilihan pimpinan PAS kerana PAS telah membuktikan bahawa sehangat mana pun pertandingan di dalam jawatan tinggi parti tersebut, kesatuan di dalam PAS tetap utuh dan tiada seorang pun yang tewas terpinggir jauh sekali dari melompat parti. Inilah yang amat saya kagumi di dalam PAS yang tiada diperolehi dari mana-mana parti sekalipun di negara ini. Itulah hikmahnya berjuang kerana Allah bukan kerana jawatan dan kedudukan.

Walaupun Muktamar PAS kali ini tidak hangat, tetapi Muktamar kali ini adalah penentu kepada yang lebih besar iaitu menyediakan pemimpin yang benar-benar bersedia untuk berdepan dengan Umno terutamanya. Kita telah dibayangkan bahawa DS Anwar mungkin akan dianiayai lagi dengan begitu hebat tekanan yang dihadapinya sekarang. Kes fitnah liwat II masih belum selesai, timbul pula kes video seks yang kini hangat diperkatakan. Masakan di antara dua kes tersebut, mereka gagal kenakan DS Anwar walaupun satu kes?

Justeru itu, PAS harus bersedia mulai sekarang untuk menerajui PR dan meneruskan perjuangan yang dibawa oleh DS Anwar sekiranya beliau terperosok ke penjara sekali lagi. Kita berdoa agar beliau selamat dari dizalimi, namun kita harus juga mengenali puak-puak mereka yang tidak akan berhenti selagi DS Anwar masih memimpin kita. Sehubungan itu, Muktamar PAS kali ini harus menyediakan pimpinan yang benar-benar mampu memimpin PR sehingga ke Putrajaya.
Memimpin PAS mungkin tiada masalah, tetapi memimpin PR bukan satu tugas yang ringan. Memimpin PR yang ada di bawahnya PKR dan DAP, memerlukan pemimpin yang bijak, diplomasi dan tegas. Saya yakin Tuan Guru Hj Hadi Awang mampu memikul amanah tersebut kerana beliau pastinya akan dibantu oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz yang begitu disukai oleh kaum-kaum bukan Melayu di dalam PR. Tetapi, siapakah pimpinan lain yang boleh bekerjasama dengan baik dan efisyen berganding dengan Tuan Guru Hj Hadi?
Pimpinan inilah yang diharapkan agar ahli-ahli PAS fikirkan supaya nanti PAS mampu menjadi ketua di dalam PR lebih baik dan berkesan setelah ketiadaan DS Anwar. Sudah tentu pemimpin ini mempunyai hubungan yang baik dan mesra dengan pimpinan PKR dan DAP. Maka, jawatan Timbalan Presiden PAS serta Naib-Naib Presiden PAS haruslah terdiri dari pemimpin seperti ini. Kali ini Muktamar PAS diharapkan sebagai Muktamar terakhir PAS sebagai Pembangkang di negara ini sebelum kita ke Putrajaya, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. sebelum dibincang siapa yang perlu ambil alih peranan anwar,suatu pErsoalan yang perlu dijawap.
    PERCAYAKAH ANWAR AKAN DI SUMBAT KE PENJARA KERANA ANWAR MEMANG BERSALAH.
    Jika YA,bukan setakat Anwar yang perlu di tinggalkan,tetapi juga PKR wajib di sisihkan.

    JIKA PERCAYA ANWAR MASUK PENJARA ANGKARA KERJA JAHAT POLITIK,RASIONALKAN TINDAKAN HANYA SEKADAR MENCARI PEMIMPIN GANTI.ANDAIKATA PEMIMPIN GANTI JUGA DI FITNAH,ADAKAH NAK CARI LAGI PEMIMPIN PENGANTI.
    SAMPAI BILA?.

    Seharusnya kita harus bertindak lebih dari melihat dan membiarkan kerakusan merobek undang undang dilakukan.

    Hari ini UMNO-BN berjaya mencetuskan keraguan bersiri.Lihatlah apa komen mustafa ali bagi kes video.jawapan nya ,lihat pada siasatan.
    Persoalannya siapa yang disiasat.Kita tau undang undang Malaysia ada berbagai corak,undang undang untuk pemimpin umno,undang undang untuk pemimpin pembangkang dan undang undang untuk anwar.

    BalasPadam
  2. Salam Bro... Gua rasa pengkomen pertama terlalu percaya sangat dengan media pencacai umno tanpa merujuk dari sumber yang betul. Gua sebagai orang luar dari mana-mana parti politik menyokong pendapat lu. Tiada parti yang lebih berdisplin melainkan parti PAS. Ketaatan kepada parti melebihi ketaatan pada pemimpin selagi tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Bagi gua yang sentiasa dituduh sebagai penyokong Anwar yang kecewa oleh pencacai umno lebih suka jika pemimpin PAS menerajui PR.

    BalasPadam
  3. GANR
    kalau malaysiakini dikatakan media pecacai umno,media mana lagi sumber yang bolih dirujuk.
    ada penafian dari mustafa ali?.
    ulasan macam mustafa ali ini ibarat bagi peluru pada umno.
    ahli diminta jauhi media haprak umno,tapi yang mustafa ali mengadap agendadaily,sah milik umno,buat apa.
    lu nak kata malaysiakini yang petik lapuran dari agendadaily pun ada sikap pecacai juga ka?.

    BalasPadam