Jumaat, 12 Ogos 2011

PEJABAT KERAJAAN DISURUH BERJIMAT GUNA PENGHAWA DINGIN, TETAPI BINI SIAPA YANG TINGGAL DI HOTEL MEWAH SERTA MEMPUNYAI CINCIN JUTAAN RINGGIT?

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, arahan pun dikeluarkan oleh Najib kepada semua jabatan kerajaan agar paras suhu penghawa dingin di setiap pejabat tidak boleh kurang daripada 24 darjah C. Satu langkah jimat cermat yang sudah bertahun dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Nik Aziz Nik Mat.

Di Kelantan, arahan MB Kelantan bukan meletakkan aras suhu penghawa dingin tetapi lebih dari itu bahawa setiap kali pejabat tidak digunakan atau tidak berpenghuni walaupun seketika untuk masa rehat atau makan, kesemua penghawa dingin mesti ditutup termasuk lampu pejabat juga kecuali di tempat yang amat memerlukan sahaja. Budaya ini telah lama dilakukan di setiap jabatan Kerajaan Negeri Kelantan meliputi letrik dan air.

Budaya ini bukan kerana Kerajaan Negeri merasakan ekonomi negeri sudah menurun, tetapi kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz adalah berasaskan ajaran Islam di mana melarang dan mengharamkan pembaziran. Ertinya, arahan dikeluarkan adalah kerana ajaran Islam bukan kerana faktor lain. Ini berbeza dengan Najib dan Kerajaan Pusat yang mula menyedari betapa perlunya berjimat kerana ekonomi negara yang semakin teruk ketika ini.

Itulah bezanya apabila memerintah mengikut Islam kerana semua tindakan yang dilakukan mestilah `Nawaitu'nya Allah Taala. Tetapi sekiranya memerintah lari dari Islam, maka mereka berjimat ketika susah tetapi menjadi lupa tatkala senang. Adakah rumah Najib dan Rosmah serta Muhyiddin akan berjimat sepertimana yang beliau sendiri arahkan? Kita boleh menjawabnya sendiri kerana kita telah pun didedahkan tentang jumlah Bil Air/Letrik kediaman pemimpin berkenaan.

Berjimatlah sebanyak mana pun tetapi selagi negara ini dipenuhi dengan amalan korupsi, maka satu sen pun tidak berguna. Jadi, Najib tidak perlulah cuba untuk bersikap hipokrit di dalam perkara ini kerana orang yang paling banyak menghabiskan duit negara dengan melakukan lawatan peribadi atas nama lawatan resmi termasuk menginap di Hotel Dhubai dengan kos melebihi RM100,000 itu rakyat sudah kenal siapa dia? Negara ini tentu lebih berjimat jika tiada sesiapa yang membeli dan memiliki cincin RM 24 juta serta dengan beg tangan yang mengalahkan harga sebuah rumah kos sederhana untuk rakyat./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan: