Isnin, 9 Mei 2011

BILA SUDAH TUA, HELAH MAHATHIR MUDAH DIBACA

Oleh: WFAUZDIN NS

MAHATHIR di dalam rungutannya semalam agar Umno berubah, sempat lagi menghasut PAS agar keluar dari bersahabat dengan PKR dan DAP. Mantan PM ini mahu PAS berjuang bersendirian untuk bertempur dengan Umno yang beliau sendiri akui banyak rosaknya. Pelik bukan?

Jika beliau sendiri sudah maklum bahawa Umno masih `rosak' dengan gelagat pemimpinnya yang berjuang untuk kepentingan diri, maka eloklah mantan Presiden Umno ini memperbetulkan Umno terlebih dahulu. Tidak perlulah Mahathir cuba memperbaiki PAS yang tidak rosak teruk seperti Umno sekarang.

Mengapa Mahathir mahu PAS bersendiri? Mahathir ini diakui bijak orangnya, dan sudah tentu idea bernas Mahathir agar PAS bersendirian untuk menentang Umno ini ada sebab tertentu. Sebijak-bijak Mahathir, di kala usia yang lanjut tidak sukar kita membaca apa yang terkandung di dalam kepala otak pemimpin yang mencipta `Umno Baru' dan pernah keluar sekejap dari parti yang diciptanya itu.

Beliau tahu PAS bertambah kuat dengan adanya kerjasama dengan PKR dan DAP. Begitu juga PKR dan DAP bertambah kuat dengan sokongan PAS. Umno pula bertambah teruk apabila PKR, DAP dan PAS bergabung membentuk PR. Kerosakan yang dialami oleh Umno kini bertambah serius apabila MCA dan Gerakan kini mula `masam muka' kepada parti sekular bersemangat kebangsaan ini. MCA dan Gerakan naik pening dengan karenah `1 Malaysia', kemudiannya timbul pula `1 Melayu, 1 Bumi'.

Justeru itu, wajarlah Mahathir mahu PAS bersendirian kerana Mahathir mahu melihat PAS kembali seperti dahulu kala. Mahathir tidak boleh bayangkan jika kerana sokongan PAS kepada PKR dan DAP, kuasa yang ada ditangan Umno di Putrajaya akan ghuyub. Bila kuasa sudah tiada, mungkin beliau bimbang akan menjadi seperti bekas Presiden Mesir Husni Mubarak yang belum diseret ke mahkamah lagi kini sudah terlantar sakit./wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. MAMAK MAHATAIK KUTTY NI TAK HABIS-HABIS NAK KACAU PARTI ISLAM YANG MEMANG DIA BENCI ! PENGKHIANATAN DAN KELENTONGAN DIA SUDAH TAK LAKU DAN SENANG DIRAMAL, HANYA SATU AYAT UNTUK DIA ' PODAAH DEY '

    BalasPadam
  2. Zombie Kampung Pisang9 Mei 2011 pada 6:36 PTG

    Bengap punya ulasan. Dah kena 5-0 kat sarawak pun masih x sedar diri. Kenapa la lu ni bengap sangat x faham2 kenapa PAS kena keluar dari PR ..

    BalasPadam
  3. tak usah dok layan orang tua tu. tak lama dah.... Terbaru, mulaai tengah malam ni harga gula naik 20 sen sekilo. padan muka .. hidup bn

    BalasPadam
  4. Tak payah komen sangat pasal bekas pm ni...tengok saja ZOMBIE KG PISANG...ini contoh pencacai umno mengeluarkan perkataan bila kena batang hidung umno dan pemimpinnya...pencacai macam zombie inilah yang perlu dipelihara oleh umno.Jadikan dia hanjing buruan yang terbaik!
    Pasal bekas pm ni , cuma kita singkap kembali sejarah kebelakangan....semaa Tunku masih hidup dan beliau "meninggalkan" umno, mahathir inilah yang kata Tunku dah nyanyuk.JADI BIARLAH DIA NAK KATA APA PUN...KERANA ALMARHUM USTAZ FADHIL NOOR PERNAH BERKATA "KITA DOAKAN BIAR MAHATHIR PANJANG UMUR SEMOGA DIA DAPAT LIHAT SENDIRI APA YANG TELAH BELIAU KERJAKAN SELAMA MEMERINTAH LEBIH 20 TAHUN NEGARA INI.lA NI DAH MULA NAK BERPUTIK!

    BalasPadam
  5. betul la bro....panjang umur sungguh mahathir ni...sekarang ni pun dia mula tgk hasil pemerintahan dia selama ini dan mula memburukkan hasil pemerintahan dia yg sebelum ini...dulu tolak PAS sekarang mula panggil PAS...dulu kata UMNO TARBAIK tanpa PAS disisi kini mula kata UMNO TERPINCANG tanpa PAS...dulu kata MCA untuk CINA terbela kini mula kata MCA terburuk dalam membela Cina....MIC suka talam dua muka...masa BN tgh main isu kaum dan MCA tgh marah BN mula la MIC senyap mcm org bisu...memang MIC kaki kipas...bila keadaan dah nak reda baru la dia bersuara...itu pun ala2 cap kipas udang...

    BalasPadam
  6. Pasai kecerdikan Mahdet nilah kita kena beli kereta sekarang dengan harga yang mahal. Bayangkan ayah aku mampu membeli kereta pada tahun 1978 dengan harga kurang dari 20,000. Kalau sekarang haram... nasi lemak sahaja harga paling murah sekarang 60 sen, sedangkan ketika aku baru mengenal mengenal wang nilainya hanya baru 20 sen. Ni semua pasai UMNO bijak sangat memerintah. Sepatutnya semua barang sepatutnya steady, kalau 20 tahun dahulu 20 sen, maka harga pada tahun 2011 masih lagi 20 sen. Barulah boleh dikatakan ekonomi negara yang kukuh.

    BalasPadam