Jumaat, 17 Jun 2011

DEMO 09 JUL - PEMUDA UMNO DAN PERKASA BERDEMO BANTAH UTUSAN?

Oleh: WFAUZDIN NS

PEMUDA Umno agak terlewat mengambil keputusan untuk bersama-sama `meraikan' perhimpunan pada 09 Jul nanti. Nampaknya PERKASA di bawah Ibrahim Alkataki `Panglima Perang Sabil' beserta persatuan `silat pulut' lebih cekap bertindak daripada Pemuda Umno. Mengapa lembab sangat Pemuda Umno?

Malaysiakini melaporkan Pemuda Umno telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk turut bersama berhimpun pada 09 Jul nanti bersamaan dengan Perhimpunan BERSIH. Pada hari yang sama, kumpulan songkok tinggi dari PERKASA juga akan turut serta, ini bermakna ada `pertandingan tiga penjuru'.

Suka saya mencadangkan agar Pemuda Umno atau PERKASA mengadakan perhimpunan pada tarikh yang sama, tetapi memandangkan mereka dari pihak yang bersetuju bahawa selama ini SPR telah melaksanakan tugasnya dengan `adil dan bersih', maka lebih baik mereka tidak melibatkan diri dengan bantahan dari kumpulan BERSIH tetapi pada hari yang sama mereka boleh berhimpun untuk membantah sikap kurang ajar Utusan Meloya yang menyiarkan kartun menghina hukum Islam.

Jika ini dilakukan, maka ada dua faedah boleh diperolehi oleh kumpulan-kumpulan yang berdemontrasi iaitu satu kumpulan menuntut pilihanraya yang adil, dan satu lagi kumpulan menentang perbuatan media yang menghina Islam. Adakah Pemuda Umno atau PERKASA sanggup atau berani melakukan sedemikian?

Saya rasa mereka tidak sanggup kerana siapa berani melawan Utusan sebuah akhbar milik Umno itu? Jika begitu, tidak perlulah mereka mahu menunjuk `hero' pada 09 Jul nanti./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan: