Khamis, 25 Ogos 2011

ISU LYNAS - TUDUHAN DR CHE ROSLI TERHADAP PKR MELAMPAU

Oleh: WFAUZDIN NS

TV 3 selalunya kurang dipercayai atau langsung tidak dipercayai sekiranya menyiarkan berita atau laporan yang melibatkan Pakatan Rakyat. Seringkali berita yang disiarkan itu diselewengkan dari segi fakta atau diputarbelitkan agar rakyat terkeliru dengan Pakatan Rakyat, sekaligus menguntungkan kerajaan yang memerintah.

Namun, ada kalanya berita yang disiarkan itu perlu kita kaji dan memberikan jawapan sebenar agar rakyat tidak terkeliru walaupun jawapan kita itu pastinya tidak akan mendapat liputan dari media berkenaan. Pakatan Rakyat perlu menjawabkan dengan menggunakan segala saluran media alternatif yang kita ada. Sebagai contoh, terbaru adalah isu Lynas di Gebeng, Kuantan.

Memetik sumber dari Pahang Daily, Laporan dari TV 3 di dalam Buletin Utamanya kelmarin, isu Lynas dibangkitkan dengan laporan pengacara sensasi Karam Singh Walia antara lain laporan berkenaan mendedahkan bahawa kilang memproses "rare earth" milik Lynas Corporation Australia yang dijangka akan memulakan pra-operasinya di kawasan Perindustrian Gebeng pada September ini adalah selamat.

Apa yang mengejutkan kita adalah disebutkan bahawa seorang Ahli Parlimen dari PAS iaitu Dr Che Rosli Che Mat (Saintis Nuklear) yang merupakan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mewakili Parti Islam SeMalaysia (PAS) bagi kawasan Hulu Langat, Selangor membuat kenyataan seperti berikut, "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya. Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiationlah apa semua macam-macam. Dia spin.""Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah", katanya (Pahang Daily).

Pertamanya, saya mahu persoalkan benarkah yang hanya membawa isu ini adalah PKR sepertimana yang disebut oleh Dr Che Rosli? Setahu saya, terlalu banyak pemimpin PAS juga bercakap menentang projek Lynas ini, dan di Pahang termasuk Pesuruhjaya PAS Pahang sendiri iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Bahkan, ramai pemimpin dari MCA juga turut menentang projek Lynas ini. Mengapa mahu diletakkan beban ke atas PKR sahaja? Di mana sikap tanggungjawab beliau mengulas isu ini?

Saya tidak pertikaikan kebenaran atau fakta yang dibawa oleh Dr Che Rosli jika selaku Saintis Nuklear beliau lebih arif di dalam hal ini. Tetapi, beliau ternyata tidak arif di dalam kesepakatan kita di dalam Pakatan Rakyat. Beliau boleh berhujah untuk menyokong Lynas, tetapi tidak perlu beliau meletakkan segala kesalahan ke atas PKR sahaja sedangkan di Pahang, Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP sepakat mengambil keputusan menentang projek Lynas. Silapnya beliau adalah tidak berani dari awal untuk menyatakan hujahnya dalam isu ini bukan sahaja kepada Pakatan Rakyat, bahkan kepada parti beliau sendiri. Apabila rakyat telah dimaklumkan tentang bahayanya Lynas ini, dan kempen anti-Lynas telah lama berjalan terutamanya di Pahang yang dijalankan oleh PKR, PAS dan DAP, baru sekarang beliau menyalahkan PKR. Di mana kewibawaan beliau selama ini?

Oleh kerana beliau telah mendedahkan sedemikian, maka Pakatan Rakyat harus menilai semula hujah dan fakta dari MP ini. Kita tidak mahu isu ini dipolitikkan dan rakyat dikelirukan. Pakatan Rakyat perlu peka dengan pendedahan dari Dr Che Rosli ini kerana beliau adalah MP dari Pakatan Rakyat yang secara terang-terangan menyokong projek Lynas tersebut. Tidak salah jika kita menerima pakai pendapat beliau, dan tidak salah jika kita menolak pendapat beliau tetapi mestilah berfakta. Cuma, PAS juga perlu respon kepada tuduhan Dr Che Rosli bahawa hanya PKR sahaja yang bersungguh-sungguh menentang Lynas, kerana tuduhan beliau ini amat berat seolah-olah menghina perjuangan PAS di Pahang selama ini.

