Ahad, 18 September 2011

AJK PAS SELANGOR - DR HASSAN ALI TERANIAYA?

Oleh: WFAUZDIN NS

JIKA benar seperti yang didakwa oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Exco Agama Selangor Dr Hassan Ali bahawa beliau tidak pernah menerima surat perlantikan AJK Perhubungan PAS Selangor, sedangkan beliau dikatakan salah seorang dari AJK tersebut maka ianya sesuatu yang amat mendukacitakan.

Seperti yang didakwa oleh Dr Hassan Ali di Malaysiakini, PAS Selangor seharusnya bersikap profesional terhadapnya memandangkan beliau sentiasa bersikap sedemikian. Saya bersetuju dengan pendapatnya kali ini dan berharap PAS Selangor menyiasat dakwaan beliau.

Ada teman yang turut mempersoalkan, adakah selama Dr Hassan Ali memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor sebelum ini dan juga semasa memegang jawatan Exco Agama Selangor sehingga kini beliau telah mengamalkan sikap `profesionalisme'?

Saya tidak dapat menjawab persoalan teman saya ini, mungkin yang tahu jawapannya adalah YB Khalid Samad yang dari dulu banyak `perselisihan' dengan Dr Hassan Ali. Adakah setiap kali berlaku perselisihan ketika itu ianya dapat diselesaikan secara profesional? Ada yang berkata, di dalam isu Gereja baru-baru ini Dr Hassan Ali selaku Exco Agama tidak bertindak profesional apabila membuat kenyataan awal tanpa merujuk terlebih dahulu kepada MB Selangor.

Sukar untuk difahami siapa sebenarnya yang tidak profesional. Adakah sikap profesional hanya perlu ketika kita tersepit atau teraniaya? /wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. contoh tidak profesional terserlah bukan sekali, bukan dua kali. melakukan sabotaj terhadap kerajaan yang dia sendiri sebagai ahli kerajaan amat tidak profesional. beberapa episod yang tersejarah di rumah beliau menunjukkan kerja tidak profesional. melibatkan blogger pro umno lagilah amat tidak profesional. dalam hubungan ini terserlah beberapa orang lagi yang tidak bersikap profesional.

    hujah "kepimpinan ulama" meyebabkan hassan ali terpanggil untuk masuk pas mutlak tidak profesional, dia lebih kepada "motivasi" yang dipakarinya. lebih kepada melunakkan hati mereka yang tak faham dengan konsep "kepimpinan ulama".

    wallahu'alam

    BalasPadam
  2. kalau nak ganti kerajaan yang ada biarlah diri sendiri tu lebih baik..

    BalasPadam
  3. ingatkan umno yg teruk, rupanya pas ni laaaagi teruk. ISA dah mansuh, masuk komunis semua PR.

    BalasPadam
  4. keh keh keh!
    merdeka! merdeka! merdeka!
    hasan ali .....
    nasaruddin mat isa ......
    harun din ....
    bye bye bye,

    BalasPadam
  5. u baru kenal Hasan M.Ali takyah le nak komen sangat. Org dah lebih 10 tahun kenal ikut dia lebih tahu dari u semua. Sapa pun paksa seseorang nak masuk pas.. kalu dah masuk ikut disiplin pas. syura pemimpin kata jgn buat ikut la.. U fikr otak DHA ni terlalu bijak, betul dan semua org lain silap.. lebih 20 pemimpin tertinggi parti membuat kputusan memecat DHA setelah berkali di beri nasihat..apakah otak DHA sorang melebihi kebijaksanaan lebih 20 otak pemimpin...dlm syura pimpinan ada Tn Guru Nik Aziz, Tn Guru Hadi,, semua Pesuruhjaya pas negeri yg kebanyakannya ulamak..fikirlah .. kesatuan jemaah lebih utama dari agenda individu..sikap ego dan megah kebijaksanaan diri selalunya berakhir dgn keciciran,, terpinggir dan kesaorangan... jgn jadi iblis laknat.. takbur mendorong otak takmau bermuhasabah kesilapan diri... sejarah tokoh perjuangan lampau banyak mengajar kita utk menetapkan garis2 perjuangan.. fikir2 la..

    BalasPadam