Selasa, 7 Jun 2011

PRESIDEN PAS PERNAH KAFIRKAN UMNO - ZUL LEMBU DARI KULIM

Oleh: WFAUZDIN NS

BULETIN Utama TV3 malam tadi di penghujung siarannya sempat lagi menemubual Zul Kulim dan seorang lagi bekas orang kanan di dalam PKR yang menjadi `katak berkerusi roda' iaitu Dr Chandra. Mengulas tentang pemilihan pimpinan PAS, tetapi tetap mahu dikaitkan dengan DS Anwar kerana memang itulah musuh mereka yang sebenar.

Zul Kulim yang bakal dikuburkan selepas PRU akan datang nanti mengulas betapa PAS telah menjual prinsipnya. Tanpa rasa berdosa dan malu, Zul Kulim secara terang-terangan menuduh Presiden PAS pernah mengkafirkan Umno. Semua tahu, Zul Kulim dahulunya ahli PAS juga dan sewaktu itu PAS telah lama dituduh suka mengkafirkan Umno, tetapi Zul Kulim tetap memilih PAS. Masakan Zul Kulim tidak tahu semenjak bila PAS dituduh mengkafirkan Umno dan ketika itu beliau bermati-matian mempertahankan PAS.

Akhirnya Zul Kulim `terpecat' dengan sendirinya dari PAS setelah beliau menjadi calon PKR atas ihsan musuh ketatnya sekarang iaitu DS Anwar. Jika tidak kerana DS Anwar memilih beliau sebagai calon, sampai kiamat PAS tidak akan calonkan beliau kerana pemimpin PAS sudah lama tahu `auta' Zul Kulim ini. Kemenangan beliau adalah kerana pengundi-pengundi mahu calon dari Pembangkang dan dengan sebab itu PKR yang diwakilinya menang. Tetapi, Allah mahu tunjukkan kepada kita siapa Zul Kulim ini, maka PKR terpaksa `sepak' Zul Kulim keluar dari parti atas sebab disiplin dan egonya.

Di dalam TV 3 malam tadi, Zul Kulim mendakwa PAS kini diresapi oleh `Anwarisme' atau `fahaman Anwar'. Zul Kulim guna hujah bodoh dia dengan menyebut PAS tidak lagi berminat dengan Negara Islam tetapi mahu melaksanakan Negara Berkebajikan. Sebagai seorang peguam walaupun mungkin sebagai tukang bawa fail keluar masuk mahkamah, Zul Kulim sepatutnya tahu apakah dasar PAS. Ibarat menuju ke satu lokasi, jika kita merasa sukar atau jauh mungkin juga terlalui banyak halangan, kita boleh bertukar arah perjalanan yang lebih baik dan selamat asalkan tidak mengubah lokasi tujuan kita.

Tujuan PAS adalah untuk laksanakan Islam. Bagaimana untuk ke arah itu? Di sinilah pemimpin perlu bijak memilih jalan yang ingin dilalui menuju ke lokasi (matlamat) tersebut. Mungkin tahun ini dicuba jalan yang lain, jika gagal tahun depan kita mencuba pendekatan atau jalan yang lain, tetapi matlamat tetap sama. Dakwaan Zul Kulim bahawa PAS telah mengubah dasarnya adalah satu kenyataan yang terlalu dungu dari seorang peguam yang dahulunya pernah berada bersama PAS. Adakah Muktamar PAS baru-baru ini meluluskan sebarang pindaan atau mengubah dasar parti tersebut? Zul Kulim cuba untuk memperbodohkan orang ramai dengan hujah yang bodoh, maka yang akan percaya hanya yang bodoh sahaja.

Dr Chandra pula tidak kurang perangai busuk hatinya terhadap PAS. Beliau dulu berada di dalam Parti Keadilan di kerusi nombor dua sebagai Timbalan Presiden, sebenarnya tidak diminati oleh ahli-ahli Keadilan sendiri. Seorang yang lembab, tidak berkarisma dan berpengaruh pun, tetapi oleh kerana ketika itu beliau adalah seorang Akademik yang ada nama sedikit dan ditonjolkan oleh DS Anwar (ketika itu dipenjara) dan Wan Azizah, ahli-ahli terima jua seadanya. Apa kehebatan beliau yang boleh dibanggakan ketika itu? Tiada langsung, bahkan Wan Azizah walaupun seorang wanita dilihat lebih bekerja kuat untuk parti ketika itu.

Kini, beliau di pihak sana dan seperti lazimnya bila berada di pihak itu maka yang cerdik sehebat profesor pun akan menjadi bodoh. Semua hujah dan pandangan menampakkan kebodohan belaka. Dr Chandra juga seperti Zul Kulim yang mendakwa PAS juga turut mengubah dasarnya demi untuk berkuasa.

Sebab itu lah saya katakan, hujah yang tidak berpijak di bumi nyata dan kelihatan amat bodoh sekali sering keluar dari tokoh yang dahulunya bijak tetapi menjadi bengap bila berada di sebelah sana. Mengapa terjadi begitu kalau tidak kerana memikirkan perut?/wfauzdin.blogspot.com

10 ulasan:

  1. zul Kulim tak buat apa pun kat kawasannya. Nak tinjau permasalahan rakyat tak ada. Dia sibuk mencari publisiti murahan aje.....YB apa ke namanya ni...Asyik nak menghentam Anuar aje....Tanggal le kopiah tu....buat malu aje...