Kita harap di dalam masa yang terdekat ini, Pakatan Rakyat harus menilai semula pendiriannya berdasarkan pendedahan dari Dr Che Rosli. Apa yang perlu kita tahu, penentangan terhadap projek Lynas bukan hanya datang dari PKR sahaja tetapi turut disokong kuat oleh PAS dan DAP termasuk beberapa pimpinan MCA di Pahang dan beberapa NGO yang lain. Tentu lebih baik jika Dr Che Rosli menarik balik tuduhannya terhadap PKR agar tidak menjejaskan kerjasama Pakatan Rakyat di Pahang yang amat jitu sekarang ini./wfauzdin.blogspot.com

38 ulasan:

  1. tuduhan tu memang tak sepatutnya dilakukan, namun kita perlu harap yang beliau tetap bersama PR. PR perlukan orang-orang yang sebegini, yang berpelajaran dan berpengetahuan tinggi dalam bidang yang tak dikuasai ramai dikalangan melayu, mahupun dalam UMNO sendiri. kita harap juga lagi yang majlis tertinggi PR boleh bermuafakat dan berunding dalam perihal ini. dikhuatiri nanti akan di'spin' pulak oleh puak UMNO hingga nanti boleh menyebabkan kita kehilangan beliau dalam senarai AP PAS jadi calon bebas atau lebih malang, masuk ke dalam UMNO. kasihan kepada penduduk Hulu Langat, nanti berpecah pula. sekadar pendapat dan pandangan. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. memang betul.PKR banyak bagi masaalah pada Pakatan.Banyak kenyataan pemimpinnya terutama Timbalan dan Ketua Ketua sayap mengikut sedap mulut saja.Terbaharu akuan sumpah PATI.Kertas A4 yang merupakan satu perangkap telah diterima olih Ketua Wanita tanpa usu periksa.
    Dr Rosli menjalankan tanggong jawap dengan memegang perinsip "apa yang musuh buat jika baik perlu dikatakan baik".Perkara ini telah lama diamalkan dinegara maju yang amalkan demokrasi sebenar walaupun mereka bukan negara Islam.
    MASUK AKAI KAH CINCIN HARGA RM 24 JUTA.

    BalasPadam
  3. Siapalah sangat Dr Rosli ini berbanding Pakar Nuklear luar negara lain (negara yang menggunakan nuklear)? Kalau pakar negara luarpun tak setuju Lynas ini beroperasi di negara mereka, mesti ada sebab yang nyata. Kalau setakat Pakar Nuklear kat Malaysia ini rasanya seperti taraf Pakar Automotive di Sudan atau Rwanda sahaja. Dr Rosli ini nak juga orang tahu bahawa dia ni mengaji nuklear, kerana selama ini suaranya tak pernah timbul, malah asyik tenggelam aje. Kepada Tiada Nama 4:57, bukan setakat cincin berharga RM24 juta, biji kelentit pun ada yang berharga melebihi RM100 juta. Tapi kalau otak kamu RM0.01 pun tak laku......sebab (jangan cerita sama orang) kerana kamu terlalu banggang.

    BalasPadam
  4. Aku benci kejahilan UMNO25 Ogos 2011 pada 7:03 PG

    Pasai UMNO tak ada akailah maka bila orang kata cincin mahal di tak percaya, malah dia tak tahupun ada barang kemas semahal tu. Bukannya dia nak cuba buka internet lihat barang-barang kemas terkemuka di dunia. Mana taknya asyik beli Zhulian je, nak melangkah kaki masuk kedai Habib Jewel rasanya terkaku depan guard, pak guard pun mesti perhati semacam bimbang dia jadi perompak.... takkan UMNO nak bagi RM sejuta setiap kali hadir program. Entah-entah kalau kita kata nilai 1 dinar emas sekarang lebih RM800.00 pun dia tak percaya.

