Isnin, 4 Julai 2011

BERSIH BUKAN `KOTOR' - PENGERUSI PKR PAHANG

Oleh: WFAUZDIN NS

TITAH Sultan Pahang semalam berkenaan Perhimpunan BERSIH mendapat reaksi berbeza dari beberapa pihak. Akhbar Sinar hari ini menyiarkan komen daripada Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman berkaitan isu yang sama.

Beliau mengatakan bahawa Perhimpunan BERSIH mempunyai matlamatnya yang tersendiri yang menggariskan 8 perkara yang menjadi tuntutan BERSIH. Sehingga kini, tiada pihak yang dapat membuktikan perhimpunan tersebut `kotor' seperti dakwaan pihak kerajaan dan digembar gemburkan oleh media pro kerajaan.

"Pihak yang menuduh perhimpunan ityu `kotor' adalah mereka yang takutkan pembersihan di dalam pendaftaran pengundi". "Bagi saya, tujuan BERSIH ini murni. Orang politik yang menjadikannya perhimpunan ini `kotor' serta sengaja mencetuskan huru-hara", katanya.

Dato' Fauzi menambah, "BERSIH hanya mahu memastikan proses undian dalam pilihanraya akan datang tiada sebarang unsur penipuan. Jika tujuan itulah yang dikatakan motif buruk, maka jelaslah pihak kerajaan mempunyai agenda sendiri dalam pilihanraya akan datang", tegasnya.

Kenyataan media Dato' fauzi jelas membuktikan bahawa tiada niat yang tersembunyi dari hasrat BERSIH untuk mengadakan perhimpunan ini nanti. Sehingga artikel ini ditulis, saya difahamkan pimpinan PR bersedia untuk bertemu dengan Ke Bawah DYMM Seri Paduka YDP Agung untuk menyatakan hasrat suci BERSIH.

Jelas, matlamat BERSIH ini semestinya ditentang oleh sang Penguasa yang takut kehilangan kuasa sekiranya mandat sebenar diberikan kepada rakyat untuk memilik kerajaan. Seandainya mereka merasa tidak bersalah, mengapa perlu takut untuk menghadapi BERSIH?/wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Pemimpin parti ini ibarat tuan rumah yang sakit dah terlalu nazak, tetapi tuan rumah ini masih mempunyai stok makanan (hasil rampasan daripada orang lain) untuk diberi dan diagihkan kepada ratusan anjing-anjing belaan beliau supaya mengawal rumah beliau. Anjing-anjing beliau terlalu garang terhadap orang yang lalu lalang terutama yang memakai baju warna kuning apalagi tidak bersenjata. Anjing-anjing yang mengawal beliau sendiri pun tidak perasan bahawa makanan yang diberikan oleh tuannya, adalah hasil rampasan dari orang ramai yang lalu lalang di hadapan rumah tuan mereka. Lalu .....Tolong sambung.... dah tiada modal kerana terlalu benci dengar cerita bohong dari pemimpin korupsi yang celaka!

    BalasPadam
  2. lalu makanan pun dilempar kpd anjing2 berkenaan. Anjing belaan gerombolan ni cukup ramai, mereka diberi makanan dari hasil rampasan dari org yg lalu lalang di sekitar rumah besar itu, ok tolong sambung.........

    BalasPadam