Jumaat, 17 Jun 2011

MARI KITA KAJI APA NIAT UTUSAN HINA HUKUM ISLAM INI

Oleh: WFAUZDIN NS

APA yang boleh kita tafsirkan apabila melihat lakaran dan dialog kartun yang disiarkan oleh akhbar milik Umno iaitu Utusan Malaysia di atas? Saya sekadar boleh tafsir seperti berikut:

1. Ketua Pengarang dan bos-bos di dalam Utusan Malaysia adalah terdiri dari mereka yang jahil-jahil belaka jika pun tidak dengan sengaja mahu mencabar hukum Allah.

2. Mereka mahu menunjukkan bahawa Tok Penghulu yang biasanya dilantik oleh Kerajaan Umno/Bn adalah terdiri daripada mereka yang jahil-jahil agama belaka. Sebab itu lahirlah dialog seperti yang dinyatakan oleh Penghulu di dalam lakaran kartun di atas.

3. Utusan juga mahu memperbodohkan pembaca apabila dialog di atas menyebut mangsa rogol sempat merakam kejadian rogol yang berlaku dengan menggunakan telefon bimbit. Lojiknya, adakah mangsa rogol boleh merakamkan kejadian rogol? Sering terjadi, si perogol yang merakamkan kejadian tersebut atau mereka yang bersubahat dengan perbuatan rogol itu. Mana mungkin si perogol boleh membenarkan mangsa rogol merakamkan kejadian rogol? Seandainya kejadian itu bukan rogol tetapi berlaku secara suka sama suka, memang lojik gadis itu merakamkannya melalui telefon bimbit. Tetapi, peristiwa yang digambLinkarkan di dalam kartun di atas bukan ZINA (suka sama suka) tetapi yang berlaku adalah ROGOL.

4. Akhbar Utusan mempunyai niat jahat untuk mempersendakan hukum Allah dengan menyamakan hukum terhadap kes rogol dengan kes zina. Ini satu perbuatan meminda hukum Allah dan kita tahu apa akibat perbuatan mereka ini.

Saya membaca ulasan Dr Asri di sini, beliau memperjelaskan bahawa di dalam kes ROGOL /Cabul, Islam memang boleh menerima bukti `Qarinah' seperti video atau rakaman dan bukti yang lain seperti yang terjadi di dalam kisah Nabi Yusuf AS dengan Zulaikha. Di dalam kisah tersebut, Nabi Yusuf tidak merogol Zulaikha tetapi difitnah oleh Zulaikha bahawa Nabi Yusuf cuba menggoda atau mencabulnya. Maka, baju yang koyak dijadikan bukti atau kesaksian Qarinah. Ini bukan kes zina.

Dr Asri juga memperjelaskan bahawa di dalam kes tuduhan Zina, Islam memerlukan 4 orang saksi melainkan bagi suami atau isteri yang menuduh di antara mereka berzina, maka sumpah dilakukan (Li'an). Hukum ini hanya untuk pasangan suami isteri sahaja.

Ertinya, sumpah laknat yang dilakukan oleh orang yang menuduh orang lain berzina yang bukan suami atau isteri mereka maka itu tidak terpakai di dalam Islam. Begitu juga, bukti video juga tidak terpakai sebagai Qarinah di dalam kes zina. Di dalam kes rogol, bukti qarinah boleh diterima.

Sehubungan itu, amat wajar akhbar ini diambil tindakan tegas oleh kerajaan sekiranya kerajaan kita ini serius di dalam hal ehwal Islam. Tetapi sekiranya kerajaan juga bersubahat dengan perkara terkutuk seperti ini demi kepentingan mereka, kita serahkan kepada Allah untuk menghukum golongan laknat ini./wfauzdin.blogspot.com

13 ulasan:

  1. juak2 umno menafsir ayat quran mengikut selera dan kepentingan politik mereka walau pun hukum yang mempunyai nas qatie yang kita diwajib beriman denganya dengan sepenuh hati tampa keraguan.

    BalasPadam
  2. tak payah nak kaji jang, memangnya umno ni musuh Islam, kalau tidak masakan ambil penasihat yahudi laknattullah untuk menghancurkan umat Islam di Malaysia.

    BalasPadam
  3. aku sokong tampa nama 6:59, umno ialah musuh dalam selimut bagi umat islam negara ini.

    BalasPadam
  4. klu dh musuh dlm selimut bagi umat islam tu MUNAFIK namanya.

    BalasPadam
  5. Hang dengar betul-betul ;

    http://www.youtube.com/watch?v=Uc0gsT29XN8&feature=related

    BalasPadam
  6. cuba kalu isteri ko tgh main terkantoi main depan ko tak boleh tuduh sbb ko sorg, tak cukup 4 org saksi?