    BalasPadam
  5. IANA or dalam melayu nya pusat atom anatarabangsa dah bagi report klat fuziah dah, cakap selamat, tapi baisa la, kena tuduh UMNO bayaq, apa2 hal UMNO bayaq...hangpa xdak kerja lain ka, hujah macam dr rosli la, dia academician, bukan YB hangpa macam mahfuz tu!!!

    BalasPadam
  6. 1Crony: Macam mana nak perintah negara kalau kredibiliti anak bangsa sebagai pakar pun diragui? Takkan selama-lamanya yang dari USA atau Israel saja yang berkredibiliti. (Nota tambahan: Loji Lynas BUKAN loji nuklear. Cuma Fuziah jer yang menipu mengatakannya nuklear)

    BalasPadam
  7. kita kena bagi peluang dr rosli buat penjelasan dengan lebih lanjut lagi . sila hormat pandangan dan hak berfikir rakyat malaysia . jangan terlalu percaya TV3 LAHANAT tu.., kita ambil kesepakatan ramai . tapi hak berbeza pandangan dan berhujah jangan kita persempitkan . nak terima boleh nak tolak pun boleh . akhlak , adap berilmu dan berhujah perlu di hormati & di terima

    BalasPadam
  8. Celako! Celako! Celako!

    BalasPadam
  9. betul tu. permuafakatan pakatan rakyat (demi agenda politik)lebih penting dari fakta SAINS dari suara seorang ahli akademik yg meletakkan fakta sains lebih atas dari agenda nak dapat sekelumit undi hasil dari penipuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku cukup tidak bersetuju dgn kenyataan ini..Rasullullah saw membina tamadun Islam dan agama Allah dgn dasar kebenaran dan kebenaran jugaklah yg dapat menafikan batil dan kesesatan...jgn atas dasar politik kita terpaksa menipu dan menafikan hak dan kebenaran kerana perjuangan itu tidak sesekali diredhai Allah swt...tiada bezanya kita dgn pemerintah yg kejam sekiranya kita terpaksa meniru gaya mereka

      Padam
  10. Dr Rosli hanya tahu bahagian nuklear,bahagian perubatan bukan kepakaran dia,orang Kuantan risaukan masalah perubatan di kemudian hari.Selamat di matanya dari sudut yg dia tahu,sudut perubatan dia tak tahu sedangkan MMA kata tak selamat.Setakat ni tiada lagi Dr perubatan yg kata selamat, yg kata selamat hanyalah yg makan gaji ngan Lynas

    BalasPadam
  11. bpendapat dr rosli sahaja tak mencukupi isu ini adalah isu keselamatn dan kesihatan rakyat..pakar dari luar negara harus juga diberi perhatian dan semua aspek dan impak mesti dikaji..ni bukan kilang proton klu kete proton tingkap rosak boleh hantar repair pi workshop

    BalasPadam
  12. memang la lynas tu bukan projek nuklear..tapi kerajaan tak bagitau terang terangan yg projek tu menghasilkan bahan buangan yg beradiasi tinggi.. sekarang projek belum jalan mmg takde radiasi..takde barang buangan lagi..

    BalasPadam
  13. setahu aku yang kuat promote anti-lynas nih PAS dan DAP. PKR entahlaa..

    Abang Mat Sabu sah2 la dua kali di Kerdau dan sekali di Kg Awah (Siap Pakai Baju Stop Lynas) tentang habis-habisan.

    Tuan Ibrahim pun sama melalui kulian2 serta cermah beliau. Harus di ingat di Pahang, PR yang bergerak kuat adalah PAS kemudian DAP kemudian PR.

