Isnin, 4 April 2011

PILIHANRAYA SARAWAK - MASYARAKAT IBAN MASIH YAKIN DENGAN SNAP LAGI KAH?

Oleh: WFAUZDIN NS

BESAR kemungkinan tetap ada pertandingan 3 penjuru di dalam Pilihanraya Negeri di Sarawak nanti. Jelas, SNAP yang dikatakan masih ingin bersama PR di dalam objektif menumbangkan kerajaan Bn di Sarawak tidak menunjukkan minat yang tinggi untuk bekerjasama sebaik mungkin dan mereka telah pun menyenaraikan calon-calon mereka di beberapa kawasan yang kemungkinan PKR akan bertanding di situ.

Ada yang berpendapat PKR kelihatan begitu tamak menuntut kerusi di Sarawak seolah-olah parti tersebut ingin menjadi peneraju kerajaan negeri sekiranya PR berjaya menumbangkan Bn di Sarawak. Pada pendapat saya, memang wajar PKR diberi lebih kerusi di Sarawak berbanding SNAP walaupun parti ini lebih berusia dari PKR di bumi Kenyalang tersebut. Tetapi harus diingat, itu sejarah lama dan SNAP sebenarnya boleh dianggap lama `terkubur' dan kebanyakan pemimpin mereka dahulu bersekongkol dengan Bn menghakis segala kekayaan di Sarawak. Walaupun SNAP dikatakan parti yang mewakili Kaum Iban di Sarawak, namun setelah berpuluh tahun Sarawak di bawah Bn dan sewaktu SNAP bersama mereka, kaum Iban masih dilihat tercicir dari segala sudut dan bidang.

Kini, arus politik telah berbeza dan rakyat Sarawak mesti bersama-sama menyokong idea baru yang dibawa dari Semenanjung. Mereka tidak merasa rugi sekiranya memilih calon dari PKR, DAP mahu pun PAS yang calonnya juga adalah anak watan negeri dan kawasan masing-masing. Sejarah kemusnahan SNAP harus dijadikan pengajaran dan tidak keterlaluan jika dikatakan SNAP berkemungkinan besar akan menyeberang kembali kepada Bn jika mereka memenangi banyak kerusi. Saya tetap meragui keikhlasan SNAP di dalam PR setelah melihat kepada beberapa situasi sekarang.

Mengakhiri artikel ini, Saya ingin memetik komen seorang rakan FB yang telah memberikan ulasannya terhadap isu ini. Beliau menggunakan nama `Otak Tuan Sadiq' memberikan ulasan beliau seperti berikut;

" Kaum Iban sendiri boleh bertanya kepada diri mereka sendiri.... Apakah yang telah SNAP perjuangan selama bersama BN. Kini kehilangan tanah dan keberanian Taib Mahmud merampas tanah NCR kaum Iban adalah hasil persetujuan dan sokongan pemimpin SNAP juga. Perbalahan pemimpin SNAP dengan BN bukan kerana dasar perjuangan tetapi kerana kepentingan peribadi sendiri. Selagi kaum Iban percaya kepada SNAP selagi itu mereka akan diperbodohkan oleh parti yang selama ini bersekongkol dgn Taib. Nak lawan kepimpinan Taib.... hanya PR pilihan terbaik.. Kaum Iban mesti berani menumbangkan kuasa Taib bersama PKR, DAP dan PAS."
wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. saya sebagai anak jati sarawak tidak yakin akan perjuangan SNAP. PR jangan mengadakan rundingan dengan SNAP kerana dalam diri SNAP masih ada BN. Jangan nanti menang atas kerjasama PR tiba2 jadi KATAK PURU. PR lawan saja dgn SNAP.

    BalasPadam
  2. Muak betul dengan cerita politik, sudah2 lah tu... banyak lagi kerja berpaedah lain boleh dibuat...

    Pilihanraya negeri je pun... belum General Election lagi...

    Benci Politik!

    Nilailah sendiri....

    BalasPadam