Isnin, 30 Mei 2011

MB KEDAH PERLU LEBIH BIJAK ATASI KEZALIMAN AUKU

Oleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH Kerajaan Negeri Kedah redha dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menyekat kebebasan mahasiswa itu? Benarkah enam pelajar dari Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah kini sedang berhadapan dengan tindakan di bawah Akta zalim ini yang dari awal ditentang oleh Pakatan Rakyat?

Semua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Jika benar seperti yang dilaporkan, tentulah amat mendukacitakan kerana Kedah kini ditadbir oleh PAS yang bersama dengan PR dan universiti ini pula adalah di bawahLink Kerajaan Negeri. Tindakan MB Kedah Ustaz Azizan yang mengesyorkan agar rayuan boleh dibuat sehingga ke peringkat MB, pada saya satu tindakan yang kurang bijak. Sewajarnya sejak awal lagi MB Kedah menyuarakan bantahan terhadap penggunaan akta tersebut bukannya menunjukkan jalan keluar selepas mereka dizalimi dengan akta berkenaan.

Memang benar, Kerajaan Negeri tiada kuasa untuk meminda akta berkenaan kerana ianya telah ditetapkan kepada semua universiti dan kolej universiti di negara ini, tetapi paling tidak pun MB Kedah boleh bersuara membela golongan pelajar ini dan melakukan sedaya upaya agar membantu mereka. Tentu ada pilihan lain selain dari menggunakan akta yang PR sendiri mahu lupuskan jika PR berkuasa di Putrajaya. Di sini lah rakyat ingin lihat kebijaksanaan MB Kedah di dalam menangani isu ini.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang dari mereka dikehendaki membayar denda. Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran. Seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

MB Kedah mungkin akan menggunakan kebijaksanaannya di dalam isu ini pada ketika pelajar berkenaan mengemukakan rayuan kepada beliau. Tetapi, adakah kita perlu tungu ke tahap itu untuk menunjukkan bahawa PR sememangnya membantah AUKU? Kenyataan MB Kedah yang menyebut Presiden PAS tiada kuasa terhadap isu ini kerana KUIN berada di bawah Kerajaan Negeri memang betul, tetapi MB Kedah juga perlu berfikir adakah beliau menjadi MB Kedah tanpa keredhaan Presiden PAS?/wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. saudara perlu lebih bijak menulis

    BalasPadam
  2. setuju dgn dakulim.

    pemilik blog tahu ke isu sebenar mengapa pelajar2 ini di gantung???? tanyalah atau pergi la ke blog orang kedah...anda akan tahu jawapannya. nak demo boleh tapi pelajar kena tahu sebab apa bukan pakai ikut daraah muda ja. Student kenaa buat homework la dulu sebelum demo tu...apa la...itu pun tak leh pikiaq ka???

    BalasPadam
  3. Kerajaan Kedah tu parti apa? banyak peralatan rosak kot, conteng sana sini, pendemo tak beradap kot..u tahu ke cerita yang sebenar..turun padanglah..

    BalasPadam