    Hatta Ketua Pemuda Pas Pahang yang baru ketika Di Kerdau bulan 5 tak silap menceritakan dengan detail bahaya Lynas dan setiap penerangan lazimnya dilakukan oleh PAS dan DAP..

    Lagu mana PKR pulak bawak isu. Yang sibuk tentang awal adalah kaum cina gambang yang mana terdapat mereke yang lari daripada bukit merah perak... Itu pasal depa tentang habis-habisan sebab sama je kes di Bukit Merah, gomen kata selamat...

    BalasPadam
  14. Inilah yg kita harapkan dr seorang YB kalau nak Malaysia maju kehadapan. Bercakaplah benarr walaupun tidak menguntungkan puak kita..Ini contoh sgt klasik.Sy harap ramai lagi pemimpin PR yg macam Dr Rosli.. Jadi jangat ikutlah perangai DS Anwar Ibrahim.. hancur Malaysia nanti.

    Hj Zul
    Kota Bharu

    BalasPadam
  15. Ish..Ish..Ish..
    Kesian teman nengok kome suma nie..?
    Mcm bijak tp ntah ler...

    Puak2 PR ni dr pemimpin smpi ler ke anak buah slalu jer cuit hal2 seks lucah..patut dh ler harakah asyik dok promote ubat KUAT...

    ***Kisah J*b*r ada, P*k* ada..last2 biji kelent** pun ada...PR MACAM2 ADA !!! sengal la korang ni, hehe...

    BalasPadam
  16. fakta yg jelas ialah;

    1. Lynas bukan satu loji nuklear
    2. laporan EIA kat JAS Kuantan ada, berapa kerat yg pegi baca?
    3. pakar luar dah datang, kata selamat, berapa kerat org kita yg percaya?
    4. Dr Rosli ialah seorang pakar, tanyalah pakar lain pulak kalau tak percaya.
    5. YB Fauziah kata Lynas ialah Loji Nuklear.

    Dah nampak ke belum sapa bodoh dalam isu ni?

    BalasPadam
  17. Ini masalah nya, sepatut nya Dr. Che Rosli berhati hati sikit dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh menguntung amno. Kita sebagai gabungan dalam sebuah pakatan sepatutnya melihat isu ini dalam sudut politik juga sebagaimana amno, walau sebaik mana pun pakatan buat mereka tidak menilai kebaikkan sebagai nilai nilai kemanusian tapi mereka menilai disegi keberuntungan sudut politik nya dalam apa jua kenyataan nya.
    Contoh isu sensasi kontroversi gereja di Selangor baru2 ini dan yang terkini isu mengharamkan tazkirah di Pahang, tindakan JAIP yang sudah tentu dibelakang nya ada tangan tangan amno, orang ugamawan dalam amno buat derk jer, sedangkan tazkirah jelas satu usaha murni dalam pembentukan nilai umat yang sangat dituntut oleh Islam, isu tazkirah dipolitikan adalah persepsi amno semata mata untuk mengurang pengaruh PAS dan pakatan sahaja. Penghalangannya menjurus kelangsungan umat islam yang lemah pengangan islam dan longgar daya tahan keimanan nya, dan amno tidak pernah pun memperdulikan nya. Amno tidak mau ini situasi begini berterusan dan difahami oleh orang melayu islam kerana ia jelas telah banyak merugikan survival politik mereka.
    Isu LYNAS telah menyebabkan amno tersangat tidak selamat sekarang, sokongan masyarakat serta komponen BN sangat mengusarkan pemimpin amno, ini jelas akan akan menjejaskan peluang amno dalam PRU 13 jika usaha usaha membendung nya tidak mendatangkan sebarang hasil.
    Perlu difahami LYNAS bukan lah satu projek yang pasti tidak mendatang keburukan dan bencana kepada manusia mau pun alam sekitar. Tidak ada satu jaminan pun yang dapat kita pegang bahawa keujudan LYNAS betul betul selamat walau pun ia dikatakan benar benar selamat oleh mana mana pakar nuklear sekalipun. Kerana ia ada sejarah nya dan ia boleh di akses oleh pembaca.
    Sudah le kita ditekan dalam segala serba serbi dan dari pelbagai sudut, dan suara kita ditenggelami oleh arus media amno, sedikit kesilappan dari kita, pasti membawa keuntungan yang besar disebelah sana. Sebagai orang PAS pun saya rasa cukup meluat dengan tindakan Dr. Che Rosli yang jelas tidak bijak dalam mengambil tindakan membuat kenyataan sebegini dengan membelakangkan usaha usaha yang telah dibuat dan dpersetujui bersama.

    Akula

    BalasPadam
  18. Terus terang aku kurang yakin tahap pematuhan piawaian keselamatan yang bakal dijalankan oleh sebuah syarikat kapitalis. Tambah-tambah lagi jika ditadbirkan oleh kerajaan BN.

    Jika stadium siap dibina boleh runtuh sedangkan piawaian keselamatan dan pembinaan telah dipantau oleh pihak berwajib. Apa jamin dengan pematuhan standard keselamatan di Lynas? Tambah pula dibina di Pahang, lagi aku tak percaya - hutan boleh ada masalah pembalak haram, Cameron Highland boleh ada masalah penerokaan haram... yang menggambarkan betapa lemahnya pemantauan oleh pihak berkuasa di sana. Dengan kata lain, aku bimbang dengan kecuaian yang bakal terjadi di bawah agensi-agensi kerajaan di bawah pemerintahan UMNO/BN.

    Sorry orang Pahang, tapi masalahnya kebimbangan aku ada asasnya.

    BalasPadam
  19. rakyat yg dah lama tertindas25 Ogos 2011 pada 8:05 PTG

    sepatutnya di bincang dlm pakatan le lebih dulu,bukan kat media syaitan tu....ni le yg sebabnya rakyat akan terus menderita di sebabkan bn akan terus menang dan perintah malaysia dan rakyat akan terus menderita di perintah oleh bn syaitan....di sebabkan pimpinan pakatan kurang akal walau pun merteka ini cerdik pandai.....ada udang di sebalik batu ke ni semua....aku rasa rakyat malaysia akan terus terusan di perintah oleh syaitan2 serlama2nya di sebabkan kebebalan org bijak pandai yg di amanahkan pimpin pakatan

    BalasPadam
  20. jepun negara moden,tapi bila berlaku bencana tak mampu nak selamatkan orangnya..ini kan negeri pahang, kalo berlaku bencana macam mana??boleh tak tolong jawab??

    BalasPadam
  21. Projek Lynas ni projek nuklear ke tak ke, yg peningnya mngapa negara lain tak mahu, Pahang yg mahu? Alasannya kos negara lain tinggi, kat negara kita murah? Mngapa pula kita leh jadi murah dan negara lain tinggi? Mesti ada sebab...
    Yg pasti, Lynas seronok pasal 12 tahun dikecualikan cukai....negara lain nak kasi ke free cukai? ehehehhhh....usah dok hujah la bahaye ke tak....tu yg sebenarnya...fulusss wal mamposssss....

    BalasPadam
  22. mmg kena sepakat, tapi tak boleh la nak hari2 pakat2 menipu!..menipu rakyat serupa dgn menipu ALLAH..aku risau mcm mana nanti kalu pakatan berjaya takluk putrajaya dgn kualiti MP2 kita yg sedungu begini!..

    ingat ALLAH maha mengetahui, ALLAH akan sentiasa melindungi rakyat2 yg teraniaya dari tipu muslihat mereka2 yg tak bertanggungjawab..

