Sabtu, 7 Mei 2011

CHEGU BARD TIDAK KELUAR PARTI, PARTI YANG MESTI KELUAR DARI KEPOMPONG BISU

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI yang telah saya jangka, agak mustahil jika Chegu Bard ingin keluar dari PKR walaupun ada banyak perkara yang beliau tidak berpuas hati dengan parti yang disertainya itu. Hari ini, sekali lagi Chegu Bard mengesahkan bahawa beliau masih bersama PKR dan tetap aktif berkempen untuk PKR khususnya dan PR, amnya.

Kenyataan beliau hari ini, "Chegubard masih ketua cabang PKR Rembau, ahli seumur hidup PKR. Sejak menjadi ahli Keadilan 1999 saya tidak pernah memperlahankan gerak kerja saya,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Namun, apa yang diluahkan oleh beliau bahawa memang terdapat beberapa orang yang berada di Pejabat PKR Pusat melakukan konspirasi atau provokasi tertentu agar Chegu Bard keluar dengan sendirinya dari PKR patut diberi perhatian.

Saya percaya memang ada di kalangan PKR yang merasa dengki, iri hati dan cemburu dengan komitmen Chegu Bard di dalam PKR. Siapa boleh nafikan berlakunya salah guna kuasa dan penyelewengan sewaktu pemilihan kepimpinan di dalam PKR sebelum ini? Tidak benarkah ada yang cuba sedaya upaya menghalang Chegu Bard dari aktif memberikan ceramah atau aktiviti SAMM? Tidak perlu nafikan semua ini tetapi tidak patut juga untuk dibiarkan saja.

Mungkin di antara kita sudah tahu cerita sewaktu PRN Sarawak baru-baru ini, program ceramah yang melibatkan Chegu Bard dibatalkan tanpa alasan yang kukuh. Lebih malang lagi, puak ini menggunakan nama Ketua Umum PKR untuk menghalalkan kerja khianat mereka. Banyak lagi aktiviti Chegu Bard yang cuba disabotaj oleh puak ini sehinggakan ke tahap menghasut pihak penganjur dari PAS agar tidak menjemput Chegu Bard untuk menyampaikan ceramah. Memang benar, tidak semua hasutan puak ini dipedulikan oleh pihak penganjur tetapi sikap ini amat memalukan nama PKR di mata rakan sekutu PR.

PKR mesti peka terhadap perkara ini. Pimpinan PKR mesti segera memanggil Chegu Bard untuk mendapatkan penjelasan terperinci agar perkara ini tidak menjadi kudis yang parah di dalam PKR. Paling tidak, ruangkan sedikit masa untuk mendengar rintihan anak muda yang tidak pernah jemu berjuang ini kalaupun tidak mahu menerima bulat-bulat kesemua pandangannya./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. INGAT...
    PKR JANGAN JADI UMNO DARI SEGI MENTALITI....

    WALAUPUN ADA PEMIMPIN PKR MEMANG KELUAR DARI LUBANG UMNO....HARAP MEREKA NI TELAH BERSIHKAN DIRI MASING MASING...

    ITU PUN KITA MAU MAJU LAHHH...

    BalasPadam
  2. itu satu penyakit duri dalam selipar jepun.
    bila terpijak di tempat yg ada duri mesti sakit.
    ( masih ada lagi pengampu amngok dalam ahli PKR )

    BalasPadam
  3. Chegu Bard
    Politik dendam tak ada tempat dalam PAS,begitu juga dalam DAP.
    Ingat,corak pemilihan baru yang PKR ujudkan memang tak sesuai pada masa ini.Senarai yang ada belum kemas kini.Kalau Chegu menang pun pasti akan ada yang perikai juga.Akan guna alasan yang sama dengan kumpulan Chegu.

    Chegu dengan perinsip Chegu,tapi kena hurmat juga perinsip kami ahli PAS yang memang tak mau dendam dan kekalutan berlaku dalam Pakatan.

    Kalau Chegu masih nak bersama dalam Pakatan via PKR,itu adalah yang sebaiknya.Tunggu 3 tahun lagi,betulkan senarai dan betulkan corak pengundian.
    Tolak perlantikan sebagai Timbalan SU Agong,ego namanya walaupun alasan diberi kerana perinsip.So jangan pula ungkit Chegu tak diberi kerjasama dalam program yang Chegu mau sertai.

    Chegu,Anuar Mohd Nor sedang tunggu Chegu.Kalau sesuai untuk bersama Ezam,silakan.Jangan bawa perangai Zulkifli Nordin kedalam Pakatan.
    Jika Chegu memang ikhlas,teruskan dengan perjuangan.Cerita lama tak payah diungkit.Berselerak PKR akan jadinya.
    Terkorban se orang atau terkorban seribu yang Chegu mau?.
    UMNO akan ketawa besar jika Saifudin melayan cerita Chegu kerana tanpa perlu buat apa apa PKR akan berkubur lebih awal tanpa umno perlu buat apa apa.

    WFaudin-hang paham ka?

    BalasPadam
  4. Sy tak faham apa yg dimaksudkan oleh Tanpa Nama 12:35, khususnya berkenaan politik dendam. Siapa yg dendam siapa? Tolong jelaskan agar sy faham.

    BalasPadam
  5. Wfaudin,
    Kalau tak berdendam bagus lah.Tetapi Chegu Bard yang meleret leret dalam ulasannya nak buat apa.Nak bagi peluru pada UMNO BN.
    Yang berlalu seeloknya biarkan berlalu.Tunggu 3 tahun lagi dan kemaskini senarai ahli PKR yang ada.Bising bising pun tak ada gunanya.Rungkai satu bermakna berselerak semuanya.
    Apa yang berlaku dalam PKR membawa impak yang besar pada Pakatan.Kisah dalam PKR masih diungkit ungkit.Bagaimana BERSIH nak dibawa,jika peluru diberi pada musuh.
    Tengok pada PAS,riuh rendah hanya sekejab.Parti diutamakan dan bukan jawatan jadi rebutan untuk mencelarukan parti.
    Kami dicawangan memang dah serik dengan pemuda pemuda PKR ini.Cakap berdegar degar,akhir sekali bila dilambai olih umno,berterabur perginya.Ini yang paling ditakutkan.Bard baru diuji dengan jawatan pun telah tunjuk belang penentangan yang bolih merosakkan PKR-Pakatan.
    Ezam Mohd Nor-tokoh terbilang satu ketika dulu disediakan tempat UNTUK PERTAMA KALI BERCERAMAH TANPA PERMIT DAN PERTAMA KALI DALAM HUTAN diutara Malaysia adalah dicawangan kami.Dan saya yang membawanya.Kini kemana Ezam?.
    Ingat kawan baik nya yang cuba me reformkan umno pun telah ditunging terbalik olih umno.Suara reform nya dulu kini kembali menjadi suara pecacai umno.

    BalasPadam