Sabtu, 7 Mei 2011

15 DALIL GAPS YANG JAHILLIYYAH

Oleh: WFAUZDIN NS

SINAR semalam menyenaraikan 15 dalil kununnya Anwar mestilah meletakkan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor yang disebut oleh Presiden GAPS(Gagasan Anti Penyelewengan Selangor) Hamidzun Khairuddin. Apabila membaca satu persatu dalil tersebut, satu pun tidak releven dengan gesaan agar Anwar meletakkan jawatan selaku Penasihat Ekonomi Selangor malahan menampakkan kejahilan Presiden GAPS di dalam isu ini.

Kesemua 15 dalil berkenaan hanya bergantung kepada isu video seks yang kantoi dan memalukan Umno itu, tiada satu pun daripada 15 dalil berkenaan menyenaraikan kelemahan Anwar di dalam membantu menguruskan ekonomi Selangor sekaligus menunjukkan GAPS akur bahawa Anwar berjaya menguruskan ekonomi di Selangor.

Dalil pertama yang dikemukakan oleh GAPS, Anwar gagal di dalam menyerahkan ujian DNA nya untuk mengesahkan samada jam Omega tersebut miliknya. Berapa ribu DNA lagi yang harus Anwar serahkan kepada sekutu Apco ini selain dari DNA yang `dicuri' dari lokap Polis itu? Paling penting, apa relevennya jam tangan Omega itu di dalam kes video seks sedangkan terbaru Eskay mengaku tidak mengetahui samada jam tersebut terdapat di dalam video seks berkenaan. Jam Omega yang awalnya dikatakan adalah hadiah dari Kerabat Diraja Arab Saudi, kemudiannya disahkan oleh Polis jam tersebut datangnya dari Taiwan sebenarnya tidak langsung ada kaitan dengan video seks berkenaan.

GAPS juga mendakwa mengapa Anwar tidak mahu menjalani ujian Poligraf iaitu satu ujian mengesan penipuan. Apa relevennya Anwar mahu mengadakan ujian tersebut kerana sehingga kini siapa yang menuduh Anwar melakukan adegan seks berkenaan? Eskay sendiri berkata beliau tidak pernah menuduh Anwar melakukannya. Jika tiada tuduhan, samalah juga jika GAPS mahu Najib mengadakan ujian Poligraf di dalam kes Altantuya. Lebih menunjukkan kejahilan Presiden GAPS, hukum mana yang beliau guna untuk mensabitkan kes zina atau tuduhan zina boleh menggunakan Poligraf?

Kejahilan Presiden GAPS menonjol apabila beliau bertanya mengapa Anwar tidak mahu melakukan Sumpah Mubahalah, sedangkan Eskay telah pun melakukannya. Sudah tamat belajarkah Presiden GAPS ini tentang Sumpah Mubahalah? Jangan samakan ilmu yang ada pada Anwar dengan ilmu yang ada pada Eskay. Dari segi membaca Bismillah dan Mengucap Dua Kalimah Syahadah pun Eskay lebih teruk dari kanak-kanak PASTI. Jika Eskay jahil di dalam bab Sumpah Mubahalah, jangan pula Presiden GAPS turut menjadi jahil sama.

Sumpah Mubahalah langsung tidak terpakai di dalam kes zina tetapi boleh digunakan di dalam mencari kebenaran di dalam berhujah seperti yang pernah berlaku di zaman Rasullullah yang berhujah dengan seorang Paderi dari golongan Kafir Najran di mana Rasullullah membawa saksi terdiri dari Sayyidina Ali, Hussin dan Hassan begitu juga Paderi berkenaan. Begitu juga di dalam kes suami atau isteri yang menuduh salah seorang darinya melakukan zina mereka dibolehkan untuk melakukan Sumpah Li'an. Itu pun mempunyai beberapa syarat dan kaedah tertentu untuk melakukan sumpah berkenaan.

