Sabtu, 30 Julai 2011

WANITA MCA P.PINANG BUAT UMNO HABIS MODAL ?

Oleh: WFAUZDIN NS

MODAL Umno dan pencacai-pencacai mereka nampaknya musnah, hancur dan lebur apabila Pengerusi Wanita MCA P.Pinang mengeluarkan kenyataan menyelar DAP P.Pinang kerana meminggirkan kaum Cina dan melebihkan kaum Bumiputera, Melayu dan India Muslim di dalam pengagihan kontrak di negeri itu.

Bukankah sebelum ini kita disajikan dengan dongengan bahawa DAP itu adalah parti yang ekstrim dan anti Melayu juga anti-Islam? Dongengan ini selalu dibawa oleh pemimpin Umno serta para pencacai mereka. Di dalam face book juga, tiap kali kita berhujah dengan puak-puak pencacai Umno, modal mereka hanyalah DAP itu anti Melayu dan anti Islam. Sekarang, apa hujah mereka? MCA sendiri sedar betapa DAP tidak seperti yang puak Umno perkatakan itu.

Memetik kenyataan Pengerusi Wanita MCA P.Pinang, laporan menyebut:-

PETALING JAYA: Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim.Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blok parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu.“Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?” soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu. (Seterusnya boleh dibaca di sini).

Justeru itu, jelas sekali DAP khususnya di P.Pinang amat telus di dalam pembahagian tender/projek di negeri tersebut. Amat bertuah kaum Bumiputera di negeri pentadbiran Lim Guan Eng tersebut, dan kaum Cina juga diberi peluang untuk bersaing dengan kaum Bumiputera. Jelas sekali, jika ada seekor dua pemimpin Umno atau mamak songkok tinggi di P.Pinang yang cuba menuduh kerajaan negeri P.Pinang bersikap anti Melayu/Islam, puak itu adalah terdiri dari puak yang kecewa kerana selama ini mereka mudah untuk mencari makan sewaktu era Gerakan mentadbir P.Pinang.

Di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, golongan kecewa ini tidak mampu untuk bersaing kerana sudah biasa menggunakan `cable' politik untuk mendapatkan kontrak/tender dari kerajaan korup di bawah Gerakan dulu.

Apakah hujah Umno selepas ini? Pengerusi Wanita MCA P.Pinang nampaknya telah berjaya `mensabotaj' modal Umno. Tahniah, Lim Guan Eng. Tahniah Kerajaan Negeri P.Pinang./wfauzdin.blogspot.com

8 ulasan:

  1. AZAHAR MANGKUK TANDAS UMNO@APCO PENANG LEPAS NI KENA BOH MUKA DIA DALAM SELUAK !

    BalasPadam
  2. MCA cuba "brain wash" pengundi cina.Umno dan
    mamak songkok tinggi Penang cuba putar alam
    pengundi tegar mereka yang bengong.Yang nyata
    rakyat Penang tahu kebenarannya.Kekalkanlah
    Penang kepada Pemerintahan sekarang dalam PRU
    kelak.

    BalasPadam
  3. cara wanita mca provok LGE tu ada makna toh.......
    mca cuba caghi balik pengundin cina yg hilang......
    nampak mca lebih ceghedik dari puak songkok labuh aka mamak aka eeeeeee dari pulau mutiara tu.........

    kah kah kah

    BalasPadam
  4. tak kisah cina atau melayu, yang penting siapa bagus, dia dapat hehe

    BalasPadam
  5. punya la bodoh penulis hujah dan pengomen dalam blog ni

    cuba tengok brapa nilai juta projek yang diberikan ? 50 juta projek diberikan kepada 200 kontraktor melayu.. berapa sangat sorang dapat? projek 5 ke 10 ribu sahja...

    tapi ada 1 projek lg bernilai 67 juta... diberi kepada syarikat cina. 1 orang cina terus jadi kaya raya kerana projek 50 juta yg diberikan terpaksa dikongsi oleh pecacai melayu seramai 200 orang

    bodoh gila pembuka hujah blog ini sehinggakan tidak boleh membuat kajian secara mendalam

    pengomen juga bodoh bila termakan penipuan cina kafir harbi ini

    BalasPadam
  6. Anon di ats tu bodoh.. hang sebut melayu mana kat Malaysia ni yg dapat tender 67 juta ke atas melaui projek kerajaan negeri..

    BalasPadam
  7. LGE jauh lebih baik drp KSK... Hidup juga kontraktor melayu bumiputra di Penang.. Tahniah LGE

    BalasPadam
  8. Anon 11.16 AM,kontraktor Melayu di negeri BN kalau bukan org umporno jangan haraplah, bila diberi projek hancur bancai, semua main kabel. Di kementerian/jabatan kerajaan pun sama da.

    BalasPadam