    BalasPadam
  2. wfaudin,
    kalau tak ada isu yang nak tulis,relak lah sat.asalkan jangan dok bagi publisiti percuma pada beberapa mangkok hayun tu.terus terang aku nak kata,RAMAI yang tak tengok berita tv3 atau akhbar um-bh,tapi hang pula dok bawa mai kedalam blog hang ini.memang betoi hang bolih buat apa saja pasai ini blog hang,tapi cerita cerita malaun tu biak pi kat depa lah.tak ada faedah pun kalau hang dok cerita pasai si bangang tu.

    jab sp

    BalasPadam
  3. lepas PRU13,zul kulim..bolehle mengulum sape2.. aje sbb nak cari makan.... manusia yang tak tahu diuntung..

    BalasPadam
  4. hampa kata zul kulim lembu ... tapi aku kata puak hampa tu ... pas 3 kali lembu pasai angkat manusia yang pernah kena tangkap khalwat dengan bini orang jadi timbalan presiden ... tok sah dok bercakap pasai Islam lagi la ... tok sah dok sebut pasal moral lagi la ... orang yang ada akal akan ketawa berguling ... hanya yang sewaktu dengannya ... tak ada akal saja angguk... heran ya ... budak sekolah nak lantik ketua kelas pun tahu memilih ... ini puak-puak berjubah serban ... orang macam tu depa angkat ... kesian kat dua tiga 'ekor' (maaf guna 'ekor' sebab mereka ni suka sangat kata orang bodoh dan lembu macam ketua-ketua mereka juga) rakan-rakan aku penyokong pas ... dua tiga hari ni dah tak tau nak letak muka kat tempat kerja ... last-last depa sendiri kata ... bodoh punya perwakilan yang pilih Mat Sabu ... tak pula depa kata zul kulim yang bodoh ...

    BalasPadam
  5. Tuan,
    Rasulullah tak pernah gelar orang dengan gelaran buruk apatah lagi membinatangkan mereka. Hanya manusia yang bersifat 'binatang' saja akan sanggup meletakkan taraf 'binatang' kepada orang lain. Anda sendiri pun tak tahu di mana letak duduk saudara di akhirat kelak. Kalau rasa anda tu orang Islam jagalah akhlak Islam jangan sampai kerana sifat buruk anda orang akan kata Islam tu yang buruk. Sekian.

    BalasPadam
  6. aku punya pandangan jg,pernah ingat kes imam masjid rogol anak?dah byk kes mcm ni dari dulu lg...cuma kurang2 sikit..so pengajarannya..jgn tgk dari title imam tu sendiri,tgk dari akhlak dan iman seseorang tu...kalau nampak akhlak zul tu buruk,so buruk la kita kata..jgn tgk dari segi kopiah dia pulak...so mcm perlantikan mat sabu...korang ingat ahli pas pilih sbb dia pakai kopiah ke?dia pejuang sejati...berani kerana benar...aku kadang2 tgk geram juga pada imam masjid aku yg bila bagi khutbah hanya guna satu ton suara aje..itu pun tenggelam timbul...tapi aku hormat dia sbg imam tapi kalau dia buat pemilihan siapa yg layak bagi khutbah dah tentu aku pilih yg boleh bagi khutbah bersemangat dan sampai mesejnya walaupun bukan latar belakang agama asalkan akhlaknya baik dan kuat iman serta ada ilmu agama walaupun tak sebanyak imam tadi...so tak perlu lah makhluk lain pertikai rancangan imam muda, sbb walaupun muda mereka layak jadi imam pada yg tua2...kerana mereka lebih bersemangat dan dapat menjana kehebatan masjid itu sendiri...so jgn pandang pada umur tetapi pandang pada ilmu..semua ni ada dinyatakan dalam Al-Quran....

    BalasPadam
  7. bagaimana kita boleh hukum benda yang belum ujud kalau ikut kaedah ilmu tauhid hanya ALLAHSWTsaja yang mengetahui perkara akan datang oleh itu berilah pas merentah negara selama separuh masa umno merentah baru kita boleh hukum samaada pas betul2 ikut cara islam atau tidak sedangkan umno sudah 54 tahu merentah maka sudah jelas kepada kita dasar pemerentahanya.

    BalasPadam
  8. Zul nyatakan isu utk renungan umat Islam. Jadi, itu pandangan dia supaya org Islam berwaspada. Yg korang nak pertikaikan fakta yg betul tu nak buat ape. Yg benar tetap benar.... janganlah nak buat onar.

    BalasPadam
  9. Korang Islam berpecah belah kaum kafirun bertepuk tangan... jerat mengena. Agama suruh pegang kpd tali Allah dan jangan bercerai berai... korang buat sebaliknya. Amende ni? Yg si Fauzdin ni pulak jadi catalyst kepada perpecahan... tak payahlah dengor cakap dia ni... buat terpenyek je korang semua.

    BalasPadam