Selasa, 10 Mei 2011

CHEGU BARD, SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

Oleh: WFAUZDIN NS

CHEGU BARD atau Badrul Hisham adalah tokoh muda dari Rembau di dalam AMK yang cuba ditonjolkan sebagai Ketua AMK di dalam pemilihan pimpinan parti yang lalu. Awalnya percaturan sungguh cantik, penyandang jawatan Sdr Shamsul Iskandar dikatakan akan dinaik taraf untuk bertanding jawatan Naib Presiden manakala Chegu Bard akan bertanding sebagai Ketua AMK. Memang cantik percaturan ini, kemas dan mantap.

Difahamkan Chegu Bard awal-awal lagi memberi lampu hijau bahawa sekiranya beliau memenangi jawatan Ketua AMK, sokongan AMK tidak akan berbelah bahagi kepada Sdr Shamsul Iskandar untuk jawatan Naib Presiden. Persefahaman ini amat positif di dalam memantapkan PKR sendiri kerana kedua-dua tokoh ini mempunyai kehebatan yang tersendiri.

Malangnya, percaturan yang cantik ini tidak berlaku kerana secara tiba-tiba Sdr Shamsul yang pada awalnya membuat keputusan untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR telah membuat kejutan `U-Turn'. Ramai yang berpendapat sekiranya Chegu Bard bertanding menentang seorang lagi calon iaitu Sdr Rafizi Ramli, peluang Chegu Bard lebih besar bukan kerana Sdr Rafizi tidak layak tetapi masih terlalu awal untuk anak muda dari Terengganu itu untuk dikenali akar umbi di dalam AMK.

Apabila Sdr Shamsul membuat `U-Turn', maka pertembungan tidak dapat dielakkan lagi kerana Chegu Bard telah bersedia dengan jentera sokongannya sejak awal lagi. Chegu Bard tidak mampu untuk mengecewakan ramai penyokongnya yang mahu beliau memimpin AMK. Silapnya di sini, Sdr Shamsul tidak tetap pendirian dan beliau merosakkan percaturan yang amat baik untuk AMK. Saya penuh yakin, jika Sdr Shamsul bertanding jawatan Naib Presiden PKR sudah pasti bukan Dr Mansor Othman yang berada di kerusi itu sekarang.

Lajak perahu boleh diundur, lajak perbuatan terimalah akibatnya. Sememangnya dalam amalan demokrasi sesiapa pun boleh bertanding atau menarik diri mahu pun membuat `U-Turn'. Tetapi, semangat setiakawan dan kekentalan prinsip dan pendirian itu juga penting jika mahu ditabalkan sebagai pemimpin atau ahli politik. Sikap ini tiada pada Sdr Shamsul Iskandar, tetapi wujud dalam diri Chegu Bard. Maka, pertandingan pun berlaku akibat adik melawan abang. Malangnya, apabila adik melawan abang sewajarnya ibu atau bapa menjernihkan keadaan atau setidak-tidaknya berlaku adil kerana mereka berdua adalah anak beranak belaka.

Ini juga tidak dapat dilihat berlaku. Sadis bila melihat si adik `dikerjakan' oleh si abang dengan perlawanan yang berat sebelah. Maka, Chegu Bard tewas walaupun dengan majoriti yang amat tipis sekali. Penipuan dapat dikesan dengan nyata. Mana bukti dan mana saksi? Semuanya telah dikemukakan tetapi hasilnya hanya dengan sepatah perkataan iaitu `siasatan selesai'. Difahamkan siasatan selesai tanpa Chegu Bard dipanggil walau sesaat. Siapa boleh terima cara begini?

Baiklah, Chegu Bard memang dikatakan tewas walaupun beliau tidak mengiktiraf keputusan `pengadil' yang memberikan `sepakan penalti' tanpa berlakunya kekasaran atau menyalahi peraturan di dalam `kotak penalti'. Keputusan `Pengadil' muktamad kununnya. Chegu Bard tetap terus bersama PKR dan bekerja lebih kuat dari sebelum pertandingan merebut jawatan di dalam AMK. Adakah tanda-tanda itu menunjukkan Chegu Bard benci pada parti atau sayang pada parti?

Malang sekali, sudah jatuh ditimpa tangga. Setelah beliau `dibelasah' di dalam pertandingan yang `senget' lalu kecundang, ada pihak yang masih tidak berpuas hati. Puak inilah yang dimaksudkan dengan `Trojan Horse' seperti yang disiarkan di dalam blog Chegu Bard di sini. Apa lagi yang tidak berpuas hati dengan anak muda yang banyak berkorban untuk parti ini? Besar sangatkah dosa Chegu Bard yang mahu membersihkan parti dari amalan yang lazimnya diamalkan oleh SPR itu? Mengapa ada dendam dan boikot serta provokasi terhadap beliau? Kenyataan Media PKR Cabang Rembau sendiri ada mengeluarkan cerita tentang isu ini di sini.