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum...Lynas...
    apa yang ia nak proses.nadir bumi? .THORIUM...thorium itu adalah radioaktif..yang mengeluarkan radiasi alpha partical..adakah itu bukan radioaktif...cuba study pasal radioaktif. apa yang yang dikeluarkan dan apa kesannya...macam negara india , china mereka mengunakan thorium untuk menghasilkan tenaga nuklear untuk menjana tenaga..kalu nak tau thorium nie digunakan untuk menghasilkan uranium 233...bila mana penghasilan uranium mesti ada kesan radiasi.
    check kat sini
    http://nuclear-news.net/2011/05/08/toxic-radioactive-effects-of-thorium-uranium-in-rare-earths/

    http://www.epa.gov/radiation/radionuclides/thorium.html#affecthealth

    http://www.lenntech.com/periodic/elements/th.htm

    harap dapat membantu...wasalam

    penang, kepala batas

    BalasPadam
  24. yb fauziah,MAT SABUN,MAHFUZ ADALAH SEBAHAGIAN DARI PENGANUT PAS YANG MEWAKILI MANUSIA BERFAHAMAN PR YANG DUNGGU DAN BEBAL DAYA FIKIRNYA.......TAK USAH BERSUARA KALAU TIADA ILMU DAN KEPAKARAN....LEBIH BAIK DIAM....USAH BERFIKIR HANYA MENGGUNAKAN KEPALA LUTUT.....APA YANG DIPERKATAKAN OLEH DR CHE ROSLI ITU ADALAH TEPAT DAN BENAR .....IA DIBUAT BERDASARKAN DISIPLIN ILMU YANG TINGGI YANG TIADA DALAM KEPALA OTAK PENGIKUT PR YANG LAIN.....KEPADA YB FAUZIAH USAH JADI LEMBU YANG HANYA TAHU MENGANGGUK......TETAPI TIDAKJ TAHU APA-APA HANYA PANDAI BUAT FITNAH KOSONG YANG SIA-SIA......PERCAYALAH RAKYAT KINI DAH TERBUKA DAYA FIKIRNYA,,,,DAN BAKAL MENGUBAH SENARIO POLITIK NEGARA DI PRU KE 13 NANTI.....MANUSIA YANG BEBAL DAN SOMBONG AKAN DITOLAK.....TUNGGULAH SAAT ITU.....

    BalasPadam
  25. ini lah tahap pemikiran juak-juak HamPAS, adun dari parti sendiri juga seorang yg pakar dah bagi statement tapi tak kena ngan citarasa hangpa semua, hangpa kata tak betul. Sial betoi hangpa semua. Dasar otak sempit. Begitu juga ngan Dato' Hassan Ali buat keja tak kena ngan citarasa hangpa semua hangpa hemtam. Apa nak jadi ngan hangpa, aku pun tak tahu. Hancur negara ni kalau hangpa memerintah.

    BalasPadam
  26. di Perak prnah kecoh hal nadir bumi ni skitar tahun 80an.Artificial Rare Earth.ia nya menghasilkan sisa buangan radioaktif yg di panggil THORIUM.masaalah ny sisa buangan ni nk di lambak kn di mna?di blakang rumah org yg mngata kn bnda ni slamat ke?kilang ARE Bkt Merah,Ipoh tutup di sbab kn hal itu le.Bkn msaalah nuklear tp radioactif.

    BalasPadam
  27. buat pemilik blog,
    di Bkt Merah,krajaan tidak perlu mengluar modal utk mmbina kolam takungan THORIUM,krn pihak kilang di Jpun mrnanggung smua ny.selepas 10 tahun pihak kilang di Jepun akn membeli balik sisa2 ni.byaran ny jutaan ringgit.krajaan Perak cuma perlu mnyimpan je,dn dpt duit.ini yg di kjar oleh krajaan.yg mnjadi kmusykilan knp nk smpan di sni smpai 10 tahun.msti ada muslihat ny.

    BalasPadam
  28. Sebenarnya apa sahaja yang BN atau UMNO buat pasti tidak baik dimata pembangkang kerana jika ianya diakui baik apa lagi modal yang mereka ada?

    Isu Lynas adalah contoh terbaik!

    Kalaulah Dr Che Rosli ni pembohong macam lain lain ahli pembangkang, aku rasa mahu terbalik land rover polis dikerjakan oleh perusuh...

    oleh itu teruskan lah berpakat, pakat ramai ramai PKR PAs dan DAP untuk terus membohong !!

    BalasPadam
  29. ape yang jadi isu kalau betul kata DR. ni??? adakah disebabkan "lubang" penipuan yang dijaja selama ini pasal LYNAS, bila terbongkar, ada yang tak boleh terima kenyataan???

    itulah masalah pembangkang kat malaysia ni, membangkang membuta tuli, janji promote diri masing-masing kononnya kerja, tapi kerja menipu..

    jadilah pembangkang yang bermaruah...
    membangkang untuk memajukan, bukan jadi mundur...

    pada aku yang atas pagar ni, sikap sesetengah YB Pakatan kadang kala melucukan, tak nampak
    ciri-ciri seorang pemimpin...

    kalau ada isu yang boleh diputarbelitkan semahunya, mereka akan buat...janji UNDI...

    memalukan dapat pemimpin macam ni...

    BalasPadam
  30. apa pasal dr rosli pegi jumpa tv3suku?dah tau tv penyamun dan penyangak,bukan nak selesaikan masalah tapi nak adu-domba parti2 dalam pr!memalukan......aku pun bolih fikir tak kan dr tak bolih fikir jauh sikit demi rakyat dan cuba duduk dalam majlis pr dan bincangkan disana?malang sekali ...ada dr pun sengal????

    BalasPadam
  31. Kpada, kak maie1988; sekurang-kurangnay TV3 ada kredibiliti.... kalau pun bawa pakar dari US... tentu le mereka kentutkan Fuziah aje... kata mereka.. apale bodo, dalam kapal selam aku ada jenerator nuklear beb...? Think.. baru Lynas, rare earth, 0.46 bilangan gieger aku rasa laptop aku lagi tinggi radiasinya.

    BalasPadam
  32. SEMUA MANUSIA DALAM PAKATAN RAKYAT TAK KIRA PAS,DAP ATAU PKR SEMUANYA BEROTAK LEMBU......DAN BAPA SEGALA LEMBU DALAM PAKATAN ADALAH MAT SABUN DAN MAHFUZ OMAR..FAUZIAH NI LEMBU BETINA BERMULUT JAHAT,,,,,,INGAT LAH BN SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT ISTIMEWA DI HATI DAN DI MATA RAKYAT......PERCAYALAH PAKATAN SEMAKIN DITOLAK OLEH MANUSIA YANG BERAKAL..HANYA MEREKA YANG BEROTAK UDANG SAHAKJA YANG MASIH SETIA DALAM PAKATAN.....TINGGALLAH KALIAN DENGAN LABU-LABU NYA SEUMPAMA MAT JENIN....TAK PAYAH MIMPI NAK AMBIL ALIH PEMERINTAHAN SEKARANG..........KALIAN SEMUA BODOH DAN TAK LAYAK....PERASAN LEBIH.....KAHKAHKAH

    BalasPadam
  33. Syabas Dr ..yang benar tetap benar.

    BalasPadam
  34. Dlm amar makruf nahir munkar pun ada untung rugi ka?? Apalah puak PR ni, sanggup sembunyikan kebenaran sekiranya ia merugikan mereka..teruskan sikap begini, supaya lebih jelas kepalsuan kamu!

    BalasPadam
  35. engkau pun satu tv3suku mana ada kredibiliti,hanya standard pencacai angkat najis um-no/b-end aja...yang membodohkan makcik felda dan mamat dam aji kat kg2 ulu yoh aja.tak payah dengar dan tonton tv3suku tu ...buang masa aja..ok!

    BalasPadam
  36. woiit maie1958..
    ko tau x anak2 bini ko dok melepak sakan tonton tv yg ko kata 3suku tu bila ko xde kt umah..

    Silap2 dgn ko2 skali yg dok gila tonton tv 3suku tue..ckp cam SIALLL..

    Dlm blog bukan main lg ko brkokok ngata tv3...

    BalasPadam
  37. harap2 fitnah ni dpt dihentikan...insyaAllah...

    BalasPadam