    BalasPadam
  7. What the fuck Din, bilamana hang memilih untuk tidak memahami punca sebenar permasalahan isu video ni..., sampai kesudah hang tak kan paham.. Puncanya mudah saja.., pasai hang taksub kat Anwar hang tu..

    BalasPadam
  8. orang PAS tertelan cili... merasa pedas...minum susu.. maklum la korang kan over sensetif..
    fahmi

    BalasPadam
  9. Jumhur Ulamak bpendapat tiada Qarinah dlm bab tuduhan zina, melainkan 4 org saksidan pngakuan pelaku zina itu sendiri. Ini pndapat Jumhur Ulamak. Masalah budak bngang yg sebut dia nmpak mak dia berzina, maka dia juga perlu bawa 4 org saksi. Jika tidak,dia kena diamkan saja. Allah akan tentukan hukumannya ke atas mak dia tu. Jgn cuba nk tunjuk pandai lawan pndapat Jumhur Ulamak. Jika ada seoirang ustaz lain yg bcakap, itu bkn Jumhur Ulamak. Jumhur Ulamak adalah pndapat Ulamak Muktabar sedunia. Ini bkn masalah Anwar atau tak, ini tmasuk sesiapa sahaja tmasuk mak budak yg komen di atas tu.

    BalasPadam
  10. juak2 umno memang keras kepala bukan dengan manusia tapi dengan ALLAHswt dah la jahil tak mau belajar,dalam islam kalau bini hang berzina dengan orang hang bawak pi mengadu kat tok khadi tok khadi nanti panggil bini hang kalau kedua2 pertahan pendirian masing2 tok khadi akan soroh hang dan bini hang sumpah 4kali kali kelima laknat ALLAHswt keatas hang kalau hang bohong begitulah sebaliknya kemudian tok khadi pisahkan dengan bini hang sehingga bila2.
    kes vidio sek sebenarnya umno/bnlah yang patut dipersalahkan kerana tidak mengambil tindakan tegas keatas hotel2 atau rumah urut yang disyaki ada pelacuran dah 50 tahun lebih umno/bn merentah bila pas hendak laksana undang2 islam umno halang dengan berbagai kerinah semata2 untok menhalang islam merintah negara ini gulongan yg menghalang islam berkuasa memang ujud sejak nabisaw dulu lagi gulongan ini dipanggil gulungan munafikin.

    BalasPadam
  11. tanpa nama 1.00am..kenape la hang di bangang sangat..aku nak habaq kat hang ni..sekiranya hang nampak mak hang kena main,takkan hang nak diam.hang tangkap la dy n wat repot..so,kes tersebut boleh dianggap benar disebabkan ada bukti yang sah.xperlulah nak bawak 4 orang saksi untuk menyaksikan aksi mak hang..kalu mak hang 2 barabg baik xada hal.aku pon nak mai tngok.huhuuu..lainkali bangang 2 jgn nak tunjuk.hahahahah

    BalasPadam
  12. yg anon 1.00am tu pegi la tangkap mamat yg rogol mak dia, bawak pegi jumpa haji hadi..

    "camne ni tok guru, mamat ni rogol mak sy ni..nak buat ape ni tok guru?

    maka tok guru menjawab: "ade 4 org saksi?"..kalu takde, ikut pendapat anon 3.22am, ko lepaskan org itu..ko takde 4 org saksi..biar Allah hukum kalu betul dia buat..


    anon 1.00am " abih tu tok, adakah sy kena sebat 80 kali sbb tak kemuka 4 org saksi?'

    tok guru terus menyuruh org yg rogol mak anon 1.00am tu tangkap si anon 1.00am utk disebat..

    org yg rogol mak anon 1.00 am pun jawab "bagusnnya agama islam pas ni..yg sedap aku, alih2 org lain yg kena sebat"

    maka, org2 bukan muslim yg menyaksikan anon 1.00am kena sebat pun berbisik dalam ati mereka "adakah ini keadilan dalam Islam?"..

    sekian..

    BalasPadam
  13. ada lagi mak aghok yang masih tak paham bahasa,
    kan dah ramai pengomen mengatakan zina dan rogol dua perkara yang berbeza inilah kesan dari menjadi penyokong umno yang menolak hukum islam dari dilaksanakan dalam pemerentahan ahirnya diri sendiri cukup jahil tentang hukum islam tapi nak cakap juga tentang hukum, kalau sebelum ini orang anggap alim rupanya jahil murakap begitulah kamu wahai tampa nama 11:40.

    BalasPadam