Oleh:  WFAUZDIN NSMELUCUKAN apabila mendengar orang tua ini bercakap pasal desakan rakyat yang mahu agar beliau berundur dari KM Sarawak.  Sepertimana yang dipetik melalui Malaysiakini, " Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberi bayangan  bahawa  beliau akan berperanan sebagai penasihat selepas bersara  daripada  politik. Dalam wawancara yang  disiarkan menerusi rangkaian televisyen milik  Media Prima, Astro Awani  dan AEC semasa siaran berita jam 8 malam  semalam, ketua menteri yang  telah berkuasa 30 tahun itu berkata beliau  mahu membantu penggantinya  selepas bersara."
Rata-rata rakyat Sarawak tidak mahu beliau berada di kerusi KM Sarawak lagi, bahkan rakyat Sarawak kini sedang menggembeling tenaga untuk terus menjatuhkan kerajaan pimpinan beliau di dalam pilihanraya negeri pada 16 Apr ini. Soalnya, siapa yang mencadangkan atau melantik beliau menjadi Penasihat selepas bersara? Beliau lantik diri sendirikah? Masih tidak puas-puas lagi kah beliau ingin merembat segala yang ada di bumi Sarawak ini?
Rakyat Sarawak kata, cukup...cukup buat kamu wahai Taib. Kamu jadi rakyat biasa cukuplah, usahlah lantik diri sendiri mahu jadi Penasihat pula. Selalunya yang jadi Penasihat itu tentulah segala kata-katanya adalah baik dan berfaedah. Beliau ditolak oleh rakyat kerana beliau memimpin negeri tidak bijak, tidak telus dan banyak menyusahkan rakyat.
Jika orang ini menjadi Penasihat nanti, apa akan jadi pada Sarawak? Taib kena cermin muka beliau dahulu sebelum menawarkan diri untuk menjadi Penasihat. Sarawak tidak perlu kepada `Penasihat 20 Persen' seperti di dalam cerita `Tiga Abdul'./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan