Ahad, 1 Mei 2011

SUMPAH LAKNAT - SOKONG TINDAKAN AMK HALANG KEMUNGKARAN DAN APA KATA MUFTI?

Oleh: WFAUZDIN NS

DUNIA sudah mahu terbalik agaknya. Orang yang buat salah dan melakukan ajaran sesat buat laporan terhadap golongan yang mahu mencegah kemungkaran atau fahaman sesat di Rumah Allah. Itulah yang boleh dibayangkan apabila beberapa puak sekutu Apco membuat laporan Polis terhadap sekumpulan penyokong PKR yang membantah upacara sumpah laknat yang dilakukan oleh kumpulan `three strooges' diketua oleh Eskay.

Ada yang menyebut tindakan Ketua AMK yang mengetuai bantahan itu adalah satu tindakan tidak betul dan biadab kununnya mencemari kesucian masjid. Biadab kah kita jika kita cuba melarang seseorang atau kumpulan yang ingin melakukan satu upacara karut yang tidak diajar di dalam Islam dengan menggunakan masjid?

Ini bukan masalah kita takut Eskay mahu bersumpah, kita peduli apa dia mahu bersumpah jutaan kali pun tetapi jangan gunakan masjid dengan amalan karut marut itu. Jika beliau bersumpah di rumahnya atau di bawah jambatan mahupun di pasar malam, saya pasti AMK tidak akan memperdulikannya. Kalau Majlis Agama Islam atau JAWI sendiri gagal menjadi badan Amal Makruf Nahi Mungkar, salahkah AMK ingin mempertahankan kesucian Rumah Allah tersebut?

Akhbar Sinar hari ini melaporkan, beberapa Mufti sependapat bahawa sumlah laknat Eskay itu amat bertentangan dengan Islam. Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes menyebut, " seseorang yang menuduh individu lain melakukan perbuatan zina layak mendapatkan 4 orang saksi yang adil, tidak fasiq dan tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk, tetapi TIDAK LAYAK melakukan sumpah laknat". Mufti Perak Tan Seri Harussani pula berkata, " Sepatutnya, selepas dia (Eskay) membuat tuduhan orang itu (Anwar) berzina, perlu kemukakan bukti bukannya bersumpah. "Menuduh orang itu berzina bermakna Qazaf, Qazaf ini bukannya bersumpah tetapi bawa bukti (saksi). "Cara yang dilakukan oleh Eskay itu membabitkan pertuduhan zina antara suami dan isteri".

Akhbar yang sama juga memetik kenyataan Presiden Persatuan Peguam Syarie, Muhammad Isa Abdul Ralip "Saya sendiri kurang jelas Eskay sumpah untuk tujuan apa kerana sumpah perlu berlandaskan pada hukum Syarak ditetapkan di dalam Islam. "Jangan sewenang-wenangnya angkat sumpah jika tidak tahu maksud sumpah sebenarnya, atau Eskay sebenarnya bermotifkan politik". Seorang lagi Pendakwah Bebas, Ustaz Md Daud Che Ngah pula berkata, "Berdasarkan Al-Quran sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh suami dan isteri sahaja". "Dalam isu sumpah laknat Eskay semalam, langsung tiada kena mengena kerana apa yang dilakukannya adalah pembohongan bersifat fitnah dalam masjid".

Jauh berbeza dengan kenyataan Jamil Khir, Senator yang dilantik oleh Najib. Jamil Khir mudah memberi hukum dengan menyebut, "Sumpah laknat Eskay adalah hak peribadi individu perpegang kepada katanya sebelum ini". Apabila ditanya oleh wartawan, adakah perbuatan Eskay itu menyalahgunakan masjid, Jamil Khir mudah menjawab, "Ini kerana sebaik-baik tempat untuk berbincang dengan orang ramai di masjid".

Betulkan apa yang dilakukan oleh Eskay kelmarin itu berbincang? Jika berbincang mengapa perlu ada Pegawai Polis dengan beberapa anggota membuat kawalan rapi? Perlukah Eskay hadir ke masjid untuk berbincang dengan memakai baju kalis peluru? Siapa yang mengetuai perbincangan itu jika benar ada? Tidak tahukah Jamil Khir bahawa apa yang berlaku di Rumah Allah itu adalah satu perbuatan yang bertentangan dengan Al-Quran di dalam isu tuduhan zina ini? Mengapa ianya dibenarkan berlaku jika tidak bertujuan politik dan untuk menyesatkan umat Islam?

Justeru itu, walaupun saya tidak banyak bersetuju dengan Ketua AMK di dalam beberapa tindakannya, tetapi di dalam isu ini saya menghormatinya kerana jika saya berada di situ sekalipun sukar untuk saya boleh membiarkan perkara karut dan sesat boleh dilakukan di dalam Rumah Allah. Pedulikan laporan Polis yang dibuat oleh sekutu Apco itu kerana kita semua maklum, Apco tidak akan senang jika ada yang menentang perbuatan mungkarnya./wfauzdin.blogspot.com

11 ulasan:

  1. salam
    tapi ada orang kata amk sebagai laknat kerana buat kecoh dlm masjid....

    pemudaa seks.18

    BalasPadam
  2. Saya sokong ketua AMK. Sebagai umat islam kita patut melakukan perkara yg sama.

    menghalang masjid digunakan untuk sumpah lahanat lagi mengarut ni. Dia nak bersumpah itu dia punye pasal tapi jangan cemarkan masjid.

    Dia boleh bersumpah dlm jamban ke tandas DBKL kat masjid india tu boleh. Tapi jangan dalam masjid.

    Kpd Ketua AMK saya ucapkan syabbas. Anda & org2 anda telah melakukan perkara yg betul.

    BalasPadam
  3. Saya tidak mahu ulas tentang sumpah yang dah jadi sampah tetapi saya nak tanya apakah orang 'alim dan ulamak dan para ilmuan yang pandai bercakap sampai dah banyak orang jadi jahil murakab sekarang ini,tak bolehkah sepakat keluarkan satu keputusan yang kerja buat oleh orang2 munafik ini dengan satu nada yang tidak bercanggah dengan satu yang lain , bukankah islam itu hanya ada satu hukum sahaja iaitu hukum dari Allah sudah terang dan nyata orang yang melafaz sumpah telah mengaku yang beliau ada bersama pelaku , apakah hukumnya orang bersyubhah . Ini tidak menteri ugama konon keluar kenyataan lain , ulama makan gaji keluar kenyataan lain pendakwah cari makan kata macam lain dan tanya kat orang dikedai kopi semua nanti kata ulama hari ini ulama cari makan tak malu ka

    BalasPadam
  4. Saya hanyalah raayat yang tidak ada apa2 gelaran tetapi ada harga diri tetapi si Dato ni sapalah yang cerdik sangat do pi bagi gelaran kat dia buat malu pada orang bagi gelaran saja , menteri atau menteri besar negeri mana yang rekemen minta tarik balik lah , kot-kot nanti orang yang dok pakai gelaran dato naik malu juga , dulu rekemen bagi , la ni rekemen tarik balik la pula .

    BalasPadam
  5. Jamil Khir Khianat Ilmu..
    Kita tanya hukum dia ckp hak psl hak peribadi,dh mcm ulama sekular bunyinya ckp Jamil Khir..
    Dia sebagai ulama patut bercakap dgn Ilmu besereta Nas dan hukum,bukan merapu ckp menyorokkan ilmu..
    Patutnya waktu inilah dia kena berlepas diri dari bersekongkol dgn fitnah jahat yg memudharatkan umat dgn mengenepikan laba dunia..
    Mcm dh nk dkt pilihanraya jer gamaknya bila Senator yg paham agama pun bercakap sama nada dgn juak2 Umno..
    PM tengah monitor,harap2 dpt la bertanding PRU lps neh..huhuhu..
    Peluklah dunia Jamil khir,Nti Allah akan serahkan kamu kpd manusia krn kamu nk sgt akan Redha manusia bukannya Redha Allah!!!!

    BalasPadam
  6. anti ulamak sesat2 Mei 2011 pada 8:10 PG

    entah ape le nasib mak bapak si jamil khir tu dapat anak mcm dia tu.....biasa nya perangai mcm jamil tu selalu nya budak budak tu di besar dgn makan mentakedarah hasil yg tak halal,sebab tu klu pegi azhar pun .... bila balik sini bawak ijazah ...lepas tu masuk umno....yg paling dahsyat nya....sekokngkol dgn maksiat,dgn bidaah,dgn khurafat dan kesesatan umno sekular....tu le akibat tubuh tu membesar dgn hasil yg haram

    BalasPadam
  7. buat buat 2datuk
    adakah kamu berani bersumpah ikut syariat syahadah pasti namu kebenarannya kelak saya cabar 3datuk nescaya kamu akan dapat tahu dalam masa paling lama 9 hari saja ... ada berani

    BalasPadam
  8. AKU MALU NAK NAK SEBUT SI JAMIL KHIR NI BEKAS PENGARAH KAGAT

    KAGAT tu apa tuan2 dan puan2

    malu aku nak mengaku dia bekas pengarah kagat

    senang je dia jadi balaci ..

    sia sia je

    bekas ketua polis negara ke,bekas pnglima ATM ke ada ke jadi menteri agama lepas bersara...
    boleh pulak

    BalasPadam
  9. Kenapa mereka bersumpah .... mereka tahu tidak ada hukum sebat dan rejam dalam negara MALAYSIA ini. Sebeb tu mereka buat sesuka hati. Laporan polis pun masih terkontang kanting lagi. Dah buat laporan jawi pun masih tiada kabar berita .

    BalasPadam
  10. bukan susah..dia ibarat poco2..ada beberapa mufti dah sahkan yg poco2 itu secara sedar atau tak sedar yg dia akan mengagungkan agama kristian...tp mufti lain masih kata poco2 selamat diamalkan...nampak sgt mufti2 ni tak sepakat...ada pandangan tetapi hanya berani cakap belakang aje...tak mcm di perak...dah nampak dan sepakat maka dah diharamkan...mcm sumpah2 ni jg...ada yg tak sepakat...walaupun hukum syarak dah jelas dalam hal ini...so kita org2 biasa yg bukan taraf mufti ni pakat2 la sepakat...apa kata siapa2 yg tak suka poco2 boleh masuk negeri perak...bg yg nak poco2 boleh lompat aje ke negeri sebelah...sama mcm sumpah2 ni..kalau nak bersumpah..buat aje kat negeri yg benarkan aje...tapi kalau negeri yg kata tak bagi sumpah2 ni so jgn marah kalau kecoh satu masjid siap nak berparang lagi...maka terpaksa la pakai baju kalis parang cap ikan parang...ok...apa susah,mufti2 ni dah buat kita rakyat keliru...so kita pun ikut je la mana mufti yg kita yakin...esok ALLAH persoalkan kita harap2 kita selamat sbb mufti2 ni yg buat kita keliru...

    BalasPadam