Saya merasakan ada baiknya parti memandang serius semua dakwaan ini kerana kita lihat perangai sakit hati dan iri hati masih ada di kalangan pimpinan kita. Paling tidak sanggup saya baca apabila ada pihak yang membabitkan tokoh utama parti sendiri iaitu Ketua Umum dan Presiden Parti terlibat sama. Saya tidak percaya mereka terlibat tetapi sukar untuk menjawab sekiranya ditanya mengapa tiada tindakan yang lebih tegas, adil dan jujur terhadap isu ini?/wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

  1. ini semua wfauzdin punya pasal, sebab bekempen keterlaluan untuk grup azmin/shamsul

    BalasPadam
  2. wfauzdin,
    tak habis lagi kah cerita ini.
    ibarat nak tegak tiang sebatang,biar seluruh rumah ranap kebumi?.
    sepatutnya cerita ini dah habis.
    macam mana hampa nak berjuang atas nama BERSIH kalau benda ni pun tak bolih settle.

    BalasPadam
  3. tak habis habis korang ni nak jadi umporno punyya tabiat nak mamposs...

    tolonglahhh....

    cikgu bard tu pun dah tak kisah....perjuangan tetap di teruskan....

    aku ingat cikgu bard ni akan jadi mcm anwar kot....asik kena hentam dengan MUSUH....

    dahlah...rosak minda aku layan korang ni...baik aku tatap gambar ziana zain...

    kah kah kah kah kah kah ....

    BalasPadam
  4. Gua rasa apa yang Wfauzdin tulis ada kebenarannya kerana gua lihat CheguBard memang diserang baik dari luar mahu pun dari dalam.

    BalasPadam
  5. Sahabat GAN/R
    Mungkin betul Chegu Bard diserang dan disabotaj.Tapi tindakan SU Cabang PKR Rembau dgn kenyataan dalam blog Chegu Bard tidak membantu selesaikan masaalah.
    Dihantamnya dan dikatakan dia di sabotaj,dalam masa yang sama senarai ceramahnya libatkan tokoh tokoh PAS.Ini bolih menimbulkan prasangka yang tidak baik untuk pakatan

    BalasPadam
  6. saya sokong chegubad. dia seorang yang gigih dlm perjuangan pkr, tapi tak dihargai. ada ka patut dikata pada cikgubad kalau tak puas hati masuk umno saja la. kalau macam ni lama2 ramai lagi la yg keluar pkr. DSAI tak nampak ke? saya cadangkan baik cikgubad masuk PAS saja. dalam PAS pemimpin2 atas lebih hikmah, dan menyayangi semua ahli2nya.

    BalasPadam
  7. chegu bard, wa cukup kagum dgn lu bro dan amat simpati dgn keadaan yg menimpa. kpd pimpinan pkr, kalo mcm ni la cara lu org brpolitik, wa rasa jgn kata nk tawan putrajaya, silap2 kerusi sediada pn mungkin akan terlepas pd pru akn dtg. bahaya pd rakan2 lain dlm pakatan. perlu ambil tindakan segera...

    BalasPadam
  8. AMK Cabang, AMK Selangor dan AMK Pusat semakin hambar selepas pemilihan. Di peringkat Cabang, ada jawatankuasa AMK yg belum disusun dan dipenuhi. AMK Selangor diketuai oleh mereka yg bukan dari AMK Cabang yg dipilih. Apa dah jadi dengan Shamsul..tak baca perlembagaan dan Perraturan Tetap Pemuda ker?

    BalasPadam
  9. Saya rasa korang ni kurang Tarbiah.. DSAI tak sempat nak bagi tarbiah cara kerja berjemaah kerana asyik sibuk dengan urusan fitnah ke atasnya.. Pimpinan kanan PKR pulak, semua anak muda yang panas baran dan tak berpandangan jauh.. Ramai pula yang kaki ampu bos..

    Jangan marah PKR ada macam UMNO sikit kerana mereka asalnya cabang dan ranting UMNO dulu.. Kalau nak ubah, DSAI kena buat sesuatu dan minta lujnah Tarbiah PAS bantu depa ni.. Hu hu hu... Jangan minta UMNO.. Nayaaa...!

    BalasPadam