Mengapa isu alibi Anwar yang sedang melayan Twitter pada waktu kununnya kejadian berlaku dipertikaikan kerana Anwar `hilang' selama 2 jam. Isu ini telah lama dijawab oleh Sdr Rafizi Ramli secara teknikal dan tidak perlu saya ulang kembali jawapan terhadap persoalan sebodoh ini. Kununnya terdapat kelibat CCTV Anwar disekitar hotel berkenaan, adakah benar itu Anwar kerana pelaku yang beraksi di dalam video berkenaan pun mereka boleh tuduh Anwar, pelik apanya jika ada CCTV yang merakam kelibat orang yang sama?

Satu lagi hujah dangkal Presiden GAPS adalah beliau mendakwa adalah mustahil untuk Super-imposed terhadap video apatah lagi selama 22 minit. Siapa pakar yang digunakan untuk mengatakan mustahil itu? Yusry KRU? Apa kehebatan dan kepakaran Yusry KRU yang boleh menilai mustahil atau tidak sesuatu video dilakukan Super-imposed? Jika sekadar bikin filem `Cicak Man' belum boleh dikatakan pakar.

Kita tidak persoalkan tulin atau tidak video seks berkenaan. Samada tulin atau tidak sesuatu video seks, adalah menjadi satu kesalahan sesiapa sahaja untuk memiliki, menyimpan atau pun menayangkannya. `Tukang tayang' telah mengaku tetapi sehingga kini mereka tidak didakwa. Soal pelakunya, kita juga mahu tahu siapa pelakunya. Tiada cara lain di dalam kes ini melainkan mengikut cara yang diajar di dalam Islam kecuali Presiden GAPS tidak beriman dengan Allah dan Rasulnya. Jika begitu, memang wajar Presiden GAPS menyenaraikan 15 dalil berkenaan./wfauzdin.blogspot.com

8 ulasan:

  1. orang itu adalah saudara anwar ibrahim dan bukan diedit.Amat terang dan jelas.tk

    BalasPadam
  2. buat malu kepada agama,bangsa dan generasi melayu.INI akan jadi satu sejarah hitam dalam arena politik dimalaysia.Jangan buat macam2 dalih .Mungkin tidak ada tindaKAN UNDANG2 TETAPI DALAM HATI MENGATAKAN ,MENGAPA ENGKAU BUAT KERJA TERKUTUK INI .

    BalasPadam
  3. Jika semua perkara boleh diselesaikan dgn lidah...bersumpah...cerita pun lintang pukang...kejap jumpa kamera tersembunyi...kununnya terperanjat rupanya Anwar dlm video itu...pastu plak mengaku ada sekali dlm bilik....kalau dh ada dlm bilik dan tahu, kenapa terperanjat pulak? Bersumpah plak kata Anwar....depan wartawan tanya plak, bila masa saya tuduh Anwar? ehehehe...ini mcm pun or Umngok boleh terima kaaa??? hehehe..

    BalasPadam
  4. Kenyataan Eskay yg bercelaru tu cukup membuatkan hati kita ragu dan bertanya, mungkin Eskay berdusta, Mungkin Eskay menipu, wahai Melayu bodoh lagi jahil nilailah hujah Eskay yg bercelaru itu semoga anda tidak tertipu oleh si penipu!!

    BalasPadam
  5. Tanpa nama 2:05 pemfitnah, sila kemukakan empat saksi yang menyaksikan perbuatan itu. Atau anda akan menanggung dosa memfitah di Akhirat kelak jika anda tidak memohon maaf pada DSAI.

    BalasPadam
  6. apa yang hang merapu ni wfaudin hoi.
    depa tu(gap) dah lah bahlol dan bodoh,hang pun nak tumpang toi sama ka?.
    aku check dalam hampir semua blog.tak ada cerita susulan pun apa yang gap buat,pasai semua blogger tau depa tu gila.yang hang nak jadi gila sama,pasai apa...he he he
    aku tak gila

    BalasPadam
  7. GAPS Tu semua orang UMNO/UMCO apa yang diorang sibuk dan tak puas hati dengan Anwar?... memang ada orang yang membelanjakan wang beri pada mereka untuk menjatuhkan Anwar.. yang peliknya siap ada lilitan kat kepala dan ada yang berbaju Tshirt... wah semuanya ada sumber dan ada orang yang membiayai...

    BalasPadam
  8. Jangan terseret sama jadi bodoh dan hodoh macam Trio Dato T.

    BalasPadam