Sabtu, 13 Ogos 2011

WARISAN TOK GAJAH DAN MAT KILAU YANG PENAKUT BERADA DI KANDANG SAKSI

Oleh: WFAUZDIN NS

BILA bercakap di depan TV dan akhbar, berdegar-degar seolah-olah beliaulah cucu cicit pendekar Tok Gajah atau Mat kilau dari Pahang. Kita masih ingat tokoh bacul ini pernah menyebut, "jangan cabar saya, saya tahu semua...nanti demam..." Itulah yang disebutnya ketika DS Anwar mencabarnya untuk berdebat secara terbuka.

Semalam, terbukti tokoh ini bukan `jantan' rupanya kerana beliau dan bininya hadir untuk ditemubual oleh Peguam DS Anwar hanya untuk menyatakan tidak mahu menjadi saksi Pembela di dalam kes fitnah Liwat II dan tentulah di pihak Pendakwa tokoh penakut dan penipu ini tiada di dalam senarai Saksi Pendakwa kerana dibimbangi segalanya `terbongkar'. Bininya pula seorang yang terkenal dengan lagak dan ego `Emilda Marcos' sudah tentu tidak biasa disoal banyak, sebab itu beliau menyangka Karpal Singh `membuli'nya sewaktu ditemubual semalam.

Bayangkan, belum pun masuk kandang Saksi, kedua-dua spesis penakut ini langsung tidak `berketik' sepertimana hebatnya di depan TV. Benarlah kata ramai orang, jika kedua-duanya menjadi saksi dan duduk di kandang Saksi di dalam mahkamah nanti, kenalah sediakan `pampers' saiz besar terutamanya buat Bik Mama.

Bukankah tokoh anak Pahang ini dulu setiap malam keluar di depan TV menceritakan bagaimana si Saiful pemuda yang tertinggal seluar dalam di rumah teman wanitanya itu mengadu kepada tokoh ini bahawa duburnya diliwat walaupun tiada bukti kemasukan? Sebelum itu di war-warkan cerita oleh tokoh ini bahawa pemuda yang tidak cuci dubur dua hari itu berjumpanya untuk memohon biasiswa. Kemudiannya, baru timbul isu diliwat dan kita dimaklumkan bahawa selepas di`paksa liwat' pemuda ini minum kopi dan makan karipap.

Banyak kisah yang tokoh penakut dari Pekan ini ceritakan kepada kita sebelum ini melalui media. Beliau juga bercerita betapa tangan pemuda yang tidak berak dua hari ini menggigil dan sejuk ketika menceritakan betapa duburnya dimasuki walaupun doktor mengesahkan tiada kemasukan. Bayangkan `trauma'nya pemuda ini diwaktu itu dan tentulah dapat kita bayangkan beliau memakan karipap dan minum kopi sejurus diliwat itu di dalam keadaan menggigil teramat sangat.

Ertinya, banyak kisah yang sepatutnya tokoh yang bakal menjadi PM terakhir dari Umno ini boleh ceritakan di dalam mahkamah untuk membantu kes agar DS Anwar terpenjara. Malangnya, awal-awal lagi beliau tidak sanggup `menempah aib' jika hadir di kandang Saksi nanti. Sifat penakutnya itu turut dikongsi oleh bininya yang selama ini rakyat ramai menganggap bininya lebih `jantan' dari lakinya.

Jelas kepada kita, teiri konspirasi mula terserlah awal lagi sebelum perbicaraan diteruskan. Hanya rakyat yang tidak ambil tahu atau yang mahu dirinya diperbodohkan oleh media haprak sahaja yang masih menganggap tokoh ini bercakap benar. Berani kerana benar, takut kerana salah sudah tidak wujud lagi di dalam jiwa cucu Tok Gajah dan Mat Kilau ini.

Malang sungguh Umno mempunyai pemimpin seperti ini dan mereka seharusnya malu melihat pemimpin yang mereka dewakan selama ini mempunyai jiwa yang teramat kecil sekali. Mungkin anda boleh baca di sini untuk mengetahui perangai orang yang saya sebutkan tadi. /wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. dua orang ni nak tunjuk pada madey... diorang lagi beri hadir ke mahkamah... wlw pun tujuannya hanya nak gi tau untuk tidak jd saksi... up satu level dari mantan2 die bro..

    BalasPadam
  2. suka hati orang ler, samada sanggup jadi saksi ataupun tidak·biar mahkamah tentukan sendiri·····pm patut kerja untuk rakyat lain·····bukan naik turun mahkamah kerana kes liwat dsa tu

    BalasPadam
  3. Apa hukumnya dalam Islam jika enggan menjadi saksi? Inikah manusia yang menjunjung keadilan? Di dunia boleh mengelak tapi di mahkamah Allah SWT esok? Mahu lari kemana?

    BalasPadam
  4. sebagai pemimpin sepatutnya menjadi cuntuh teladan yang boleh dibanggakan sebaliknya najib hanya berani dikala kuasa ada ditangan ini baru mahkamah dunia bagaimana menghadapi mahkaman ahirat.

    BalasPadam
  5. Tok Gajah & Mat Kilau berani menentang Inggeris.. Umno bersekongkol dgn Inggeris..

    BalasPadam
  6. Najib penakut, Rosmah penakut,Najib Penakut, Rosmah penakut....oooiii kwn2 tolong tengok2kan si pengecut tu yek...hahahahahaha....apa da..mcm kisah sarjan hassan lak......

    BalasPadam